trx.indexO
zwani.com myspace graphic comments
Islam graphics

Friday 13 April 2012

C. Kepentingan dan sumbangan



Hasil pembelajaran :
·        Menerangkan kepentingan hasil ciptaan dan sumbangan    reka cipta   dalam kehidupan
·        Mengumpul sejarah reka cipta dalam penghasilan idea baru

Untuk mencapai status negara maju sesebuah negara itu semestinya dapat melahirkan ramai pereka cipta yang menjadi penyumbang kepada perkembangan teknologi moden.  Sebagaimana yang disuarakan oleh Perdana Menteri Malaysia untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara maju pada tahun 2020,  sembilan cabaran telah dikemukakan.  Antaranya ialah mempertingkatkan usaha dalam bidang sains dan teknologi supaya kita tidak hanya menjadi pengguna teknologi tetapi sebagai penyumbang  kepada dunia teknologi.  Oleh itu bidang reka cipta merupakan salah satu bidang yang mampu memenuhi cabaran tersebut.

Dunia sentiasa berubah. Ilmu, kemahiran dan maklumat berkembang pesat dalam masa yang singkat.  Perkembangan ini juga berlaku dalam negara kita menyebabkan terhasilnya berbagai produk yang berguna dan berkualiti.  Produk yang direkacipta  ini amat penting dan perlu diperkembangkan agar penghasilan barangan baru  boleh diperkenalkan kepada dunia. Oleh itu negara tidak perlu bergantung kepada negara luar untuk membekalkan peralatan kerana ia boleh dihasilkan oleh rakyat kita sendiri.

Bidang reka cipta  juga dapat menjamin masa depan negara yang lebih cemerlang dalam bidang sosial, ekonomi, sains dan teknologi.  Secara umumnya suatu reka cipta  adalah terhasil daripada suatu masalah yang memerlukan penyelesaian.  Sehubungan  itu produk yang terhasil daripada satu reka cipta seharusnya dapat memberi satu kepuasan sepenuhnya kepada pereka cipta dan umum.



Cadangan aktiviti:
o   Menyenarai faktor-faktor yang mendorong suatu reka cipta dihasilkan
o   Menyatakan kepentingan suatu reka cipta dalam kehidupan seharian
o   Menyenarai masalah seharian yang dihadapi yang memerlukan suatu reka cipta untuk menyelesaikannya



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...