trx.indexO
zwani.com myspace graphic comments
Islam graphics

Saturday 14 April 2012

2.0 Teknologi Pembuatan

2.2    Peralatan, perkakas dan kaedah kerja
A. Jenis dan fungsi
    
Dalam bidang ini diperkenalkan beberapa contoh alat dan mesin yang boleh diguna semasa proses mereka cipta.

Hasil pembelajaran :
·         Mengenal pasti jenis alatan dan mesin.
·         Menerangkan fungsi alatan dan mesin.

Berikut disenaraikan beberapa alat dan mesin serta fungsinya.

Mesin pencanai (grinder)
    
Mesin pencanai yang lazim diguna dalam bengkel logam ialah mesin pencanai meja dan mesin pencanai kaki.  Bahagian penting mesin pencanai ditunjuk dalam gambarajah di bawah.









Mesin pencanai mempunyai 2 buah roda, iaitu kasar dan halus.  Kegunaannya ialah untuk mencanai mata peralatan yang tumpul seperti pahat, gerudi, pemutar skru dan mata alat mesin pelarik.  Mesin pencanai juga digunakan untuk membuang bahan-bahan yang berlebihan terutama kerja-kerja pematerian dan kimpalan.


Mesin gerudi
    
Fungsi utama adalah untuk menggerudi bahan logam dan bukan logam untuk menghasilkan lubang.  Di samping itu ia juga diguna untuk melulas (reamer), melubang benam, melubang senggat dan membenang dalam.


                    

 








Mesin gerudi elektrik mudah alih


Mesin gerudi mudah alih juga sangat berguna dalam kerja-kerja logam dan kayu.
Mesin gergaji kuasa
Mesin ini diguna untuk memotong bahan bersaiz besar dan yang sukar dipotong mengguna gergaji tangan.  Bahagian utama mesin ini ditunjukkan dalam rajah di bawah.
       












Mesin pelarik

Fungsi utama untuk membentuk  bahan yang berbentuk selinder.  Berbagai operasi kerja melarik dapat dibuat seperti melarik muka, melarik selara, memotong ulir skru, menggerudi, mengorek, membuang segi dan memenggal bahan.
Bahagian utama mesin ini ditunjukkan dalam rajah.








                                                                                                                       
Mesin pelarik besi

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...