trx.indexO
zwani.com myspace graphic comments
Islam graphics

Friday 13 April 2012

1.3 Ilustrasi


1.3       Ilustrasi
Ilustrasi merupakan satu cara berkomunikasi dengan menggunakan garisan dan simbol.  Dengan cara ini, satu idea dan maklumat dapat disampaikan secara grafik.  Pelbagai jenis lukisan boleh digunakan untuk melukis lakaran sesuatu reka bentuk.  Ilustrasi boleh digambarkan secara dua dimensi (2D) dan tiga dimensi (3D).
    
Antara jenis lukisan tersebut adalah unjuran ortografik, pandangan hamparan dan keratan, lukisan kerja pemasangan dan perspektif.

A.  Lakaran

i.     Rupa dan bentuk
Hasil pembelajaran :
·         Menerangkan konsep rupa dan bentuk
·         Mengaplikasikan rupa dan bentuk objek secara lakaran sebagai persediaan lukisan ‘rendering’

Sebagai persediaan membuat lukisan realistik (rendering) imej produk yang telah dihasilkan dilukis secara lakaran.  Ianya bertujuan untuk memastikan lakaran rekabentuk yang betul dan menyerupai produk sebenar dilukis sebelum proses mewarna dilakukan. Lakaran ini digunakan sebagai panduan untuk menekap bagi mendapatkan lukisan garisan “out line drawing” untuk persediaan membuat lukisan realistik.






ii.   Gaya
Hasil Pembelajaran:
·      Mengaplikasi lakaran reka bentuk dari sudut   pandangan   yang berbeza dan menarik

Penggayaan di dalam lukisan berperanan mempengaruhi persepsi dan minda seseorang.  Penggayaan boleh dilakukan melalui sudut pandangan perspektif yang berbeza bagi menggambarkan reka bentuk produk sebenar.  Ianya  merupakan kombinasi rupa bentuk produk sebenar.  Ianya merupakan kombinasi rupa dan bentuk bagi menghasilkan lukisan yang menarik.  Sebagai contoh ia boleh dilukis dari sudut pandangan  ¾ .


b. Lukisan

iii.  ‘Rendering’
Hasil pembelajaran :
·      Menerangkan konsep ‘rendering’
·      Menghasilkan ilustrasi yang jelas tentang bentuk dan  bahan objek
·      Menghasilkan ilustrasi berwarna

Lukisan rendering berbeza daripada lukisan sketsa kerana ia menggabungkan produk  / objek yang dibuat dengan lebih terperinci berbanding dengan sketsa.  “Rendering” kebiasaannya tidak mempunyai  label melainkan nama produk berbanding sketsa yang memerlukan label bagi tujuan penerangan.

“Rendering” boleh dilukis secara 2D dan 3D dari pelbagai sudut pandangan yang bersesuaian.  Kebiasaannya rendering dilukis dengan rupa, bentuk , warna dan grafik sebenar produk / objek.
Contoh llustrasi kenderaan



iv.  Perspektif
Hasil pembelajaran:
·         Menerangkan konsep perspektif
·         Menghasilkan ilustrasi melalui pandangan perspektif

Lukisan perspektif  dapat membantu kita menggambarkan rekabentuk sebenar secara 3D dari pelbagai sudut.  Lukisan perspektif berbeza daripada lukisan isometri dan lukisan oblik yang mempunyai sudut-sudut tertentu.  Apabila kita melihat objek yang dilukis secara perspektif kita dapati:

i.   garisan selari di hadapan akan bertemu di penghujung menjadi satu titik.
ii.  objek-objek yang sama saiz dan bentuk akan mengecil semakin ia berada di  belakang.
iii. jarak dan ukuran yang sama akan menjadi kurang dan pendek apabila   semakin ke belakang.


Contoh Lukisan Unjuran Bergambar





Lukisan perspektif dapat dilukis secara 1 titik, 2 titik dan 2 titik.  Perspektif 2 titik kebiasaannya dilukis di dalam lukisan teknik. Perspektif 3 titik digunakan di dalam rekabentuk bagi memperjelaskan bentuk sebenar objek.
Lukisan perspektif1 titik, 2 titik dan 3 titik




 
 


Contoh Lukisan Perspektif dari Pelbagai Sudut

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...