trx.indexO
zwani.com myspace graphic comments
Islam graphics

Sunday 22 April 2012

WASIAT SAIDINA ALI (4)

P i n t u - p i n t u   K e b a i k a n   Y a n g  
 M e n d a t a n g k a n   R e z e k i 



Rezeki bagi setiap muslimin dan muslimat itu amatlah luas. Ia bukan sekadar merujuk kepada harta benda, kemewahan dan wang berjuta- juta. Sebaliknya pengertian rezeki di sisi Allah Taala itu adalah meliputi segala yang baik dan menyenangkan. Usah menganggap rezeki itu berupa kebendaan semata-mata, namun bukalah minda dan akal fikir bahawa ianya amat luas dan meliputi segala kenikmatan yang dianugerah Allah.



Dari Abu Zar RA. bahawasanya orang-orang datang dari sahabat Rasulullah SAW menemui baginda. Mereka berkata: “Wahai Rasulullah SAW, orang-orang kaya telah memiki banyak pahala, mereka solat seperti kami; mereka puasa seperti kami; dan mereka bersedekah dengan harta mereka. “Rasulullah SAW berkata: “Bukankah Allah telah menjadikan sesuatu bagi kalian untuk bersedekah? 



Sesungguhnya setiap tasbih adalah sedekah, setiap takbir adalah sedekah, setiap tahmid adalah sedekah, dan setiap tahlil adalah sedekah. Perintah kepada kebaikan adalah sedekah, melarang dari kemungkaran adalah sedekah. Dan dalam jima’kamu pun ada sedekahnya”.Menurut sebuah lagi hadith:“Para sahabat bertanya: “Ya Rasulullah SAW, apakah jika seseorang melampiaskan syahwatnya kepada isterinya boleh mendapat pahala?”Rasulullah berkata: “Bagaimana menurutmu jika disalurkan kepada yang haram, apakah dia berdosa? Begitu  pula jika dia disalurkan pada yang halal dia akan mendapat pahala.”                                                  (HR. Muslim)



Dari hadis yang dinyatakan sebelum ini dapat diambil banyak faedah darinya. Antara faedah utama yang jelas dapat dikutip darinya dan dijadikan amalan adalah;

1. Semangat para sahabat dalam amalan kebaikan

Para sahabat adalah generasi yang bertuah kerana melalui hidup pada zaman Rasulullah SAW. Mereka ada bila mana wahyu diturunkan, mereka jugalah yang lebih faham tentang isi kandungan Al-Quranul Karim dan segala Hadith serta penerapannya.

Sahabat Rasulullah SAW. amat terkenal sebagai insan yang memiliki semangat yang begitu tinggi dan berapi-api untuk melakukan amal soleh dan kebaikan. Bila sahaja perintah syariat turun, mereka bersegera mengerjakannya. Kita ambil contoh yang sederhana dan kecil: Abu Thalhah, beliau tanpa berfikir panjang menginfakkan kebunnya yang  sangat disukai (bernama buhaira) bila mendengar 


Firman Allah Taala yang ertinya:

“Kamu sekali-kali tidak sampai kepada kebajikan orang ( yang     sempurna) sebelum kamu menafkahkan sebahagian harta yang kamu cintai.”(Ali Imran: 92)

Begitu pula para wanita shahabiah, mereka bersegera menutupi tubuh mereka begitu mendengar perintah untuk berhijab. Apa yang menarik pula adalah kisah Handhalah bin Amir yang rela neninggalkan masa berseronok dengan  isterinya semata-mata menyambut panggilan jihad pada perang Uhud, sehingga beliau tidak sempat untuk mandi junub. Ketika beliau syahid di medan uhud, didapati tubuhnya basah kerana dimandikan oleh para malaikat.  



Dari peristiwa itu Thalhah dikenali dengan gelaran Ghasilul Malaikah. Banyak lagi kisah-kisah menarik yang menunjukkan sikap dan tingkah laku hebat para sahabat yang mengambarkan betapa besarnya keinginan mereka untuk melakukan amal soleh dan berlaku taat terhadap Allah Taala dan Rasul utusanNya.



Hadis di atas juga ada mengisahkan tentang orang-orang miskin dari kalangan sahabat yang datang menemui Rasulullah SAW bertujuan mengadukan hal ehwal keadaan mereka yang tidak berpeluang dan tidak berkemampuan untuk beramal sepertimana orang-orang kaya yang sentiasa menginfakkan harta mereka di jalan Allah. Mereka itu merasa sedih jikalau tidak boleh meraih pahala sebagaimana mereka yang kaya raya. Bahkan  ada di antara sahabat yang menangis berlinangan air mata kerana tidak memiliki harta yang akan digunakan untuk berjuang di jalan agama. Allah Taala ada menceritakan dalam Al-Quranul Karim yang mana ertinya:



“Dan tiada (dosa) atas orang-orang yang apabila mereka datang kepadamu supaya kamu memberikan  mereka kenderaan (untuk jihad fi sabillah). lalu kamu berkata:“Aku tidak memperoleh kenderaan untuk membawamu”lalu mereka kembali dengan bercucuran air mata kerana sedih lantaran mereka tidak memperoleh apa yang akan mereka nafkahkan.”(At-Taubah: 92)



Sahabat tersebut (faqir miskin) mengadu kepada Rasulullah SAW bukan kerana terpengaruh dengan bayaknya harta mereka yang kaya. Tetapi, mereka cemburu dengan sedekah yang sentiasa diinfakkan oleh mereka yang kaya raya. Sikap seperti ini tidaklah tercela, kerana Rasulullah SAW telah bersabda yang ertinya:



“Tidak boleh hasad kecuali kepada dua hal (iaitu): 

Seseorang yang Allah anugerahkan harta, kemudian ia menginfakkannya setiap pagi dan petang. Dan seseorang yang Allah anugerahkan (ilmu) Al-Quran, kemudian ia mengamalkan setiap pagi dan petang.”                                                                    (HR. Bukhari dan Muslim)



Apa yang dimaksudkan dengan hasad dalam hadith di atas adalah ghibthah(cemburu), iaitu keinginan seseorang untuk dapat menyamai orang lain, namun tanpa mengharapkan lenyapnya kenikmatan yang ada pada orang lain. 



Berbeza dengan hasad, iaitu keinginan agar kenikmatan atau kehormatan orang lain lenyap, apakah dengan tujuan agar perpindahan menjadi miliknya atau hanya lenyap begitu sahaja. Hasad seperti ini sangat tercela, dapat mencelakakan orang yang dihasad dan juga dapat membinasakan mereka yang melakukan perbuatan hasad tersebut.



Marilah sama-sama kita renungkan keadaan para tauladan kita (sahabat Rasulullah) dalam menempuh jalan menuju Allah. Mereka merasa rugi bila terluput dari mereka satu sahaja dari perintah Rasulullah, sehingga membuat mereka sentiasa berlumba-lumba dalam melakukan kebaikan dan ketaatan. Allah berfirman dalam Kitabnya yang suci, ertinya :



“Dan untuk yang demikian itu ( Syurga dan kenikmatannya) hendaklah orang berlumba-lumba. (Al-Muthaffifin: 26)



Oleh kerana itu, keutamaan sahabat Rasulullah SAW kedudukannya di sisi Allah sangat tinggi, tiada bandingnya dengan kita. Bahkan bila kita menginfakkan emas sebesar gunung uhud sekalipun, ianya tidak akan sampai ke darjat mereka dan tidak juga walau setengah darinya. Oleh yang demikian, merekalah yang harus kita jadikan contoh dan teladan dalam mengikut Rasulullah SAW untuk meraih kebahagiaan dunia dan akhirat.



2) Pintu kebaikan dan rezeki tidak terhitung banyaknya.

Para sahabat datang mengadu kepada Rasulullah kerana menurut sangkaan mereka sedekah itu hanyalah dalam bentuk harta benda sahaja. Sehingga mereka merasa tidak sanggup untuk bersedekah disebabkan kehidupan mereka yang tidak mencukupi. Rasulullah s.a.w. kemudian menjelaskan bahawa pintu kebaikan itu banyak sekali. 





Dalam Shahih Ibnu Hibban disebutkan: “Sesungguhnya pintu kebaikan itu sangat banyak.”






Dalam Shahih Muslim, Rasulullah SAW ada bersabda: “Setiap perbuatan maaruf (kebaikan) adalah sedekah.” Kemudian Rasulullah SAW telah memperinci beberapa amal kebaikan/per buatan maar uf yang baginda nyatakan di dalam hadith tersebut, antaranya:


1. Zikir, tasbih, tahmid, takbir, tahlil adalah sedekah.
2. Melakukan amar maaruf dan nahi mungkar ini mencakupi segala muamalah antara muslim dalam kehidupan bermasyarakat.

Dalam hadis lain Rasulullah SAW. bersabda, ertinya: “Setiap sendi manusia dapat melaksanakan sedekah setiap hari di mana matahari mulai terbit. 


Di antaranya: 
- kamu berlaku adil di antara dua orang adalah sedekah: 
- menolong seorang dalam hal tetangganya, kau mengangkatnya 
  atau kau mengangkatkan  barangnya ke atas kenderaan adalah 
  sedekah;
- kata-kata yang baik adalah sedekah; 
- Setiap langkah menuju solat adalah sedekah; 
- dan menyingkirkan rintangan di jalan adalah sedekah.”                                              (HR. Bukhari dan Muslim)





3. Bahkan di antara jenis sadekah yang disebutkan adalah jima’nya seseorang dengan isterinya. Semua amalan yang telah dijelaskan tadi adalah amalan kebaikan dengan dalil shahih. Semoga kelak amalan tersebut berharga di sisi Allah dan menjadi bekalan kita di akhirat, hendaklah ia disertai dengan niat yang ikhlas, mengharap redha dari Allah Taala.



Nabi ada bersabda yang maksudnya:
“Sesungguhnya, tiada harta yang kamu infakkan untuk mengharap wajah Allah pasti akan membalasnya. Sampai-sampai sesuap makanan yang kamu berikan kepada isterimu(akan diberi ganjaran).”
                                                           
(HR. Bukhari dan Muslim)




Imam Nawawi berkata ketika beliau mensyarahkan hadith pertama yang pertama dinyatakan pada awalnya di atas (iaitu hadith dari Abu Dzur). Dalam hadis ini terdapat bukti bahawa segala amalan 
mubah (perkara yang diharuskan) boleh menjadi suatu bentuk ketaatan bila disertai dengan niat tulus ikhlas. Maka jima’pun boleh disebut ibadah bila diniatkan untuk menunaikan hak isteri dan mempergaulinya dengan maaruf seperti perintah Allah, atau mengharap anak yang soleh atau untuk menjaga kehormatan diri sehingga tercegah dari melihat atau berfikir yang diharamkan atau 
maksud-maksud lain yang terpuji.’(Syarh muslim Juz 3/44)





Begitu banyak pintu kebajikan yang telah dibukakan oleh syariat. Marilah kita berlumba meraih janji Allah seperti yang telah dicontohkan oleh para sahabat sebagai suri tauladan bagi kita semua. Siapa pun kita tidak jadi masalah, kerana Allah Taala tidaklah membebankan pada  seluruh hamba-Nya kecuali apa yang mampu dipikul oleh mereka. Yakinlah dengan janji Allah. 

AL-FAQIR ILALLAH...

IHSAN DARI:

WASIAT SAIYIDINA ALI TENTANG KEKAYAAN & KEMEWAHAN
Dibawa oleh:  http://www.facebook.com/KunciRezeki999



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...