trx.indexO
zwani.com myspace graphic comments
Islam graphics

Monday 30 April 2012

CIRI-CIRI ISTERI YANG SOLEHAH (video)









Read more ...

ISTERI CERDIK YANG SOLEHAH

Read more ...

HANYA SEKALI


Read more ...

BUKAN CINTA BIASA


Read more ...

Sunday 29 April 2012

KARENA HATI BICARA


Read more ...

KAU YANG SELALU ADA


Read more ...

KETULUSAN CINTA



Read more ...

TUHAN BERIKAN AKU CINTA


Read more ...

PADAMU KU BERSUJUD



Read more ...

RAPUH



Read more ...

TIADA DUKA ABADI


Read more ...

BILA WAKTU TELAH BERAKHIR


Read more ...

Saturday 28 April 2012

DOAKU UNTUKMU SAYANG

Read more ...

AJK PERTOLONGAN CEMAS MSSMJ

Sekolah saya telah ditugaskan untuk menjadi ajk pertolongan cemas sempena Pertandingan Bola Keranjang MSSMJ yang berlangsung di SRJK (C) LI CHI segamat.


Saya telah ditugaskan untuk membawa pelajar ke tempat pertandingan.


Memang dah biasa dgn pertolongan cemas (pc) nie.  Tak kira hari...waktu cuti ke...panas terik ke...hujan lebat ke...memang kena bertugas. Jadi saya dah biasa sebab dah 10 tahun saya menjadi guru PBSM. Byk acara - acara sukan yang melibatkan daerah segamat samada peringkat daerah, negeri dan kebangsaan akan diserahkan kepada SMK PADUKA TUAN terutamanya utk ajk pertolongan cemas.


Saya mmg sentisa bersedia untuk bertugas pada waktu cuti.  Ini selaras dengan moto PBSM. ..SENTIASA BERSEDIA.


Aktiviti ini juga dapat melatih diri saya dan juga pelajar-pelajar dengan sifat suka membantu orang lain tanpa meminta balasan.


Semoga dengan adanya sifat ini,  maka ia akan dapat mendidik hati saya supaya sentiasa rendah diri.


Published with Blogger-droid v2.0.4
Read more ...

Friday 27 April 2012

Thursday 26 April 2012

30 PESANAN IMAM SYAFIE





1. Tuntutlah ilmu sebanyak mungkin kerana ia dapat menjaga dan membuat kamu cemerlang di dunia dan akhirat.

2. Perbanyakan menyebut Allah daripada menyebut makhluk. Perbanyakan menyebut hal akhirat daripada menyebut hal dunia.

3. Pilihlah makanan yang halal kerana ia menjamin kesihatan dan menyebabkan syaitan gerun.

4. Sabar menghadapi musibah adalah sebesar-besar erti sabar dimana sabar itu sendiri memerlukan kesabaran pula. Bala dan musibah menunjukkan adanya perhatian dan kasih sayang Allah. Oleh itu, bersyukurlah kerana syukur yang sedemikian setinggi-tinggi erti syukur.

5. Apabila salah seorang antara kaum kerabat ataupun jiran dan saudara kamu sakit, kamu perlu ringankan langkah menziarahinya kerana ia disaksikan oleh malaikat dan dicintai Allah.

6. Marah adalah salah satu antara panah-panah syaitan yang mengandungi racun. Oleh itu, hindarilah ia supaya kamu dapat menewaskan syaitan dan bala tenteranya.

7. Kasihanilah anak yatim kerana Rasulullah SAW juga tergolong sebgai anak yatim dan beliau akan bersama-sama dengan orang yang menyayangi dan mengasihi anak-anak yatim di akhirat.

8. Berbuat baik dan tunjukkan bakti kepada ibu bapa tanpa mengenali letih dan lelah sebagaimana mereka berbuat begitu sepanjang hayat mereka. Ia dapat menambah keberkatan pada umur, menambah rezeki dan keampunan atas dosa-dosa kamu.

9. Banyakkanlah beramal soleh kerana ia adalah pendinding dan perisai orang mukmin dan pelindung daripada serangan iblis.

10. Takwa adalah pakaian kebesaran dan hiasan akhlak Muslim sebenar. Ia ibarat pokok zaitun, minyaknya membawa berkat, ia juga memberi kejayaan dan kemenangan.

11. Iman mempunyai bentengnya bagi menghalang segala serangan yang cuba merobohkannya. Oleh itu bagi menguatkan benteng iman, keimanan perlu dibajai dengan lima perkara, yakin, ikhlas, mengerjakan amalan sunat, istiqamah, bertatasusila ataupun berdisiplin dalam mengerjakan ibadah.

12. Ingat dan zikir kepada Allah sebanyak-banyaknya kerana ia mengubati penyakit jasmani dan hati. Ia mencetuskan ketenangan hidup dan qanaah.

13. Khusyuk secara zahir adalah khusyuknya orang awam, khusyuk secara batin adalah khusyuknya orang pilihan disisi Allah.

14. Kubur adalah perhentian sementara bagi membolehkan ke satu perhentian lagi yang penuh dengan soal siasat. Oleh itu, siapkan lah jawapan yang adil dan benar menerusi amal yang benar dan taat kepada al-haq yang tidak berbelah bagi.

15. Kita perlu sentiasa memohon perlindungan daripada Allah, sekurang-kurangnya dengan mengucapkan “Auzubillahi minassaitathanirrajim”. Kita perlu bersabar sekiranya serangan syaitan datang juga bertalu-talu dengan hebat dan menyedari Allah Taala hendak menguji keteguhan sabar kita, hendak menguji keteguhan sabar kita, hendak melihat ketulenan jihad kita. Ketahuilah perang dengan syaitan itu lebih hebat daripada perang sabil.

16. Sebesar-besar keaiban (keburukan) adalah kamu mengira keburukan orang lain sedangkan keburukan itu terdapat dalam dirimu sendiri.

17. Hati adalah raja dalam diri. Oleh itu, lurus dan betulkan ia supaya empayar kerajaan dirimu tegak diatas al-haq yang tidak disertai oleh iringan-iringan pasukan kebatilan.

18. Ketahuilah istighfar yang diucapkan dengan betul mampu membuat syaitan lari ketakutan dan mengoncang empayar iblis di istana kerajaannya.

19. Ketahuilah sebesar-besar kesenangan didunia dan akhirat adalah memberi maaf kepada orang lain dan melupakan terus kesalahannya. Allah pasti akan meninggikan darjatnya di sisi manusia.

20. Tafakurlah sebelum tidur bagi menghisab diri atas salah dan silap semasa aktiviti pada siang hari sebagaimana Umar bin al-Khattab menyiasati dirinya dengan pelbagai soalan berkenaan dosa-dosanya pada siang hari.

21. Tuntutlah ilmu sebanyak mungkin kerana ia dapat menjagamu dan membuatmu cemerlang didunia dan akhirat. Ia juga amalan para nabi, rasul dan orang soleh.

22. Sesiapa yang mahu meninggalkan dunia dengan selamat, dia perlu mengamalkan perkara berikut iaitu mengurangkan tidur, mengurangkan makan, mengurangkan bercakap dan berpada-pada dengan rezeki yang ada.

23. Kamu seorang manusia yang dijadikan daripada tanah dan kamu juga akan disakiti (dihimpit) tanah.

24. Sesiapa yang menjalinkan ukhuwah dan menghidupkannya, dia memperoleh banyak kebaikan.

25. Allah menjanjikan kepada orang yang beriman, mereka akan ditinggikan darjat dan diberi kemuliaan selagi mereka menunaikan perintah Allah.

26. Allah menjanjikan kepada orang yang beriman, mereka pasti akan mendapat pertolongan Allah seperti dalam pernyataannya dalam surah ar-Rom ayat 47 yang bermaksud, dan adalah menjadi hak (tanggungjawap) kami untuk menolong orang yang beriman.

27. Allah menjanjikan kepada orang yang beriman, mereka pasti mendapat pembelaan daripada Allah sebagaimana pernyataannya dalam surah al-Hajj ayat 38 yang bermaksud, Allah membela orang yang beriman.

28. Allah menjanjikan kepada orang yang beriman dan bertakwa, Allah pasti akan menaikkan darjat mereka hingga ke taraf wali-wali Allah selagi memenuhi syarat-syaratnya seperti dalam pernyataannya dalam surah al-Baqarah ayat 257 yang bermaksud, Allah penolong (wali) bagi orang-orang yang beriman.

29. Allah menjanjikan kepada orang yang beriman akan memberi petunjuk dan jalan lurus sebagaimana pernyataan Allah dalam surah al-Hajj ayat 54 yang bermaksud “Allah akan memberi petunjuk bagi orang yang beriman kepada jalan yang lurus.

30. Allah menjanjikan kepada orang yang beriman, mereka akan memperoleh rezeki yang baik dan pelbagai keberkatan selagi mereka menunaikan perintah Allah sebagaimana pernyataannya dalam surah al-A’raf ayat 96 yang bermaksud, sekiranya penduduk kota beriman dan bertakwa pasti kami akan melimpahkan mereka berkat dari langit dan bumi tetapi sekiranya mereka mendustakan ayat-ayat kami, kami akan seksa mereka disebabkan perbuatan mereka.

. Wallahualam

Sila share...


Read more ...

Wednesday 25 April 2012

KEMALANGAN NGERI



Hari nie 25.4.2012 telah berlaku satu kemalangan ngeri di hadapan SMK PADUKA TUAN. Seorang pelajar SMK Paduka Tuan AHMAD ILTIZAM B.KHALID telah terbunuh akibat dilanggar oleh sebuah keretapi. Kemalangan ini telah berlaku selepas tamatnya sesi persekolahan pada pukul 1.05 petang. Beliau adalah pelajar tingkatan 3 Dedikadi. Beliau merupakan seorang pelajar yang baik dan menghormati guru-guru.


Menurut kata pelajar....satu bunyi hon keretapi yang sangat kuat telah kedengaran.


Kejadian ini berlaku dgn begitu pantas sekali. Pada masa tersebut...pelajar dan guru hendak pulang ke rumah.


Saya masih berada di bilik guru utk membuat soalan peperiksaan pertengahan tahun. Tiba2 datang cikgu Razhan memberitahu ada seorang pelajar SMKPT telah dilanggar oleh keretapi.


YaALLAH...berderau darah saya...seluruh badan saya menggigil...memikirkan nasib pelajar tersebut.


Semua guru2 yg berada di dalam bilik guru menjadi panik...


Pn.Cheh, cikgu Azlan, cikgu Murad, ustaz Mazran dan beberapa orang guru bergegas ke tempat kejadian. Saya dan rakan2 guru perempuan yg berada di dalam bilik guru tidak mempunyai kekuatan untuk melihat mangsa tersebut.


Jadi utk menghormati arwah...aktiviti sukan tara yg sepatutnya bermula pd petang tadi telah ditunda pada hari Jumaat. 


Semua guru telah pergi ke Hospital Segamat untuk memberi ucapan takziah kepada keluarga mangsa.


Marilah kita sama2 sedekahkan alfatihah kepada arwah Ahmad Iltizam bin Khalid.  Semoga rohnya ditempatkan bersama orang2 yang beriman...aminn....


Alfatihah.....

Published with Blogger-droid v2.0.4
Read more ...

SEND OFF


Published with Blogger-droid v2.0.4


Read more ...

MAJLIS PERSARAAN PENGETUA MAC 2012


Published with Blogger-droid v2.0.4
Read more ...

Tuesday 24 April 2012

WEDGES



CARA-CARANYA

1. BASUH KENTANG DENGAN BERSIH

2. POTONG KENTANG MEMANJANG

3.GAULKAN KENTANG YANG TELAH DIPOTONG DENGAN TEPUNG AYAM

4.GORENG DENGAN API SEDERHANA HINGGA KEKUNINGAN

5.ANGKAT DAN BOLEH DIMAKAN

Published with Blogger-droid v2.0.4



Read more ...

DOA






Published with Blogger-droid v2.0.4
Read more ...

SURAT PENGHARGAAN DARI JPNJ - SPM REKA CIPTA 100%



Read more ...

Monday 23 April 2012

LAUK CAMPUR- CAMPUR




1.Bawang ditumbuk halus


2. Udang kering ditumbuk halus

3.Cili padi 5 biji ditumbuk halus

4.2 biji buah keras ditumbuk halus

5.Ikan bilis 

6. 1 biji tauhu

7.1 Biji buah tomato


CARA-CARANYA


1.Tumiskan bahan tumbuk dgn sedikit minyak hingga naik bau


2. Masukkan ikan  bilik. Goreng hinggs garing didlm kuali yang sama.

3. Masukkan garam,gula dan sedikit perasa

4. Hampir masak masukksn sayur kacang pjg dsn tomsto.

5 Biarkan 2 minit. Angkst dan hidangkan



Published with Blogger-droid v2.0.4


Read more ...

SELAMAT TINGGAL PRINTER LAMA





Selamat tinggal.....printer nie telah byk berjasa kepada tuannya. 

Published with Blogger-droid v2.0.4
Read more ...

PRINTER BARU



Alhamdulilah...akhirnya dapat printer baru.  Bolehlah buat kerja2 sekolah dengan lebih mudah. Tak payah suruh suami print kat office lagi. Bagaimanapun setinggi-tinggi terima kasih diucapkan kepada suami tercinta kerana sudi melayan kerenah isterinya untuk menyiapkan kerja2 sekolah

Published with Blogger-droid v2.0.4


Read more ...

Sunday 22 April 2012

WASIAT SAIDINA ALI (4)

P i n t u - p i n t u   K e b a i k a n   Y a n g  
 M e n d a t a n g k a n   R e z e k i 



Rezeki bagi setiap muslimin dan muslimat itu amatlah luas. Ia bukan sekadar merujuk kepada harta benda, kemewahan dan wang berjuta- juta. Sebaliknya pengertian rezeki di sisi Allah Taala itu adalah meliputi segala yang baik dan menyenangkan. Usah menganggap rezeki itu berupa kebendaan semata-mata, namun bukalah minda dan akal fikir bahawa ianya amat luas dan meliputi segala kenikmatan yang dianugerah Allah.



Dari Abu Zar RA. bahawasanya orang-orang datang dari sahabat Rasulullah SAW menemui baginda. Mereka berkata: “Wahai Rasulullah SAW, orang-orang kaya telah memiki banyak pahala, mereka solat seperti kami; mereka puasa seperti kami; dan mereka bersedekah dengan harta mereka. “Rasulullah SAW berkata: “Bukankah Allah telah menjadikan sesuatu bagi kalian untuk bersedekah? 



Sesungguhnya setiap tasbih adalah sedekah, setiap takbir adalah sedekah, setiap tahmid adalah sedekah, dan setiap tahlil adalah sedekah. Perintah kepada kebaikan adalah sedekah, melarang dari kemungkaran adalah sedekah. Dan dalam jima’kamu pun ada sedekahnya”.Menurut sebuah lagi hadith:“Para sahabat bertanya: “Ya Rasulullah SAW, apakah jika seseorang melampiaskan syahwatnya kepada isterinya boleh mendapat pahala?”Rasulullah berkata: “Bagaimana menurutmu jika disalurkan kepada yang haram, apakah dia berdosa? Begitu  pula jika dia disalurkan pada yang halal dia akan mendapat pahala.”                                                  (HR. Muslim)



Dari hadis yang dinyatakan sebelum ini dapat diambil banyak faedah darinya. Antara faedah utama yang jelas dapat dikutip darinya dan dijadikan amalan adalah;

1. Semangat para sahabat dalam amalan kebaikan

Para sahabat adalah generasi yang bertuah kerana melalui hidup pada zaman Rasulullah SAW. Mereka ada bila mana wahyu diturunkan, mereka jugalah yang lebih faham tentang isi kandungan Al-Quranul Karim dan segala Hadith serta penerapannya.

Sahabat Rasulullah SAW. amat terkenal sebagai insan yang memiliki semangat yang begitu tinggi dan berapi-api untuk melakukan amal soleh dan kebaikan. Bila sahaja perintah syariat turun, mereka bersegera mengerjakannya. Kita ambil contoh yang sederhana dan kecil: Abu Thalhah, beliau tanpa berfikir panjang menginfakkan kebunnya yang  sangat disukai (bernama buhaira) bila mendengar 


Firman Allah Taala yang ertinya:

“Kamu sekali-kali tidak sampai kepada kebajikan orang ( yang     sempurna) sebelum kamu menafkahkan sebahagian harta yang kamu cintai.”(Ali Imran: 92)

Begitu pula para wanita shahabiah, mereka bersegera menutupi tubuh mereka begitu mendengar perintah untuk berhijab. Apa yang menarik pula adalah kisah Handhalah bin Amir yang rela neninggalkan masa berseronok dengan  isterinya semata-mata menyambut panggilan jihad pada perang Uhud, sehingga beliau tidak sempat untuk mandi junub. Ketika beliau syahid di medan uhud, didapati tubuhnya basah kerana dimandikan oleh para malaikat.  



Dari peristiwa itu Thalhah dikenali dengan gelaran Ghasilul Malaikah. Banyak lagi kisah-kisah menarik yang menunjukkan sikap dan tingkah laku hebat para sahabat yang mengambarkan betapa besarnya keinginan mereka untuk melakukan amal soleh dan berlaku taat terhadap Allah Taala dan Rasul utusanNya.



Hadis di atas juga ada mengisahkan tentang orang-orang miskin dari kalangan sahabat yang datang menemui Rasulullah SAW bertujuan mengadukan hal ehwal keadaan mereka yang tidak berpeluang dan tidak berkemampuan untuk beramal sepertimana orang-orang kaya yang sentiasa menginfakkan harta mereka di jalan Allah. Mereka itu merasa sedih jikalau tidak boleh meraih pahala sebagaimana mereka yang kaya raya. Bahkan  ada di antara sahabat yang menangis berlinangan air mata kerana tidak memiliki harta yang akan digunakan untuk berjuang di jalan agama. Allah Taala ada menceritakan dalam Al-Quranul Karim yang mana ertinya:



“Dan tiada (dosa) atas orang-orang yang apabila mereka datang kepadamu supaya kamu memberikan  mereka kenderaan (untuk jihad fi sabillah). lalu kamu berkata:“Aku tidak memperoleh kenderaan untuk membawamu”lalu mereka kembali dengan bercucuran air mata kerana sedih lantaran mereka tidak memperoleh apa yang akan mereka nafkahkan.”(At-Taubah: 92)



Sahabat tersebut (faqir miskin) mengadu kepada Rasulullah SAW bukan kerana terpengaruh dengan bayaknya harta mereka yang kaya. Tetapi, mereka cemburu dengan sedekah yang sentiasa diinfakkan oleh mereka yang kaya raya. Sikap seperti ini tidaklah tercela, kerana Rasulullah SAW telah bersabda yang ertinya:



“Tidak boleh hasad kecuali kepada dua hal (iaitu): 

Seseorang yang Allah anugerahkan harta, kemudian ia menginfakkannya setiap pagi dan petang. Dan seseorang yang Allah anugerahkan (ilmu) Al-Quran, kemudian ia mengamalkan setiap pagi dan petang.”                                                                    (HR. Bukhari dan Muslim)



Apa yang dimaksudkan dengan hasad dalam hadith di atas adalah ghibthah(cemburu), iaitu keinginan seseorang untuk dapat menyamai orang lain, namun tanpa mengharapkan lenyapnya kenikmatan yang ada pada orang lain. 



Berbeza dengan hasad, iaitu keinginan agar kenikmatan atau kehormatan orang lain lenyap, apakah dengan tujuan agar perpindahan menjadi miliknya atau hanya lenyap begitu sahaja. Hasad seperti ini sangat tercela, dapat mencelakakan orang yang dihasad dan juga dapat membinasakan mereka yang melakukan perbuatan hasad tersebut.



Marilah sama-sama kita renungkan keadaan para tauladan kita (sahabat Rasulullah) dalam menempuh jalan menuju Allah. Mereka merasa rugi bila terluput dari mereka satu sahaja dari perintah Rasulullah, sehingga membuat mereka sentiasa berlumba-lumba dalam melakukan kebaikan dan ketaatan. Allah berfirman dalam Kitabnya yang suci, ertinya :



“Dan untuk yang demikian itu ( Syurga dan kenikmatannya) hendaklah orang berlumba-lumba. (Al-Muthaffifin: 26)



Oleh kerana itu, keutamaan sahabat Rasulullah SAW kedudukannya di sisi Allah sangat tinggi, tiada bandingnya dengan kita. Bahkan bila kita menginfakkan emas sebesar gunung uhud sekalipun, ianya tidak akan sampai ke darjat mereka dan tidak juga walau setengah darinya. Oleh yang demikian, merekalah yang harus kita jadikan contoh dan teladan dalam mengikut Rasulullah SAW untuk meraih kebahagiaan dunia dan akhirat.



2) Pintu kebaikan dan rezeki tidak terhitung banyaknya.

Para sahabat datang mengadu kepada Rasulullah kerana menurut sangkaan mereka sedekah itu hanyalah dalam bentuk harta benda sahaja. Sehingga mereka merasa tidak sanggup untuk bersedekah disebabkan kehidupan mereka yang tidak mencukupi. Rasulullah s.a.w. kemudian menjelaskan bahawa pintu kebaikan itu banyak sekali. 





Dalam Shahih Ibnu Hibban disebutkan: “Sesungguhnya pintu kebaikan itu sangat banyak.”






Dalam Shahih Muslim, Rasulullah SAW ada bersabda: “Setiap perbuatan maaruf (kebaikan) adalah sedekah.” Kemudian Rasulullah SAW telah memperinci beberapa amal kebaikan/per buatan maar uf yang baginda nyatakan di dalam hadith tersebut, antaranya:


1. Zikir, tasbih, tahmid, takbir, tahlil adalah sedekah.
2. Melakukan amar maaruf dan nahi mungkar ini mencakupi segala muamalah antara muslim dalam kehidupan bermasyarakat.

Dalam hadis lain Rasulullah SAW. bersabda, ertinya: “Setiap sendi manusia dapat melaksanakan sedekah setiap hari di mana matahari mulai terbit. 


Di antaranya: 
- kamu berlaku adil di antara dua orang adalah sedekah: 
- menolong seorang dalam hal tetangganya, kau mengangkatnya 
  atau kau mengangkatkan  barangnya ke atas kenderaan adalah 
  sedekah;
- kata-kata yang baik adalah sedekah; 
- Setiap langkah menuju solat adalah sedekah; 
- dan menyingkirkan rintangan di jalan adalah sedekah.”                                              (HR. Bukhari dan Muslim)





3. Bahkan di antara jenis sadekah yang disebutkan adalah jima’nya seseorang dengan isterinya. Semua amalan yang telah dijelaskan tadi adalah amalan kebaikan dengan dalil shahih. Semoga kelak amalan tersebut berharga di sisi Allah dan menjadi bekalan kita di akhirat, hendaklah ia disertai dengan niat yang ikhlas, mengharap redha dari Allah Taala.



Nabi ada bersabda yang maksudnya:
“Sesungguhnya, tiada harta yang kamu infakkan untuk mengharap wajah Allah pasti akan membalasnya. Sampai-sampai sesuap makanan yang kamu berikan kepada isterimu(akan diberi ganjaran).”
                                                           
(HR. Bukhari dan Muslim)




Imam Nawawi berkata ketika beliau mensyarahkan hadith pertama yang pertama dinyatakan pada awalnya di atas (iaitu hadith dari Abu Dzur). Dalam hadis ini terdapat bukti bahawa segala amalan 
mubah (perkara yang diharuskan) boleh menjadi suatu bentuk ketaatan bila disertai dengan niat tulus ikhlas. Maka jima’pun boleh disebut ibadah bila diniatkan untuk menunaikan hak isteri dan mempergaulinya dengan maaruf seperti perintah Allah, atau mengharap anak yang soleh atau untuk menjaga kehormatan diri sehingga tercegah dari melihat atau berfikir yang diharamkan atau 
maksud-maksud lain yang terpuji.’(Syarh muslim Juz 3/44)





Begitu banyak pintu kebajikan yang telah dibukakan oleh syariat. Marilah kita berlumba meraih janji Allah seperti yang telah dicontohkan oleh para sahabat sebagai suri tauladan bagi kita semua. Siapa pun kita tidak jadi masalah, kerana Allah Taala tidaklah membebankan pada  seluruh hamba-Nya kecuali apa yang mampu dipikul oleh mereka. Yakinlah dengan janji Allah. 

AL-FAQIR ILALLAH...

IHSAN DARI:

WASIAT SAIYIDINA ALI TENTANG KEKAYAAN & KEMEWAHAN
Dibawa oleh:  http://www.facebook.com/KunciRezeki999


Read more ...

WASIAT SAIDINA ALI (3)

Allah Sentiasa Di hati  Barulah Dikatakan Kaya Yang Hakiki


Saya paparkan sebuah lagi kisah hebat di antara seorang murid dengan gurunya. Suatu hari seorang guru menyarankan kepada muridnya agar berguru kepada seorang ahli sufi yang terkenal. Setelah melewati perjalanan yang amat panjang, muridnya itu akhirnya boleh berjumpa dengan guru yang dimaksud itu.



Beliau sangat terkejut setelah mengetahui rumah hli sufi tersebut mewah bagaikan istana raja. Beliau bertanyakan kepada jiran tetangga ahli sufi tersebut adakah betul istana itu merupakan tempat tinggal ahli sufi yang dicaricarinya. Semua mereka yang dijumpai mengiyakannya.



Bertambah terkejut lagi setelah si pemilik istana itu datang dengan pakaian yang mewah dan kenderaan yang hebat. Maka murid tersebut tertanya-tanya dalam hatinya apakah benar oarang ini yang dimaksudkan oleh gurunya. Oleh kerana telah menempuh perjalanan yang jauh dan memenatkan, beliau menjumpai juga ahli sufi yang kaya raya itu. Setelah menyampaikan salam dari gurunya, beliau pun menerangkan maksud dan tujuannya datang 
berjumpa.


Bertambah lagi terkejut murid tersebut setelah mendengar kata-kata yang keluar dari mulut ahli sufi yang kaya raya itu. Beliau berkata: “Tolong sampaikan salam saya kembali kepada gurumu. Aku berpesan agar dia tidak selalu sibuk dengan urusan dunia.”
Bagaikan disambar petir di siang hari. Bagaimana mungkin orang kaya raya itu memberi nasihat kepada gurunya yang jauh dari kehidupan dunia agar tidak sibuk mengurus dunia? Ia minta diri untuk pulang, tidak jadi untuk berguru kepada orang yang dicadangkan oleh gurunya itu.


Sampai saja beliau di hadapan gurunya, murid tersebut melaporkan semua kejadian yang dialaminya, termasuk nasihat ahli sufi yang kaya itu kepada gurunya. Beliau lagi tidak faham dan terasa pelik setelah gurunya yang sangat dihormati itu terus menangis dan membenarkan nasihat ahli sufi yang kaya itu.



Guru tersebut akhirnya menjelaskan bahawa ahli sufi itu memang memiliki istana yang mewah, kenderaan yang hebat, dan selalu berpakaian indah. Tanah kebunnya sungguh luas serta memiliki perniagaan yang amat berjaya. Namun demikian, harta yang melimpah itu tidak membuatkannya lalai dan lupa kepada Allah SWT.



Hartanya tidak mengganggu zikirnya kepada Allah Taala. Beliau tidak sombong disebabkan hartanya dan jika tibatiba segala hartanya diambil oleh pemiliknya, Allah SWT... beliau pun tidak merasa terhina kerananya. Ahli sufi itu memandang harta biasa-biasa sahaja.Sementara saya, kata gurunya lagi... biar tidak punya harta yang melimpah, tetapi hari-hari masih disibukkan untuk 
memikirkan harta. Bahkan boleh jadi saya lebih sibuk memikirkan urusan harta daripada ahli sufi yang kaya raya itu.



Kepada mereka yang dikurniakan rezeki yang lebih kurniaan Allah SWT , hendaknya mereka bijak menggunakan hartanya itu untuk mendapatkan harta kekayaan yang lebih besar dan hebat di akhirat kelak. 


Manakala mereka yang belum dikurniakan rezeki melimpah dari Allah SWT, perlu tetap taat kepada perintah Allah Taala dengan tulus ikhlas. 


Kesimpulannya, tidak mejadi halangan untuk menjadi kaya,  syaratnya  wajib dekat dengan Allah. Begitu juga tiada alasan bagi orang miskin untuk tidak mendekat kepada Allah kerana kemiskinannya. Kaya atau miskin sebenarnya punyai peluang yang sama untuk mendapat redha  Allah asal mereka sentiasa patuh padaNya.



Read more ...

WASIAT SAIDINA ALI (2)

WASIAT SAIYIDINA ALI
Kaya   harta   boleh ,   tapi   jangan  miskin   jiwa


Di kesempatan ini saya paparkan sebuah kisah menarik yang berlaku di zaman pemerintahan Saiyidina‘Ali bin Abi Thalib Karramallahu Wajhah  tentang seorang hartawan dan jutawan yang bernama‘Ala bin Ziyad Al-Haritsi. Beliau merupakan ahli korporat yang terkenal yang menetap di kota Bashrah. Namanya cukup tersohor dan dikenali seluruh penduduk kota. Kemewahan yang beliau miliki seperti rumah agamnya yang mewah, pakaiannya yang mahal juga kenderaannya hebat membuatkan nama beliau meniti dibibir semua orang pada masa itu.



Suatu ketika, Saiyidina ‘Ali bin Thalib telah datang ke Bashrah. Apabila mengetahui kedatangan Saiyidina ‘Ali ke kota Bashrah, ‘Ala bin Ziyad menjemput dan berharap agar Amirul Mukminin sudi untuk menjadi tamu istimewa di kediamannya yang cukup mewah. Fikir beliau bahawa Saiyidina ‘Ali yang merupakan khalifah yang hebat itu amat sesuai dan layak dijamu sepuasnya dengan layanan kelas pertama!



Sampai sahaja Saiyidina ‘Ali bin Thalib sampai di perkarangan rumah agam ‘Ala, beliau begitu kagum melihat betapa cantiknya lanskap di sekeliling rumah tersebut yang dilengkapi dengan perhiasan dalaman yang mewah seperti perabut dan peralatan rumah yang hebat dan mahal. Beliau sendiri cuma tinggal di rumah 
yang sederhana dan tidak jauh bezanya dengan kediaman rakyat jelata. Selang beberapa ketika bersama ‘Ala di ruang tamu rumahnya, Saiyidina ‘Ali menghampirinya sambil berkata: 

“Wahai ‘Ala, apa untungnya memiliki rumah sebesar ini, sedangkan engkau memerlukan rumah yang jauh lebih besar dan lebih mewah di akhirat kelak?”


Soalan yang keluar dari mulut khalifah itu tidak mampu dijawab oleh ‘Ala bin Ziyad. Pada hematnya Khalifah yang cukup hebat itu hanya layak dijamu di istananya yang besar dan mewah, namun teryata telahan beliau meleset sama sekali kerana Saiyidina ‘Ali sebenarnya bukanlah “pencinta dunia”. Beliau langsung tidak mudah terpengaruh dengan kesenangan dunia. Baginya semua itu adalah sementara dan perlu digunakan sematamata untuk dakwah Islamiyah meraih redha Allah Taala. 


Meskipun beliau adalah khalifah hebat yang menakluk sepertiga dunia, tetapi beliau tidak sekali-kali dikuasai nafsu dengan nikmat dunia yang tidak kekal lama.Melihat perubahan pada wajah ‘Ala ketika itu, Khalifah ‘Ali bin Abi Thalib memahami apa yang difikirkan oleh ‘Ala. Beliau juga telah maklum bahawa tuan rumah 
memperolehi harta dan kekayaannya melalui jalan yang betul dan hasil usahanya yang tidak keras dalam perniagaan yang dilakukan. Kemudian, Khalifah Saiyidina ‘Ali segera berpesan kepadanya: “Wahai ‘Ala, engkau boleh menjadikan rumahmu yang besar ini sebagai kenderaan yang akan membawamu pada rumah yang lebih besar di akhirat kelak.”Sungguh gembira ‘Ala mendengar kata-kata yang keluar dari mulut  Khalifah yang bijak itu. 


Beliau segera segera melanjutkan lagi soalannya: “Bagaimana caranya wahai Amirul Mukminin?” ‘Saiyidina Ali lantas menjawab: “Engkau buka rumahmu ini untuk para tetamu yang 
berhajat, jalinkan tali persaudaraan di antara kaum muslimin, bela dan zahirkan hak-hak kaum muslimin di rumahmu, jadikan rumah ini sebagai tempat memenuhi hajat, bukannya untuk kepentingan dan keserakahan dirimu semata-mata.”


Pada masa itu juga‘Ala yang bersama Saiyidina ‘Ali dengan mengajukan permasalahan yang lain pula. Beliau bertanya: “Wahai Amirul Mukminin, aku mempunyai seorang saudara. Dia telah mengubah keseluruhan cara hidupnya.” Dia sekarang hanya duduk berkhalwat di tempat-tempat yang sunyi, berpakaian lusuh dan selekeh, t i dak ber k er j a, s ehi nggak an meni nggal k an ahl i 
keluarganya. Saudaraku itu yang bernama ‘Ashim bin Ziyad Al-Haritsi ini selalu mengatakan: “Semua itu aku lakukan semata-mata hanya ingin mendekatkan diri kepada Allah Taala. “Apakah sikap dan perbuatan saudaraku itu benar wahai Amirul Mukminin?
Lantas ‘Ali bin Abi Thalib meminta agar ’Ashim dibawa kepadanya. Ketika berhadapan dengan ‘Ashim, Saiyidina ‘Ali berkata dengan nada yang agak keras & tegas, “Wahai ‘Ashim, orang yang telah memusuhi di r i ny a s endi r i ! Su nggu h s y ai t an t el ah ber j ay a memperdayakan akalmu. Mengapa engkau tinggal dan biarkan anak dan isterimu dengan alasan hanya ingin 
mendekatkan diri kepada Allah?”


“Apakah engkau beranggapan bahawa Allah yang m e n c i p t a 
k a n  a l a m s e m e s t a b e s e r t a s e l u r u h kenikmatannya itu tidak rela jika kau gunakan kenikmatan itu secara betul? Demi Allah, bukan begitu caranya  untuk mendekatkan diri kepada Allah!”


Dengan rasa bersalah, kemudian’ Ashim menjawab: “Wahai Amirul Mukmin, aku lakukan semua ini sematamata kerana ingin meniru dan mengikuti cara hidupmu yang zuhud. Engkau hidup susah, aku pun sedemikian. Engkau berpakaian amat sederhana, akupun ikut juga. Engkau cukupkan dengan mengambil sekeping roti, aku juga mencontohimu. Engkau adalah idolaku sebenarnya, 
wahai Amirul Mukminin.”


Mendengar jawapan ‘Ashim itu, Ali mencuba untuk menghuraikan persoalan itu dengan jelas dan tepat. Beliau berkata, “Wahai ‘Ashim, aku berbeza dengan kamu. Aku memegang kekuasaan dan seorang khalifah bagi kaum Muslimin kseseluruhannya, sedangkan kamu tidak. Di bahuku terpikul amanat yang amat berat, sedangkan kamu tidak juga. Aku memakai jubah kepemimpinan, 
sedangkan kamu adalah rakyat yang aku pimpin.”“Tanggungjawab seorang pemimpin di hadapan Allah itu teramat berat. Allah  telah mewajibkan para pemimpin untuk berlaku adil kepada setiap dari rakyatnya, sedangkan rakyat yang paling lemah adalah piawaian  
bagi dirinya. Seorang pemimpin selayaknya hidup seperti r akyat nya yang paling seder hana agar t er cipt a per paduan, per sef ahaman dan per asaan saling memahami dalam perjuangan. Oleh kerana itu, di bahuku ada kewajipan yang harus kutunaikan, sedangkan di bahumu ada kewajiban lain yang har us engkau 
laksanakan.”



Kita semua tahu dan kenal dengan kedua-dua menantu Rasulullah SAW, iaitu Usman ‘Affan dan ‘Ali bin Abi Thalib. Seorangnya kaya raya, sedangkan yang seorang lagi hidup dengan penuh kesederhanaan, jika tidak boleh dikategorikan sebagai miskin. Kedua-duanya mereka ini merupakan sahabat kesayangan Rasulullah SAW, bukan kerana mereka berdua menantunya, bukan juga kerana  kaya dan mewah dengan hartanya dan bukan juga 
kerana sederhana cara hidupnya, namun mereka berdua disayang Rasulullah SAW kerana ketaatan dan soleh hidupnya.



Banyak orang kaya yang salah menilai kekayaannya, seperti halnya banyak juga orang miskin yang salah dalam memandang kemiskinannya. Kaya dan miskin  adalah dua saudara kembar yang selalu ada dan menghiasi hidup di dunia. Tidak ada yang boleh disebut kaya jika tidak ada yang miskin, demikian juga sebaliknya. 


Firman Allah Taala yang bermaksud:
“Dan Al l ah mel ebi hk an s ebahagi an k amu dar i sebahagian yang lain dalam hal rezeki, tetapi orang-orang yang dilebihkan (rezekinya itu) tidak mahu memberikan rezeki mereka kepada hamba-hamba yang mereka miliki, agar mereka sama (merasakan) rezeki itu. Maka mengapa mereka mengingkari nikmat Allah?                       (An-Nahl: 71)



Kaya dan miskin merupakan bukti kehebatan dan kekuasaan Allah Taala, sebagaimana dengn adanya siang dan malam. Masalahnya bukan pada kaya dan miskinnya, tapi bagaimana cara seseorang itu memandang harta tersebut. Tidak sedikit orang kaya yang benar dalam memandang kekayaannya. Namun, sebahagian besar 
yang lainnya sebagaimana yang disebut oleh ayat di atas. 



Mereka tidak mahu berkongsikan hartanya kepada orang lain, terutama kaum fakir miskin.Tidak ada yang ber ani membuat penilaian dan perbandingan antara ‘Usman bin ‘Affan yang kaya raya dengan ‘Ali bin Abi Thalib yang hidupnya amat 
sederhana. Apakah ‘Ali yang lebih baik dari ‘Usman, ataupun ‘Usman itu adalah yang lebih baik daripada ‘Ali bin Abi Thalib.
Namun yang jelas di sini adalah kedua-duanya termasuk sepuluh sahabat yang dijamin Nabi Muhammad SAW masuk dalam syurga Allah. Kedua mereka amat disayangi Rasulullah, bahkan kecintaannya itu dibuktikan dengan mengambil keduanya sebagai menantu baginda SAW.

Read more ...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...