trx.indexO
zwani.com myspace graphic comments
Islam graphics

Monday 28 October 2013

Hasil tuaian

Berbudi kepada tanah......

Selain dapat hasil, dapat juga membuat sedekah. Tanam pokok pun salah satu cara kita boleh sedekah. Bukan hanya semata-mata wang ringgit sahaja....

Read more ...

Saturday 19 October 2013

Hadiah dari Naufal

Read more ...

KERJA KAYU

Band 6
Tingkatan 2sb
Read more ...

Thursday 10 October 2013

LAKARAN IDEA (B6D1E1)

Tingkatan 1 SC

10.10.2013

MOHAMMD ZULFIKAR MAULA BIN ZAINUZZAMAN

Read more ...

Tuesday 8 October 2013

PERSIAPAN HARI TERBUKA

Hari terbuka untuk pelajar2 tingkatan 1 dan 2.
Aku dan guru-guru ting.1 & 2 sekarang sedang berperang untuk menyiapkan evidence dan juga memasukkan evidence ke dlm fail pelajar..

Fuhh!!!!
X payah cakap....x terkejar tangan dan kaki...
Kalau masa tu boleh di hentikan, mau saja kami hentikan seketika...
Bagi kami semua bernafas dan berehat seketika...

Read more ...

Monday 7 October 2013

BUDAYA NIAGA

Budaya niaga dalam jiwa anak-anak

Semoga satu hari nanti menjadi usahawan yang terkenal dan beriman agar dapat membantu saudara -saudara Islam yang lain.
Aaamiin...

Read more ...

Saturday 14 September 2013

TINGGAL KENANGAN........


Hari ini genaplah 12 hari pekerja pattani bekerja dengan lekoleko. Berat mulut bos untuk menyuarakan bahawa bos dah tak sanggup untuk meneruskan mengambil mereka bekerja. Bukan tak bagus....kesemua pekerja ni baik2 belaka. Cuma bos tak sanggup untuk menanggung kos yang tak termampu untuk dibayarnya. Dalam masa 2 minggu beroperasi, kedai tidak mencatatkan keuntungan. Pendapatan harian hanya mampu untuk membeli bahan mentah untuk keesokkan harinya saja. Jadi pendapatan harian tidak dapat menampung kos upah pekerja. Bos bukannya banyak modal. Bos juga bekerja makan gaji. Kalau bos ada modal yang besar, mungkin bos akan tunggu hingga 2 @ 3 bulan lagi....

Kesian tengok mereka. Mereka datang ke sini sebab nak bekerja. Yang paling sedih bila bos tanya...lepas ni nak buat apa? Mereka kata ..mereka nak balik ke Pattani... Ya Allah! nak menangis rasanya...mereka kat sana hidup susah...Mereka balik ke Pattani hanya membawa wang sebanyak Rm 2- 3 ratus seorang.

Kalau bos kaya...bos kata dia akan tunggu hingga 6 bulan. Tapi bos x mampu...Daripada bos tak dapat bayar gaji mereka, lebih baik bos berterus terang.

Kami mendoakan agar mereka semua cepat2 mendapat majikan yang baru. amin...

Read more ...

Saturday 7 September 2013

COMOT & COMEL

Pergi beraya ke kg rahmat, balik bawa kucing....
Ummi gi sekolah ganti pada hari sabtu, balik sekolah tengok2 ada 2 ekor baby cat...bertambah tugas ummi...

Seekor dah mati kerana x nak makan dah kena hujan...tinggal seekor jea yg hidup.. seusia dgn pembukaan kedai lekoleko.

Read more ...

TINGKATAN 2TJ 2013

Read more ...

TINGKATAN 2TJ 2013

Read more ...

REZEKI....REZEKI...

Rezeki....semuanya dah ditetapkan oleh Allah sejak kita di dalam kandungan lagi...

Nak cerita sikit berkaitan kedai lekoleko...

Mula beroperasi menjual masakan panas pada tanggal 1 september 2013...

KRONOLOGI.....hihihi....pendapatan yang diterima oleh bos lekoleko...

01.09.2013 》RM 50.00
02.09.2013 》RM 100.00
03.09.2013 》RM 110.00
04.09.2013 》RM 140.00

Bayar gaji pekerja untuk 1 hari pun tak lepas lagi...tapi..

Alhamdulillah...semakin meningkat.......

Read more ...

REZEKI....REZEKI...

Rezeki....semuanya dah ditetapkan oleh Allah sejak kita di dalam kandungan lagi...

Nak cerita sikit berkaitan kedai lekoleko...

Mula beroperasi menjual masakan panas pada tanggal 1 september 2013...

KRONOLOGI.....hihihi....pendapatan yang diterima oleh bos lekoleko...

01.09.2013 》RM 50.00
02.09.2013 》RM 100.00
03.09.2013 》RM 110.00
04.09.2013 》RM 140.00

Bayar gaji pekerja untuk 1 hari pun tak lepas lagi...tapi..

Alhamdulillah...semakin meningkat.......

Read more ...

SYOKNYA TIDUR...

Cuaca sejuk n mendung....mmg syok tidur...

Petang semalam bos dah bertolak ke Kota Tinggi...geng2 pattani pun dah buat kedai tu macam kedai sendiri.. Style diaorang ni...waktu malam tak tidur sampailah ke pagi. Lepas subuh baru tidur. ( minta2 semua solat subuh) surau pun letaknya 'sekangkang kera' jea. Kalau azan subuh pasti boleh dengar dgn kuat dan jelas. Sebelum bos bertolak ke Kota Tinggi, ternampaklah diaorg ni makan kat kedai...waktu tu dah pukul 8.30 pagi...dalam hati bos.."eh! Tak tidur lagi"?

Bos kat kota tinggi pun tak sedap hati...takut pekerja x bangun tidur lagi...bos pun suruh org hantar air batu ke kedai...emmm...memang betul jangkaan bos...diaorg tak bangun lagi...terkejut ada orang hantar air batu terus bangun.....pukul 5.30 petang baru buka kedai.....

Bos suruh saya ronda2 kedai...tp mlm tadi hujan lebat...emmm...malas nak keluar rumah...tidur lagi syok..hihihi....

Read more ...

Friday 6 September 2013

Wednesday 4 September 2013

TOMYAM PUTIH & SOTONG PEDAS

Emmmmm....sedapnya......

Read more ...

Tuesday 3 September 2013

Ubah angin

Sejak kebelakangan ini...saya dah malas nak update berkaitan sekolah...terlampau banyak...x de mood...sebab kerja2 pbs yg tak pernah siap2...

Fikiran berserabut....jadi..bila sampai rumah..cerita2 berkaitan sekolah saya tutup. Tutup serapat-rapatnya...sehingga esok pagi..dah sampai pintu pagar sekolah baru saya buka.

Satu cara untuk hiburkan diri sendiri....dan untuk mengelakkan stress yang berpanjangan. Tak pasal2 kena sakit jantung dan darah tinggi....pelajar tetap macam tu juga...x berubah-ubah. Siapa yang rugi...cikgu juga yang rugi sebab kena bayar kos hospital....emmmm...

Jadi positifkan diri sendiri..klu boleh kerja2 disekolah tu tak payah dibawa balik kerumah. Buat disekolah.. Datang awal sikit atau balik lewat sikit utk siapkan kerja2 yang sepatutnya. Kalau nak siapkan memang x siap2..Pbs kan sepanjang tahun...tunggu november lah baru siap...

Skg sibuk nak key in ujian SEGAK dan Pajsk...line pun terus down...apa nak buat...kena tunggu la.....sabar....

Ni sempat tulis blog sebab line spps down la...x boleh nak masuk...kerja2 rumah dah awal2 disiapkan...ingatkan boleh keyin ujian segak...rupanya hampasss...dari semalam dah try...semua hampasssssssssss...

Ok...nak siap2 gi sekolah pulak...

Read more ...

Monday 2 September 2013

Masakan pertama.....emmmm sedappp

Hari ni balik sekolah terus ajak suami makan kat lekoleko..
Tak sabar nak rasa masakan tukang masak baru ni....

Ya Allah ......sedapnya sup tulang dia...berebut2 dengan anak2. Si Naufal siap kata..ummi...esok kita makan sup tulang lagi yea....sedaplah...dagingnya lembut....

Alhamdulillah.....x sia2 mencari orang2 Pattani jadi tukang masak..., lepas kenyang perut terus balik.....x sabar nak tunggu suami bercerita tentang sambutan orang2 kat sini...

Ermmmm....tidur dulu..esok kerja...wassalam...

Read more ...

Pukul 4 pagi

Ha...ha..ha...pukul 4 pagi suamiku dah bangun untuk pergi ke pasar. Sapa yang bagi idea ni.....tukang masak yang suruh pergi ke pasar pukul 4 pagi....tak pernah dibuatnya sebelum ini pergi pasar pukul 4 pagi.

Why.....??? Katanya kalau pergi waktu macam ni senang nak pilih saiz ikan atau apa2 barang basah yang diperlukan untuk dimasak. Ikut jea lah kata2 tukang masak sebab dia lebih arif dalam bidang ni....

Read more ...

Pukul 4 pagi

Ha...ha..ha...pukul 4 pagi suamiku dah bangun untuk pergi ke pasar. Sapa yang bagi idea ni.....tukang masak yang suruh pergi ke pasar pukul 4 pagi....tak pernah dibuatnya sebelum ini pergi pasar pukul 4 pagi.

Why.....??? Katanya kalau pergi waktu macam ni senang nak pilih saiz ikan atau apa2 barang basah yang diperlukan untuk dimasak. Ikut jea lah kata2 tukang masak sebab dia lebih arif dalam bidang ni....

Read more ...

TUKANG MASAK PATTANI

Bermula 01.09.2013, pihak lekoleko telah mengambil 4 orang tukang masak dari Pattani. Bukan nak bertukar pengurusan, tetapi tukang masak U&A Cafe telah memberi kebenaran untuk mengambil tukang masak dari Pattani...sebab tak larat untuk memasak di dua tempat yg berbeza dlm satu masa.

Langkah ini diambil untuk mengelakkan kedai lekoleko dibuka dan ditutup tanpa jadual yang betul. Buka dan tutup kedai tanpa jadual yang betul akan menyebabkan pelanggan lari....agaknya lah....

Terima kasih kepada En.Rahim yang telah membantu kami untuk mendapatkan tukang masak dari Pattani. Dalam masa 3 hari saja tukang masak tersebut telah diperolehi dan bekerja di kedai lekoleko.

Read more ...

Sunday 25 August 2013

Picnic at Pantai Teluk Wawasan

Hari ini balik sekolah terus pergi ke kebun sebab hubby nak tanam pokok mangga...
Memang letih tp bila tolong hubby bersihkan rumput, rasa seronok pula sebab dapat keluarkan peluh..

Sampai jea di rumah, anak2 semua kelaparan. Jadi bawa semua makanan di rumah dan makan dikebun. Seronok anak2 makan. Satu pengalaman buat mereka. Di kebun juga boleh makan...bukan saja di warong atau di kedai2 mewah. Biar mereka rasa semuanya...biar mereka rasa suasana di kampung. Keluar dari xtvt hariannya iaitu games...youtube...smartphone..dan tablet....
"NO INTERNET...NO HANDSET...NO LAPTOP...."

Read more ...

Sunday 21 July 2013

Monday 24 June 2013

Sunday 23 June 2013

JOM KUMPUL SILVER

sekarang harga silver tengah jatuh......
mana tau satu hari nanti silver yg kita kumpul dari skg boleh tolong kita. .....

Read more ...

Thursday 20 June 2013

KAKITANGAN AWAM NAIK GAJI 1 JULAI

Kenaikan satu tangga antara RM80 hingga RM320Kuala Lumpur: Kakitangan awam akan menerima kenaikan satu tangga gaji berkuat kuasa 1 Julai depan.Kenaikan gaji antara RM80 hingga RM320 itu diumum Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, awal tahun ini. Mereka yang layak mendapat satu Kenaikan Gaji Tahunan (KGT) itu membabitkan semua kakitangan awam di bawah Sistem Saraan Malaysia (SSM) bertaraf tetap, sementara dan kontrak yang dilantik sebelum 1 Julai 2013 dan sedang berkhidmat pada hari berkenaan. Pegawai dipinjam layakTurut layak pegawai yang dipinjam atau ditukar sementara ke agensi kerajaan, pegawai yang dipinjamkan ke pertubuhan antarabangsa atau sektor swasta, pegawai yang bercuti bergaji penuh, cuti separuh gaji dan cuti tanpa gaji serta pegawai yang meninggal dunia pada 1 Julai 2013.Menurut Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 5, kenaikan itu bagaimanapun tidak membabitkan pegawai yang masih berkhidmat di bawah saraan Laporan Gaji Jawatankuasa Kabinet (JKK) 1976 atau Sistem Saraan Baru (SSB).Turut tidak layak pegawai yang dikenakan tindakan tatatertib dengan hukuman buang kerja berkuat kuasa 1 Julai 2013, pegawai lantikan baru berkuat kuasa 1 Julai 2013, pegawai yang bersara pada atau sebelum 1 Julai 2013 dan pegawai yang meninggal dunia pada atau sebelum 30 Jun 2013. Menurut pekeliling itu, kakitangan yang layak satu KGT mengikut gred jawatan/gred gaji masing-masing pada 1 Julai 2013 berdasarkan gaji hakiki pada 30 Jun 2013.Kemuka permohonanKetua jabatan perlu mengemukakan permohonan penetapan gaji Khas Untuk Penyandang (KUP) kepada Bahagian Saraan sekiranya pemberian pemindahan gaji itu tidak dapat ditampung oleh amaun gaji maksimum dalam Jadual Gaji Minimum – Maksimum (JGMM).Untuk urusan kenaikan pangkat pula, pertukaran pelantikan atau pelantikan secara Kenaikan Pangkat Secara Lantikan (KPSL) berkuat kuasa sebelum atau pada 1 Julai 2013, pemberian gaji ini boleh diselaraskan dan dibayar berkuat kuasa 1 Julai 2013.Perdana Menteri membuat pengumuman itu ketika berucap pada Majlis Perdana Perkhidmatan Awam Ke-13, awal tahun ini.Beliau dilaporkan berkata, kenaikan satu tangga gaji itu akan dilaksanakan selepas mengambil kira kedudukan 182,434 penjawat awam yang berada di tangga gaji maksimum pada 2013 dan tidak dapat menikmati kenaikan gaji tahunan.

sumber Berita Harian

Read more ...

JEREBU:SEMUA SEKOLAH DI MUAR, LEDANG &BATU PAHAT DIARAH TUTUP

Read more ...

Tuesday 18 June 2013

RAJA ZARITH SOFIAH AWARDS

Sepanjang 5 hari di KSL MALL
piala yang menjadi rebutan oleh 65 orang pereka



bersama satu pasukan 
K
K
B
P




bersama rakan2 pereka dari uitm kelantan
bbersama pengarah kolej komuniti batu pahat
Read more ...

HARI KOPERASI 2013

pindah sekolah baru...tak pegang apa2 jawatan di koperasi....so ambik pic jeala....

Read more ...

Monday 17 June 2013

KAJIAN TINDAKAN : KHB TINGKATAN 1



KERTAS CADANGAN
KAJIAN TINDAKAN 2013





NAMA GURU : PN.INTAN SULINRANA ISAHAK

MATA PELAJARAN : KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU






TAJUK KAJIAN :

“MENINGKATKAN KEMAHIRAN MEMBUAT LAKARAN REKA BENTUK DENGAN MENGGUNAKAN KAEDAH LAKARAN BENTUK SEGIEMPAT DAN BAYANGAN KERTAS GRID”



2.             NAMA SEKOLAH    :     SMK. Senggarang, Batu Pahat, Johor.

3.             TAJUK KAJIAN       :     MENINGKATKAN KEMAHIRAN MEMBUAT LAKARAN REKA
BENTUK DENGAN MENGGUNAKAN KAEDAH LAKARAN BENTUK     SEGIEMPAT DAN BAYANGAN KERTAS GRID


4.     REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN:

Semasa menjalankan proses P&P untuk tajuk Reka Bentuk dan Penghasilan Projek Tingkatan 1, pelajar dikehendaki menghasilkan sekurang-kurangnya tiga lakaran idea reka bentuk bagi satu penyelesaian masalah. Lakaran reka bentuk ini sangat penting kerana ia melibatkan band 3, 4, 5 dan 6 dalam Penilaian Berasaskan Sekolah. Oleh itu, pelajar perlu mahir untuk membuat lakaran tanpa menggunakan pembaris, kemas, bersih dan lakaran tersebut mesti dalam bentuk oblik atau isometrik bagi membolehkan pelajar untuk mendapat band 6.

Daripada proses P&P yang dijalankan, saya dapati pelajar sangat lemah untuk membuat lakaran  idea reka bentuk dalam bentuk 3 Dimensi. Lukisan yang dihasilkan oleh pelajar tidak dapat memenuhi kehendak dalam kriteria PBS untuk band 4,5 dan 6.

Oleh itu, satu kaedah perlu dicari untuk memastikan pelajar dapat menghasilkan lakaran reka bentuk dengan lebih mudah dan proses pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih seronok kerana pelajar dapat menghasilkan lakaran reka bentuk.

Berikut ialah análisis yang didapati daripada pemerhatian, temu bual dan contoh kesilapan semasa membuat  lakaran..

4.1 Pemerhatian

Daripada pemerhatian semasa proses pengajaran dan pembelajaran, saya  dapati hanya 2 orang pelajar sahaja( 12%) yang boleh melakar dengan betul. Sebanyak 15 orang pelajar (88%) tidak dapat menghasilkan lakaran dalam bentuk tiga dimensi. Apabila latihan diberikan pelajar hanya membuat lakaran dalam bentuk dua dimensi sahaja.

4.2 Temu bual

Melalui kaedah temu bual saya dapati, semua pelajar berminat untuk mempelajari tajuk reka bentuk. Mereka mengatakan bahawa mereka tidak dapat membuat satu garisan lurus tanpa menggunakan pembaris.

4.3  Kesilapan semasa membuat lakaran

i.              Tidak dapat melakar garisan lurus.
ii.             Lakaran yang dibuat dalam bentuk dua dimensi.
iii.            Tidak dapat melakar dalam bentuk lakaran oblik atau isometrik

5.0             FOKUS KAJIAN:

Daripada refleksi di atas, saya membuat kesimpulan bahawa  pelajar-pelajar saya tidak dapat menguasai kemahiran:

i)              Membuat garisan lurus tanpa menggunakan pembaris
ii)             Tidak mahir melakar dalam bentuk tiga dimensi


Jika perkara ini tidak dapat ditangani, ia akan menyukarkan pelajar-pelajar saya untuk mendapat band 6 dalam PBS untuk tingkatan 1. Kaedah  pengajaran yang dijalankan juga kurang  menarik minat pelajar yang suka pada sesuatu  yang luar biasa . Latihan-latihan diberi juga jarang disiapkan dan banyak melakukan kesilapan dan seterusnya tiada tindakan susulan dibuat oleh guru.

Semasa proses pengajaran dan pembelajaran, pelajar memberi tumpuan dan menunujukkan mereka faham. Apabila latihan diberikan, pelajar hanya melakar sesuka hati mereka tanpa melakar mengikut kriteria yang diberikan. Justeru saya perlu memperbaiki kaedah pengajaran saya dan mempertingkatkan kemahiran pembelajaran supaya semua pelajar saya mendapat pencapaian yang tertinggi dalam PBS.

Bagi membantu pelajar saya  menguasai kemahiran ini saya mesti mencari satu alternatif lain yang lebih mudah untuk memastikan mereka dapat melakar dengan lebih baik. Justeru itu saya menghasilkan satu kaedah lakaran dalam bentuk kotak dan menggunakan bayangan kertas grid untuk memudahkan pelajar saya menghasilkan lakaran reka bentuk dengan lebih mudah.

5.1  TUJUAN KAJIAN:

v  Secara amnya kajian ini akan dapat mempertingkatkan kemahiran membuat lakaran reka bentuk dengan menggunakan kaedah lakaran bentuk kotak dan bayangan kertas grid.

v  Secara khususnya:
i.              Pelajar dapat membuat garisan lurus tanpa menggunakan pembaris.
ii.             Pelajar dapat membuat lakaran dalam bentuk tiga dimensi.
iii.            Menimbulkan minat pelajar untuk membuat lakaran reka bentuk.
iv.            Mewujudkan suasana pembelajaran dan pengajaran yang menarik dan menyeronokkan.

v    KUMPULAN SASARAN:

Kajian ini melibatkan 17 orang pelajar KHB (KT) Tingkatan 1 SB yang kesemuanya pelajar lelaki (13 orang Melayu dan 4 orang Cina) yang mempunyai masalah untuk membuat lakaran reka bentuk.Kumpulan pelajar ini adalah kumpulan pelajar sederhana.


STRATEGI TINDAKAN YANG DICADANGKAN:
Aktiviti 1 : Melakar garisan lurus
Aktiviti 2 : Membuat lakaran bentuk segiempat sama atau segiempat tepat
Aktiviti 3 : Meletakkan kertas grid di bawah kertas A4 untuk dijadikan bayangan
Aktiviti 4 : Melakar lakaran reka bentuk dalam bentuk tiga dimensi

6.0      JADUAL PELAKSANANAAN KAJIAN:

Waktu P&P
PERKARA

1
Membuat latihan melakar garisan menegak dan melintang tanpa menggunakan pembaris.(semasa membuat lakaran garisan lurus , pelajar tidak dibenarkan  bercakap untuk menghasilkan satu garisan yang lurus)

1
Membuat lakaran dalam bentuk segiempat sama dan segiempat tepat tanpa menggunakan pembaris.

2
Membuat lakaran dalam bentuk tiga dimensi dengan menggunakan kertas grid sebagai bayangan.


7.0      ANGGARAN KOS KAJIAN:
Kos fotostat RM10.00
Kertas A4  


Read more ...

Saturday 15 June 2013

RAJA ZARITH SOFIAH AWARD

Alhamdulillah....suami saya terpilih dalam pertandingan ini. Daripada 900 penyertaan hanya 120 sahaja yang dipilih. Daripada 120 orang...hanya 65 orang sahaja yang dipilih oleh Majlis Rekabentuk Malaysia ( MRM).
Acara ini berlangsung di KSL Johor Baharu...
"SEMOGA BERJAYA SUAMIKU"
peminat dari England


Timbalan
Menteri
Pelajaran
melawat pameran

idea pereka-pereka yang bertanding...



Read more ...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...