trx.indexO
zwani.com myspace graphic comments
Islam graphics

Friday 28 March 2014

Homemade keropok lekor

Hahaha....
Guna bm utk menguli.....asalnya nak buat bebola ikan, tetiba suami balik dari kerja...terus dia ambil alih....
Bebola ikan jadi keropok lekor...
Sedap juga....cuma keras sikit sebab guna tepung ubi.....sepatutnya guna tepung sagu....anak tauke keropok yang bagitahu..(suamiku anak tauke keropok)

Read more ...

Kerja kayu tingkatan 2sc

Read more ...

Rewang auntie acah kahwin

Read more ...

Saturday 22 March 2014

UJIAN ALLAH

5 TIPS AGAR JIWA TABAH MENGHADAPI UJIAN YANG MENDATANG

 

 1. DUNIA INI SEMENTARA, ALLAH PENENTU SEGALANYA

Sentiasa menyedari bahawa hidup di dunia ini hanya lah sementara dan permainan sahaja. Kita hidup atas dunia ini hanya sekali, jadi kita tidak boleh mensia-siakannya dengan sesuatu yang tidak bermakna.Ikhtiar yang disertai dengan niat yang sempurna itulah yang perlu ada. Perkara apapun yang terjadi, kita patut serahkan sepenuhnya kepada Allah Yang Maha Tahu agar menentukan yang terbaik buat kita. Kita harus sedar betul bahawa, yang terbaik bagi kita menurut pandangan kita, belum tentu terbaik bagi kita menurut Allah Ta’ ala. Pengetahuan kita tentang diri kita atau tentang apapun amat terbatas. Sedangkan pengetahuan Allah menyeliputi segala-galanya. Sehingga betapa pun kita sangat menginginkan sesuatu, tetapi hati kita harus kita persiapkan untuk menghadapi kenyataan yang tak sesuai dengan harapan kita. Kerana mungkin itulah yang terbaik bagi kita. Ingatlah bahawa, ALLAH itu Maha Adil lagi Bijaksana. 

 

2. REDHA

Realiti hidup yang terjadi pada kita, kita kena terima dengan redha dan seadanya. Itulah kenyataan dan episod hidup yang harus kita jalani. Emosional, sakit hati, tertekan, atau apa jua perkara yang membuat hati kita menjadi kecewa dan sengsara, harus kita tinggalkan. Ingatlah bahawa, samaada kita tertekan dan tidak gembira, atau kita tidak tertekan dan gembira, ia tetap begitu jadinya.Maka adalah lebih baik kita redha dan terima apa yang berlaku dengan berlapang dada dan hati yang terbuka. Perit kita telan, manis pun kita telan. Nikmatilah pahit manis itu seadanya. 

 

3. INGAT JANJI ALLAH

Meyakini bahawa hidup ini bagai siang dan malam yang pasti silih berganti. Tak mungkin siang terus menerus dan tak mungkin juga malam terus menerus. Pasti setiap kesenangan ada hujungnya begitulah masalah yang menimpa kita, pasti ada akhirnya. Kita harus sangat sabar menghadapinya. Ujian yang diturunkan Allah kepada kita, pasti sudah ditetapkan dengan penuh keadilan. Tak mungkin ujian yang menimpa itu, melampaui batas kemampuan kita. Kerana Allah tak pernah menzalimi hamba-hambaNya. Ingatlah bahawa, semua fikiran negatif dan emosi buruk kita hanya akan mempersulitkan dan menyengsarakan diri kita saja. Pujuklah h ati, agar kita tidak menekan diri sendiri. Hati dan fikiran kita dipujuk agar tetap tenang, tabah dan sabar. Kita harus berani menghadapi mehnah masalah ujian demi ujian. Kita tak boleh lari dari kenyataan. Kerana lari nya kita itu tak akan menyelesaikan masalah. Bahkan ia sebaliknya hanya akan menambah permasalahan.Jadi, semua yang berlaku harus kita hadapi dengan baik. Kita tak boleh menyerah mudah, kita tak boleh kalah menyerah. Pastinya segala sesuatu itu ada akhirnya. Begitu jualah permasalahan yang kita hadapi. Seberat manapun ujian Allah pada kita, yakinlah dengan janji Allah Ta’ ala : “Fa innama’al usri yusran, inna ma’al usri yusran”. Maka sesungguhnya bersama kesulitan itu pasti ada kemudahan, dan bersama kesulitan itu pasti ada kemudahan. Janji Allah itu pasti benar. Kerana itu, apalah guna kita menekan diri. 

4. PASTI ADA HIKMAH

Semua apa yang terjadi, samaada baik atau buruk, terjadi adalah dengan izin dan kehendak Allah Ta’ ala. Dan pastinya Allah tak mungkin berbuat sesuatu dengan sia-sia.Setiap sesuatu perkara itu, pasti ada hikmah disebaliknya. Sepahit mana pun derita yang kita tanggung, pasti ada kebaikan yang terkandung di dalamnya jika kita terima dan hadapi dengan sabar dan redha. Cuba kita renung dan fikirkan, kenapa Allah mentakdirkan semua ini menimpa kita. Setidak-tidaknya ia adalah sebagai peringatan atas dosa-dosa dan kelalaian yang kita telah lakukan. Atau mungkin Allah mahu naikkan darjat dan kedudukan kita di sisi Nya.Mungkin agak sukar untuk kita sedar kesilapan dan kesalahan yang telah kita lakukan. Namun, iktibar dari setiap ujian yang menimpa sebenarnya mencerminkan amalan dan tingkah laku yang kita lakukan. Tak usah takut atau bimbang menerima kekurangan dan kesilapan yang kita telah lakukan. Yang penting, kita mesti berazam sungguh-sungguh untuk memperbaiki kelemahan yang ada. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun dan Maha Penerima Taubat. Muhasabahlah diri, bertaubat atas dosa dan mohonlah hidayah dan kekuatan daripadaNya.

 

5. ALLAH SAJA PENOLONG KITA

Kita wajib meyakini bahawa, walau seluruh manusia, jin dan semua makhluk atas dunia ini bergabung untuk menolong kita sekalipun, ketetapan Allah tetap akan berlaku. Semua usaha pasti tidak akan membuahkan hasil tanpa izin Allah Ta’ala. Hati kita mesti bulat yakin sepenuhnya bahwa hanya Allah lah satu-satunya yang dapat menolong dan memberi jalan keluar terbaik daripada sebarang perkara yang terjadi. Allah Maha Berkuasa atas segala-galanya. Dialah pemilik dan penguasa segala sesuatu. Dialah yang mengatur segala-galanya.Maka, kita harus bermunajat dan berusaha menagih simpati daripadaNya agar menolong kita. Mengadu dan dekatilah Allah dengan membuat amalan yang disukaiNya. Pohonlah hidayah, kekuatan dan pertolongan daripadaNya. Bebaskan hati dan diri kita daripada mengharap pada makhluk dan selain daripada Allah. Tagih dan pintalah pertolongan dengan sabar dan solat. Ingatlah firman Allah Ta’ ala yang bermaksud “ Barang siapa bertakwal kepada Allah, nescaya akan diberi jalan keluar dari setiap urusannya dan diberi rezeki dari arah yang tak disangka-sangka, dan barang siapa yang bertawakal kepada Allah nescaya akan dicukupi segala keperluannya.”(QS [65] : 2-3)

 

Akhir kata, aku doakan semoga dikau tabah menghadapi dugaan dan ujian hidup yang sementara ini. Jaga lah hubungan dengan Allah. Buatlah segala apa yang diperintahkanNya. Dan tinggalkanlah semua laranganNya. Semoga dikau beroleh petunjuk dan diberi kekuatan oleh Allah dalam mengharungi hari-hari mendatang. All the best! Kepada semua pembaca , saya juga mendoakan agar anda semua diberkati dan dirahmati oleh Allah Ta’ala. Semoga hidup kita aman bahagia dan ceria selalu

##kredit: fb catatan indahku##
 

Read more ...

Monday 17 March 2014

Si kembar dah sekolah


Sekejap jea masa berlalu..rasanya macam baru semalam saya melahirkan sikembar...
sekarang umurnya dah 4 tahun....
tarkh lahir : 18.03.2010
masa : 2.30 pagi( lelaki)
masa: 2.35 pagi (perempuan)
berat : 2.95kg ( lelaki)
berat : 3.00kg (perempuan)
Kaedah melahirkannya secara normal...alhamdulilllah

Berat ummi sebelum melahirkannya 90 kg..
tapi lepas bersalin tetap 85 kg...hanya hilang 5 kg...
sebelum mengandung kembar berat badan 65kg...
wa......x boleh turun lagi....
tetap kekal 85 kg sejak 2010 hingga skg.... :(


yg seorang lagi tu abg hakim
umurnya 6 tahun...

Read more ...

Telur gulung.....

Idea ni dapat dari kawan ku cikgu Armiza...
Dia kata kalau malas nak masak, buat jea telur gulung...sbb dalam tu ada macam2..dah kira seimbangla...
Betul juga.....


resepi utk malas nak masak tapi nak bagi anak2 makan dan x membebel ummi x masak lauk...
1. Buat telur dadar...1 biji telur grade  B utk 1 ...kalau anak ada 5 gunakan 5 biji telur...(ikut selera masing2)
2. Rebuskan kentang yang telah dipotong dadu, kalau malas nak rebus goreng kentang yang telah dipotong dadu..
3. Panaskan minyak dan tumis bumbu (bawang merah, bawang putih dan ikan bilis)
4. Dah naik bau, masukkan daging cincang...masak sehingga daging masak....
5. Masukkan sayur spt lobak, kobis kacang dan kentang yang digoreng..
6. Letakkan garam, gula dan perasa...
7. Dah masak angkat dan letakkan di atas telur dadar...kemudian gulung....

siap utk dimakan....
Read more ...

Kek red velvet free.....

A.......beruntungnya menjadi isteri kepada suami yg bekerja di Kolej Komuniti....
Sebab selalu dapat makan free....

Kolej komuniti selalu mengadakan kursus pendek berkaitan mumbuat makanan spt kek, biskut, roti cincau , tempe dan macam2 lagi....

Oleh kerana rumah saya berdekatan dengan kolej, selalu jugalah suami diarahkan bertugas utk menyelaras kursus2 pada hari cuti...yela..rumah dekat...

Yang bestnya, lps jea habis kursus, tenaga pengajar yang mengajar akan memberikan buah tangan kepada suamiku....rezeki2...tu yg malas nak buat ....selalu sangat dPat makan free....

Read more ...

Sambal hitam ♡

Tiba2 jadi teringin dan peminat setia sambal hitam....
Punca2 utamanya
1. Adik bercerita yang sambal hitam ni sedap. Sangat popular di negeri Pahang.
2. Rakan sekerja selalu membawa belimbing buluh yang banyak. Dah jemu nak masukkan dalam masakkan...
3.Keinginan ingin mencuba sesuatu resepi yang baru...

Nak membuatnya x lah susah sangat, tapi nak melayannya tu yang bercinta sikit sebab belimbing itu perlu diletakkan didalam periuk yg tidak mengandungi minyak untuk dikeringkan....lebih kurang ambik masa 1 hingga 2 jam....

Kalau x de masa x payah nak buat...

Ini sambal hitam yang dibuat utk kali kedua...
Mengambil masa 1 minggu utk menyiapkannya...ha!!!!!
Jumaat lepas hanya sempat mengeringkannya.....
Jumaat seterusnya baru dimasak bersama bumbu2....nak masak ni pun perlu ambik masa 2 jam supaya sambal tu betul2 kering dan boleh tahan lama...

Tapi istemewanya sambal hitam ni ia tahan lama...boleh mencecah berbulan2....agaknya...tapi dirumah ini hanya boleh tahan utk 1 bulan saja...sbb dah sold out...x sempat nak tunggu 2 atau 3 bln....anak2 pun suka sbb rasanya masam manis....

Terima kasih kepada rakan sekerja yang selalu membawa belimbing buluh ni....walaupun saya org kampung, tp selali membelinya di pasar tani atau pasar sabtu parit sulong....bila nampak belimbing ni mesti teringat emak....emak sangat suka dgn belimbing ini....



Dalam proses untuuk mengeringkan bahan2 yang dicampur....
botol yang kecil tu nak bagi emak.....



oh! Resepinya ...senang saja

1. Belimbing di basuh bersih dan diletakkan didalam periuk@kuali untuk dikeringkan..gunakan api yang pelahan..masa yang diambil lebih kurang 2 jam...
2. Kisar bawang merah , bawang putih , cili padi dan ikan bilis....sukatan ikut selera masing2. Kalau nak sedap letaklah banyak2 bahan 2 tadi......
3. Panaskan minyak...dah panas ...masukkan bumbu yang dikisar tadi....kacau2...lps tu masukkan belimbing yang telah dikeringkan...gaul sehingga sebati....
4. Letak garam, gula, perasa dan kicap....utk menghasilkan warna hitam....
5. Tumis sehingga  kering....bukan sehingga hangus....ambik masa lebih kurang 1 jam utk menumisnya....
selamat mencuba..

Read more ...

Friday 7 March 2014

Bertugas.....mssj renang...☆


Bertugas buat kali pertama sejak berpindah ke batu pahat....di Banang golf...nasib dekat dgn rumah....kira ok la....

Read more ...

Sunday 2 March 2014

Donut...jadi..... bun gula.... ;)

Perancangan memang nak buat donat, tp malas nak goreng....nak try bakar....alhamdulilllah. ..jadi juga...

Nak kata donut..saya bakar..nak kata roti...guna tepung gandum...tapi mmg sedap dan lembut...

Doh uli guna bread maker....


Resepi diambil dari kak Nor Jannah KR


Tektur nya sangat cantik...

Baki doh yang lebih berintikan kaya...
ikut suka hati, asalkan doh habis digunakan...

RESEPI




kalau guna BM..
campurkan semua bahan...
style saya..masukkan tepung, gula , garam dan yis..kacau...
barulah masukkan bahan basah pula spt telur, air suam, minyak dan esen vanilla

lepas tu tekan program utk doh (saya tekan 8 utk kenwood)
Read more ...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...