trx.indexO
zwani.com myspace graphic comments
Islam graphics

Saturday 14 April 2012

2.0 TEKNOLOGI PEMBUATAN



Bidang ini dibahagikan kepada tiga unit kecil. Dalam teknologi pembuatan penggunaan bahan,  pemilihan peralatan dan perkakasan, kaedah dan penggunaan sistem tidak dapat dielakkan.  Tanpa tiga komponen ini tidak akan terhasil suatu produk reka cipta.  Pengetahuan dan kemahiran dalam memilih bahan, perkakas, alat, mesin dan sistem dapat membantu seorang pereka cipta itu menghasilkan satu ciptaan yang bermutu tinggi dan berguna.

2.1   Bahan
A.  Pengenalan
Hasil pembelajaran :
·         Mengenal pasti pelbagai jenis bahan
·         Mengklasifikasikan bahan

Bahan adalah satu komponen perlu dalam suatu proses pembuatan.  Secara amnya bahan boleh dibahagikan kepada dua mengikut sumber perolehannya iaitu:

i.   Bahan semulajadi seperti kayu, logam, getah dan batu.
ii.  Bahan buatan seperti plastik, gentian, kertas dan komposit.

Bahan Logam
Logam dikelaskan kepada  2 jenis iaitu:
  1. Logam berferus
Contoh: besi, keluli dan besi bergalvani.
  1. Logam bukan berferus
Contoh: aluminium,kuprum, timah dan plumbum.
   
Logam merupakan bahan yang banyak digunakan dalam pembinaan projek-projek reka cipta.  Logam terdiri daripada berbagai jenis yang bergantung kepada sifatnya.  Pengetahuan dalam sifat-sifat logam dapat membantu pemilihan bahan projek. Sifat logam akan menentukan perlakuan logam terhadap persekitaran atau fungsi produk. Misalnya logam akan berkarat jika terdedah kepada kelembapan dan akan cair jika didedahkan kepada suhu sehingga mencapai takat lebur logam berkenaan. 

Bahan Bukan Logam
Bahan bukan logam dibahagikan kepada lima jenis iaitu
a) kayu
b) plastik dan getah
c) gentian (fiber)
d) seramik
e) fabrik

Kayu
Terdapat dua jenis kayu iaitu kayu keras dan kayu lembut.  Kayu ialah bahan yang mempunyai urat dan dengan itu mudah dipotong mengikut urat tersebut. Kekuatan kayu bergantung kepada kedudukan urat kayu. Semua kayu adalah lemah pada bahagian yang selari dengan urat.
   
Bahan daripada kayu lebih mudah dibentuk berbanding menggunakan bahan logam. Kaedah dan peralatannya juga mudah digunakan.
    
Terdapat juga kayu yang diproses untuk menghasilkan papan lapis. Papan lapis ini lebih keras berbanding kayu biasa tetapi tidak tahan terhadap air.

Plastik Dan Getah
    
Plastik adalah bahan buatan daripada bahan galian. Plastik mempunyai keteguhan berbeza-beza bergantung kepada jenis plastik tersebut. Plastik daripada polisterin foam adalah tidak teguh dan biasanya diguna untuk membuat projek yang tidak memerlukan keteguhan. Untuk projek yang memerlukan ketahanan, plastik acuan adalah yang paling sesuai. Walau bagaimanapun plastik tidak tahan terhadap haba.

Getah adalah bahan semulajadi yang bersifat anjal dan mulur. Ia merupakan penebat yang baik tetapi susah dibentuk kerana sifat kekenyalannya.

Gentian
Gentian atau lebih dikenali sebagai fiber terdapat dalam dua jenis iaitu gentian kaca dan gentian kayu.

Gentian kaca mudah dibentuk tetapi memerlukan kaedah khas untuk menghasilkannya.  Kos untuk penggunaannya juga agak mahal. Gentian ini tahan terhadap kelembapan dan pengaratan. 

Gentian kayu mempunyai bentuk tetap seperti yang dikeluarkan oleh pengilangnya.  Bahan ini keras dan sesuai untuk projek yang memerlukan ketahan terhadap tekanan.  Kelemahan gentian kayu ialah tidak boleh terkena air disamping harganya yang mahal.

Seramik
Bahan ini berasaskan tanah liat yang diproses.  Seramik adalah satu bahan yang keras, penebat haba dan elektrik, tahan terhadap perubahan cuaca tetapi rapuh.
    
Seramik sesuai digunakan untuk projek yang melibatkan penggunaan suhu yang tinggi seperti pembakar roti.

Fabrik
Bahan ini lebih dikenali sebagai kain dan sesuai digunakan sebagai bahan kemasan dan bergantung kepada jenis projek.

B. Sifat bahan

Hasil pembelajaran :
·         Mengenal pasti sifat beberapa jenis bahan.
·         Membezakan sifat bahan dari segi kekuatan dan ketahanan.

Sifat sesuatu bahan dikelaskan kepada tiga iaitu sifat fizik, kimia  dan mekanikal.  Sifat mekanikal memperlihatkan bagaimana bahan bertindakbalas terhadap daya atau tekanan.  Contoh sifat mekanikal yang lazim ialah kekuatan, kemuluran dan ketegangan.  Disamping itu kekerasan, kerapuhan, ketempaan dan keanjalan juga adalah sifat mekanikal bahan.  Sifat mekanikal juga  boleh menentukan tahap bagaimana sesuatu bahan itu dibentuk  untuk menjadi bentuk yang dikehendaki.

Jadual berikut menunjukkan beberapa jenis logam dan sifat mekanikalnya
Sifat mekanikal
Logam
Keras
Besi dan besi tuang.
Rapuh
Besi tuang.
Mulur
Tembaga dan aluminium
Teguh
Keluli aloi dan pancalogam
Tempa
Aluminium
Anjal
Keluli spring

Sifat fizikal termasuk kelakuan elektrik, magnetik, oktik, haba dan kimia.  Sifat fizikal bergantung kepada struktur dan pemprosesan yang dilalui oleh sesuatu bahan tersebut.  Contohnya, walaupun berlaku perubahan sangat kecil pada komposisi bahan, ini mengakibatkan tejadi perubahan  besar kepada keberaliran elektrik bagi kebanyakan bahan separuh penebat,logam dan seramik.


Jadual di bawah menunjukkan kelebihan dan kelemahan beberapa bahan.

Bahan
Kelebihan
Kelemahan
Logam
Tahan lasak
Kuat
Susah dibentuk
Sukar untuk memotong

Kayu

Ringan
Mudah dipotong
Mempunyai rupabentuk menarik
Mudah untuk membuat kemasan
Rapuh
Mudah terbakar
Kurang kukuh untuk binaan projek.
Plastik
Mudah dibentuk dengan menggunakan acuan
Tidak teguh
Tidak tahan terhadap haba
Getah
Kenyal
Penebat haba dan elektrik
Mudah terbakar
Sukar dibentuk
Seramik
Penebat haba dan elektrik
Mudah dibentuk mengikut acuan
Rapuh (mudah pecah)
Bentuk kekal tidak boleh diubah suai
Gentian
Mudah dibentuk bergantung kepada acuan
Memerlukan kemahiran khas untuk mengendalikannya
Fabrik
Mudah dipotong dan dibentuk
Tidak kukuh untuk bahan pembinaan


Cadangan aktiviti:
o   Memerhati dan mengenal bahan yang disediakan.
o   Menyatakan kriteria yang diguna untuk menamakan bahan.
o   Menyenarai sifat fizikal utama yang boleh diguna untuk mengkelaskan bahan.







C. Spesifikasi bahan

Hasil pembelajaran :
·         Mengenal pasti saiz,  rupa bentuk dan kandungan bahan yang ada di pasaran.

Untuk memenuhi kehendak pasaran dan pengguna, bahan seperti kayu, logam, plastik dan seramik diproses untuk dijadikan berbagai bahan lain antaranya
ialah:

Logam – menghasilkan aloi,  keluli dan besi tuang (cast iron).
Kayu – papan lapis dan softboard
Getah – foam, plastik
Tanah – seramik, tile
    
Bahan–bahan seperti kayu dan  logam  boleh didapati dalam berbagai bentuk dan saiz mengikut kehendak pasaran  antaranya berbentuk bulat, segiempat,  bar , rod dan selinder.
Keratan rentas logam

Bahan seperti gentian dan seramik pula bergantung kepada tempahan pengguna.

Cadangan aktiviti:
o     Mengumpul maklumat mengenai saiz kayu  yang ada dijual dipasaran.
o     Mendapatkan maklumat daripada penjual mengenai bahan logam dari aspek saiz, bentuk, komposisi bahan dan harga.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...