trx.indexO
zwani.com myspace graphic comments
Islam graphics

Friday, 13 April 2012

1.2 Proses Reka Bentuk


ii.  ‘Mock-up’
Hasil pembelajaran:
·           Menerangkan maksud “mock-up”
·           Menyediakan ‘mock-up’ untuk pembinaan model berfungsi atau prototaip
·           Menganalisis reka bentuk akhir dalam bentuk 3D

‘Mock-up’ dikenali juga sebagai model pengolokan yang dibuat sebelum model atau prototaip. Ia merupakan urutan daripada pemilihan reka bentuk bertujuan untuk melihat dan menilai reka bentuk pilihan secara tiga dimensi. Kebiasaannya ‘mock-up’ dibuat tanpa ukuran dan skala sebenar menggunakan bahan-bahan yang senang dan mudah didapati seperti kertas bod, foam, gabus, polisterin, ’mounting board’ dan kayu jelutung (kayu lembut).

‘Mock-up’ dapat membantu kita melihat dan menilai keseimbangan reka bentuk, struktur, kesesuaian bahan, keselamatan, penggunaan dan cara pembuatan. Kebiasaannya ‘mock-up’ dihasilkan melebihi satu unit bagi tujuan perbandingan.

Mock-up




a.   Pembinaan model berfungsi atau prototaip
i.  Perancangan kerja
Hasil pembelajaran :
·           Menyenaraikan bahan dan komponen berdasarkan lukisan kerja
·           Menyediakan anggaran kos berdasarkan bahan dan komponen yang dipilih

Model dapat dibahagikan kepada dua jenis iaitu Model Blok (Block Model) dan Model Berfungsi (Prototaip). Model blok adalah model yang statik atau separa berfungsi. Ianya mempamerkan reka bentuk sebenar dan dihasilkan samada secara skala ataupun saiz sebenar produk. Bahan yang digunakan tidak semestinya sama dengan bahan sebenar.

Model berfungsi atau prototaip adalah produk contoh yang berfungsi sepenuhnya.

Prototaip dibina daripada bahan sebenar yang telah ditentukan. Prototaip sama dengan produk sebenar dari setiap segi.  Ia dibina dan dipasang secara manual dan diuji dalam situasi sebenar.

Prototaip basikal
 
 


Pemilihan bahan dan komponen adalah berdasarkan beberapa faktor iaitu:
-- kos
-- sifat fizikal bahan
-- teknik pembuatan
-- keboleh dapatan

Penjelasan sifat , jenis bahan, komponen dan kaedah pembuatan dijelaskan dalam Bab 2 buku ini.

Cadangan aktiviti:
o        Mengadakan lawatan ke kedai “hardware” untuk mengetahui bahan / alat yang boleh didapati
o        Berbincang dengan guru yang mempunyai kepakaran dalam bidang tertentu untuk mendapatkan pengetahuan mengenai komponen, alat dan kaedah


ii. Penyediaan dan pembinaan
Hasil pembelajaran:
·           Menyediakan bahan dan komponen yang dipilih
·           Membina bahagian dan komponen

Semasa melaksanakan kerja penyediaan komponen ciri-ciri keselamatan hendaklah diutamakan.  Peralatan perlu diguna  dengan teknik  yang betul.  Bahan-bahan serta komponen yang telah dikenalpasti disenaraikan.  Bahan alternatif juga disenaraikan jika perlu bagi tujuan kelancaran pembinaan prototaip. Pembinaan prototaip dimulakan dengan sesi perbincangan yang diadakan secara berkumpulan.  Ini bertujuan untuk memastikan setiap perkara yang berkaitan dengan pembinaan prototaip diberi perhatian bagi memastikan kelancarannya.

Dalam proses pembinaan prototaip langkah-langkah umum di bawah adalah dicadangkan.


CARTA ALIR PROSES PEMBINAAN PROTOTAIP

Cadangan aktiviti:
o   Menyediakan bahan dan komponen yang telah dikenalpasti
o   Membina komponen daripada bahan yang dipilih
o   Memasang komponen.
iii. Pemasangan
Hasil pembelajaran:
·           Memeriksa dan menguji bahagian dan komponen untuk pemasangan
·           Memasang bahagian dan komponen

Semasa melakukan kerja-kerja pemasangan ciri-ciri keselamatan hendaklah diutamakan.  Perhatian  juga perlu diberikan kepada penggunaan peralatan dan teknik kerja yang betul.  Komponen perlu diuji sebelum dipasang.  Komponen yang telah dipasang dan bahagian yang telah dibentuk hendaklah disusun dan diatur mengikut spesifikasi.  Kerja pembinaan dan pemasangan ini hendaklah dibuat mengikut langkah kerja yang telah ditetapkan dalam lukisan kerja.   

Cadangan aktiviti:
o   Menguji komponen dan mengenalpasti kefungsian komponen sebelum pemasangan
o   Memasang komponen mengikut spesifikasi lukisan kerja

iv. Kemasan
Hasil pembelajaran:
·           Menyatakan bahan dan teknik kemasan
·           Membuat kemasan

Prototaip yang telah siap dibina perlu mempunyai kemasan yang sesuai.  Kerja kemasan ini boleh menggunakan cat, syelek, lekar dan bahan lain mengikut kesesuian kemasan projek.  Tujuan kemasan adalah untuk menambah nilai estetika,  komersil  dan ketahanan prototaip.

Cadangan aktiviti:
o   Memerhati kaedah kemasan beberapa produk sedia ada


b.   Pengujian dan penilaian model berfungsi atau prototaip
i.  Pengujian
Hasil pembelajaran :
·           Menyatakan kaedah pengujian
·           Menguji kefungsian, keselamatan dan ketahanan
Prototaip yang siap dibina perlu diuji keberkesanan fungsinya.  Pengujian boleh dilaksanakan melalui ujian seperti:
- ujian makmal
- ujian parameter
 
Ujian makmal
Pengujian prototaip dilakukan di dalam makmal atau bengkel dengan keadaan yang terkawal.  Keadaan terkawal di sini bermaksud unsur-unsur seperti daya, cahaya, suhu, angin dan kelajuan dapat dikawal melalui penggunaan perlatan dalam makmal.  Walaubagaimanapun ujian makmal dibuat berdasarkan kepada kesesuian dan keperluan sesuatu projek.

Ujian parameter
Ujian parameter ialah pengujian prototaip yang dibuat dalam suasana dan di tempat yang sebenar bagi menentukan kefungsian serta penggunaannya.

Cadangan aktiviti:
o        Melakukan kedua-dua ujian untuk menentukan spesifikasi produk
o        Mengadakan lawatan ke SIRIM untuk melihat bagaimana ujian parameter / makmal dilakukan

ii. Penilaian
Hasil pembelajaran:
·           Menilai model atau prototaip dari aspek ergonomik dan estetika
·           Menilai keupayaan model atau prototaip berdasarkan spesifikasi
·           Mengenal pasti kelemahan dan kecacatan berdasarkan pengujian dan kelemahan
Menganalisis hasil ujian yang dijalankan ke atas prototaip dan memberi penilaian berdasarkan aspek ergonomik dan estetika.  Kelemahan dan kekuatan prototaip perlu dikenalpasti untuk tujuan pembaikan.

c.   Pengubahsuaian model berfungsi atau prototaip
i.  Pembaikan
Hasil pembelajaran
·           Mencadangkan pengubahsuaian  berdasarkan pengujian dan penilaian
·           Mengganti atau mengubahsuai bahagian dan komponen
·           Menguji dan menilai semula model berfungsi atau prototaip yang telah diuabhsuai
·           Mengesyorkan bahan dan proses yang lebih sesuai

Berdasarkan hasil pengujian, cadangan pembaikan perlu disenaraikan dan dilaksana jika perlu, antaranya seperti
i.  mengganti komponen yang tidak berfungsi,
ii. menambah baik komponen / bahan,
iii. mengganti komponen dengan komponen yang lebih baik
iv. menambah kemasan.

Selepas pembaikan, perlu dibuat pengujian semula untuk mempastikan bahawa prototaip yang dibina benar-benar berfungsi mengikut spesifikasi yang telah dipilih.
    
Proses ini mungkin akan berulang beberapa kali sehingga terhasil prototaip yang benar-benar memenuhi spesifikasi yang telah ditetapkan.   Jika masih belum menepatinya,  cadangan boleh dikemukakan untuk pembaikan selanjutnya di dalam dokumentasinya.  Ini bertujuan untuk pereka cipta seterusnya memajukan prototaip yang telah dihasilkan.




Cadangan aktiviti:
o        Membuat pembaikan berdasarkan hasil pengujian
o        Membuat pengubahsuaian yang sesuai untuk menambah baik prototaip

ii.  Kemasan
Hasil pembelajaran:
·           Membuat kemasan akhir

Proses kemasan di peringkat ini adalah proses yang terakhir selepas pembaikan, sebelum prototaip ini dipasarkan.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...