trx.indexO
zwani.com myspace graphic comments
Islam graphics

Tuesday 10 July 2012

LAPORAN HARI KOPERASI SEKOLAH 2012

LAPORAN
SAMBUTAN HARI KOPERASI SEKOLAH (HKS)
PERINGKAT SEKOLAH 2012


TARIKH:
22 JUN 2012 (JUMAAT)

ANJURAN:
KOPERASI SM PADUKA TUAN SEGAMAT BERHAD


JAWATANKUASA SAMBUTAN HARI KOPERASI SEKOLAH
2012

Pengerusi                     :          Tn. Haji Mohd Kasim Bin Abdul Latiff
Naib Pengerusi 1            :          Pn. Cheh Siew Lee
Naib Pengerusi 2           :          En. Md Murad Bin Hj. Md Lip
Naib Pengerusi 3           :          En. Loong Foo Tee
Setiausaha                      :         Pn. Intan Sulinrana Isahak
Bendahari                       :         Pn. Rohani Pungut


AJK PERHIMPUNAN KHAS                                           AJK PENANAMAN POKOK/BUNGA
  1. Pn. Intan Sulinrana                                             I.      Pn. Bong Lan Hua
  2. Cik Siti Nur Aishah bte Sanin                                         
                                               
AJK KAWALAN PELAJAR                                             AJK BACAAN DOA
  1. En. Azlan Aris                                                   1.     YM Tengku Mohd Aswandi
  2. En. Vijean a/l Jeganathan                                  
  3. En. Doli Indra Surianto                                       AJK SIARAYA
4.   Pn. Norhana bte Daimon                                    1.    En. Shahezwan Kamal
5.    Pengawas sekolah                                            2.    En. Mohd Ruman Mohammad        

 AJK GERAI JUALAN                                                    AJK HADIAH
  1. Pn. Hjh. Ruzana Mat Sam                                  1.    Pn. Ng Poh Hwa                
2.   Cik Norhaslinda bte Mohamed                           2.    Pn. Fhong Sau Hui            

AJK “INDOOR GAME”                                                  AJK BANNER/FOTOGRAFI/VIDEO
  1. En. Chiong Yew Ming                                        1.    En. Razhan Jainudden
  2. Cik Malini bte Ahmad                                         2.    Pn. Khairus Sa’ida bt Md Sa’id
3.   En. Tengku Mohd Aswandi

AJK PENGACARA MAJLIS/ JURUHEBAH                      AJK GERAI PERMINTAAN LAGU
  1. Cik Noor Raidah bte Tasmin                               1.    En.Mohd Faizal b Mohd Nor
  2. En. Muhammad Azizi b Muhammad                    2.    Pelajar tingkatan 6


AJK PERSIAPAN TEMPAT PAMERAN                          AJK SAMBUTAN
       1.              Pn. Ngiam Siew Lan                                          1.    Pn. Lai Geok Lian
       2.              Pn. Tay Cheng Ngoh                                         2.    Pn. Chan Phaik Nai
                                                                                    3.    Pn. Aini Jebol
                                                                                    4.    Pn. Suhaila Mad Jin

AJK KEBERSIHAN                                                        AJK KAWALAN TRAFFIK                                             
  1. En. Zulkipli b Gani                                             1. En. Abd Aziz b Raya             
2.   Pn. Shuhaida bt Abd Hamid                               2. En. Abu Naim Kassan                                                                                                      3. Pengawas    
    


                                                            




LAPORAN
SAMBUTAN HARI KOPERASI SEKOLAH (HKS) 2012
SMK PADUKA TUAN SEGAMAT

1.0  PENGENALAN
Sambutan Hari Koperasi Sekolah telah disambut pada 22 Jun 2012 di SMK Paduka Tuan Segamat. Sambutan ini diadakan bertujuan untuk memberitahu kepada warga sekolah dan masyarakat setempat akan kewujudan koperasi sekolah dan peranan yang dimainkan.
Sambutan daripada warga sekolah dan masyarakat setempat amat menggalakkan.Koperasi sekolah telah berjaya memainkan peranan sebagai satu entiti penting di sebuah sekolah dalam usaha menyemai nilai-nilai koperasi di kalangan anggota.

2.0 TARIKH DAN TEMA SAMBUTAN
Sambutan telah diadakan pada 22 Jun 2012. Tema sambutan pada tahun 2012    ialah “Koperasi Membina Kesejahteraan Sejagat”.
3.0 OBJEKTIF SAMBUTAN
Sambutan HKS di peringkat sekolah bertujuan untuk memberitahu kepada warga sekolah dan masyarakat setempat akan kewujudan koperasi sekolah dan peranan yang dimainkan untuk mendidik para pelajar supaya mempunyai jatidiri yang murni selaras dengan prinsip, nilai dan amalan koperasi.
4.0 AKTIVITI-AKTIVITI HKS 2012
Dua (2) jenis aktiviti telah diadakan iaitu:
i)    Aktiviti wajib
ii)  Aktiviti pilihan
Setiap aktiviti sama ada aktiviti wajib atau pilihan dijalankan berdasarkan kreativiti pihak sekolah.Kesemua aktiviti yang dijalankan berdasarkan kepada tema sambutan.



Berikut merupakan laporan lengkap aktiviti yang telah dijalankan:-
AKTIVITI
LAPORAN
Perhimpunan Khas
i.        Semua pelajar dihimpunkan dalam satu perhimpunan khas pada pukul 7.15 pagi
ii.           Ketibaan semua guru dan Pemangku Pengetua ke tapak perhimpunan untuk memulakan majlis rasmi Sambutan Hari Koperasi Sekolah 2012.
iii.       Aktiviti dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku dan  Bangsa Johor
iv.         Bacaan doa yang disampaikan oleh Saudara Mohd.Saiful Hafiz b.Mohamad.
v.           Nyanyian lagu Koperasi

vi.       Perutusan Khas Hari Koperasi Sekolah yang disampaikan oleh 3 orang wakil pelajar dimulakan           dengan
»   Perutusan YDP ANGKASA dibaca oleh Saudara Gan Zhong Fu)
»  Perutusan YB Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan dibaca oleh Saudari Khonagabanupathy a/p Sundra Raju dan
»        Perutusan YB Menteri Pelajaran Malaysia dibaca oleh Saudari Nur Syarina Syahirah bt Ismail (Ketua Pelajar)
vii.          Edaran tanda Peringatan HKS kepada semua pelajar.
viii.        Pengiktirafan Koperator Terbaik
ix.           Persembahan pelajar (silat dan drum line)
x.  Pemangku Pengetua menyampaikan ucapan dan seterusnya merasmikan sambutan  Hari Koperasi Sekolah 2012.
xi.     Penanaman pokok sebagai simbolik perasmian Sambutan Hari Koperasi Sekolah 2012.
Aktiviti Bonus
Pihak koperasi sekolah telah mengundang beberapa agensi kerajaan dan swasta untuk mengadakan pameran. Diantaranya ialah
      i.        Jabatan Bomba dan Penyelamat
     ii.        Kolej Komuniti Segamat

Aktiviti tambahan
      i.        Pengiktirafan Koperator Terbaik
Koperator terbaik tahun 2012 ialah Saudari Nor hafizah bte Zaharuddin. Beliau adalah pelajar tingkatan 3 Dedikasi.
     ii.        Edaran Tanda Peringatan HKS
Edaran tanda peringatan HKS kepada semua pelajar telah disampaikan oleh  Pemangku Pengetua. Setiap ketua tingkatan dari tingkatan peralihan sehingga tingkatan pra-u atas telah menerima tanda peringatan tersebut bagi mewakili kelas mereka. Setiap pelajar akan mendapat satu penanda buku sebagai tanda peringatan HKS 2012.
Edaran tanda peringatan HKS juga diberikan kepada semua guru.
Aktiviti Pendidikan
Sebagai aktiviti pendidikan , soalan kuiz dan teka silang kata berkenaan koperasi dan ANGKASA diedarkan kepada semua pelajar pada hari tersebut.
Pelajar diberi masa 3 jam untuk menjawab semua soalan kuiz dan teka silang kata. Pemenang akan dibahagi kepada dua bahagian iaitu menengah atas dan menengah bawah. Semua pelajar diberi peluang untuk mendapat hadiah yang telah disediakan.
Aktiviti Ekonomi/ Keusahawanan
Sempena HKS 2012, gerai-gerai jualan telah dibuka kepada pelajar. Terdapat 9 penyertaan daripada pelajar di mana penyertaan adalah terbuka kepada kelab dan persatuan, pelajar pendidikan khas dan semua warga sekolah. Sambutan adalah amat menggalakkan.
Setiap kelab dan persatuan yang menyertai aktiviti jualan ini perlu mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan.
Di antara syarat-syarat tersebut adalah seperti berikut:-
i.      Hanya boleh menjual makanan yang HALAL sahaja.
ii.     Tidak dibenarkan memasak atau menggunakan gas atau apa-apa bahan api di gerai.
iii.    Tidak dibenarkan menjual barang-barang berbahaya
iv.    Kualiti dan kuantiti barang yang dijual mestilah bersesuaian dengan harga yang dikenakan.
v.     Waktu perniagaaan 8.30 pagi hingga 11.00 pagi.
vi.    Wang cagaran tidak akan dikembalikan sekiranya gerai tidak dibersihkan selepas habis jualan.
Setiap gerai juga perlu membuat bayaran sebanyak RM 25.00 bagi setiap tapak. Sewa tapak sebanyak RM5.00 dan cagaran kebersihan sebanyak RM20.00.
Aktiviti sosial dan budaya
Aktiviti ini terbahagi kepada dua bahagian iaitu
i.      Membaik pulih/menceriakan kedai Koperasi yang sedia ada untuk kemudahan pelajar.
»        Aktiviti ini telah diadakan secara gotong royong diantara guru dan pelajar pada hari Sabtu sebelum majlis Sambutan Hari Koperasi Sekolah 2012.
      “Indoor game” seperti permainan dart, teka jumlah gula-gula dalam balang, silang kata, mewarna dan melukis.
»    Aktiviti ini telah mendapat sambutan yang menggalakkan daripada pelaja
»    Aktiviti –aktiviti ini dijalankan serentak bermula pukul 9.00 pagi sehingga 11.00 pagi.
Lain-lain Aktiviti
i.      Permintaan lagu.
»        Aktiviti ini dikendalikan oleh MPP (pelajar pra-u)
»    Hanya lagu-lagu versi Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris sahaja yang dibenarkan.






POST MORTEM
SAMBUTAN HARI KOPERASI SEKOLAH 2012

KESIMPULAN

Secara keseluruhannya, sambutan HKS 2012 telah berjalan dengan lancer. Semua aktiviti yang dirancang telah dapat dilaksanakan dengan sempurna. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa kelemahan yang perlu di atasi pada masa hadapan. Antaranya ialah:-
1.           Kurang aktiviti pendidikan
Hanya terdapat dua aktiviti pendidikan yang dijalankan iaitu kuiz koperasi dan teka silang kata. Dicadangkan pada masa akan datang lebih banyak aktiviti berbentuk pendidikan dapat dirancang untuk pelajar seperti pidato koperasi dan sebagai.
2.           Penglibatan pelajar kurang memuaskan
Kedudukan sudut pameran yang berada di dalam bangunan sekolah menyukarkan pelajar dan ibu bapa untuk melihat pameran yang disediakan. Dicadangkan pada masa akan datang, sudut pameran perlu diadakan di laluan utama pelajar dan berhampiran dengan gerai jualan supaya pelajar dan ibu bapa nampak adanya sudut pameran disitu.
Diharap pada masa akan datang sambutan Hari Koperasi Sekolah akan dapat diraikan dengan lebih meriah lagi.





Laporan disediakan oleh,                                     

-----------------------------------------               
(Pn.Intan Sulinrana Isahak)                     
            Setiausaha                                                          
Koperasi SMK Paduka Tuan Berhad                                      

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...