trx.indexO
zwani.com myspace graphic comments
Islam graphics

Tuesday 25 September 2012

MESYUARAT AGUNG KOPERASI KALI KE-21 (1)

MESYUARAT AGUNG TAHUNAN
KALI KE-21




KOPERASI
SEKOLAH MENENGAH PADUKA TUAN BERHAD




TARIKH         : 25 SEPTEMBER 2012
HARI            : SELASA
MASA            : 11.00 PAGI
TEMPAT        : BILIK PERSIDANGAN




DIRASMIKAN OLEH
TH.HJ.MOHAMED KASSIM B. HJ. ABDUL LATIFF
PEMANGKU PENGETUA SMK PADUKA TUAN
 ------------------------------------------------------------------------------------------------


MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KALI KE-21
KOPERASI SEKOLAH MENENGAH PADUKA TUAN BERHAD


ATURCARA MAJLIS

10.45 PAGI      : Pendaftaran ahli
11.00 PAGI      : Mesyuarat
 1.05 TGH        : Jamuan

AGENDA MESYUARAT AGUNG

1.    Ucapan Pemangku Pengetua
2.    Mengesahkan minit mesyuarat agung tahunan kali ke-20
3.    Menimbang laporan-laporan lembaga dan jawatankuasa audit dalaman
4.    Menimbang dan meluluskan akaun-akaun teraudit koperasi, cadangan pembahagian keuntungan dan laporan juruaudit
5.    Memilih anggota-anggota lembaga koperasi dan jawatankuasa audit dalaman
6.    Menimbang dan meluluskan belanjawan tahunan bagi tahun 2013/2014
7.    Meluluskan elaun-elaun Ahli Lembaga Koperasi dan Juru Audit Dalaman
8.    Melantik juruaudit luar
9.    Menimbang dan meluluskan skop dan had pelaburan
10. Melantik jawatankuasa untuk menentusahkan draf minit mesyuarat agung
11. Mendengar, menimbang dan meluluskan usul
12. Hal-hal lain
13. Ucapan penangguhan
14. Cabutan bertuah








Koperasi Sekolah Menengah Paduka Tuan Berhad,
d/a Sekolah Menengah Kebangsaan Paduka Tuan,
KM 5, Jalan Genuang,
85000 Segamat.                                                                                Tel: 079431341


Ahli Koperasi SM Paduka Tuan Bhd,
d/a Sekolah Menengah Kebangsaan Paduka Tuan,
KM 5, Jalan Genuang,
85000 Segamat.                                                                         22 September 2012


Tuan,puan,

Notis Mesyuarat Agung Tahunan Kali Ke-21

Sehubungan dengan perkara di atas, saya dengan hormatnya telah diarah untuk memaklumkan bahawa Mesyuarat Agung Tahunan Koperasi SM Paduka Tuan Bhd kali ke-21 akan diadakan seperti berikut:

      Tarikh             : 25 September 2012

      Hari                 : Selasa

      Masa              :11.00 pagi

Tempat           : Bilik Persidangan SMKPT

   
2. Tuan/puan dipersilakan mengirimkan usul jika ada untuk dibentangkan dalam mesyuarat tersebut. Semua usul hendaklah disampaikan kepada setiausaha koperasi ini pada atau sebelum 24 September 2012.

Sekian sahaja dimaklumkan. Terima kasih.

Yang menjalankan tugas,



(INTAN SULINRANA BT ISAHAK)
Setiausaha,
Koperasi SM Paduka Tuan Bhd


Read more ...

TEMA PENGASINGAN - KAEDAH MENYEDUT

Read more ...

TEMA PENGASINGAN - KAEDAH MENGAYAK


Read more ...

TEMA PENGASINGAN - KAEDAH MENGAYAK

Read more ...

Monday 24 September 2012

Saturday 22 September 2012

HARI SABTU YANG CERIA




Walaupun kena bekerja.....tetapi kami tetap ceria. Lagipun hari ini guna jadual hari Jumaat. Pukul 12.05 tgh dah balik sekolah. Sekejap jea.

Standard student sekolah ini...kalau sekolah ganti pada hari Sabtu pasti ramai tak datang. Mujur sekolah ada buat program Ceramah ibu bapa.

Students form 5 pula baru habis exam semalam...jadi hari ni diaorang honeymoon lah...Ramai yang tak hadir...


Kami guru2 tetap sibuk walaupun takde pelajar. Buat modul PMR, modul SPM, persiapan utk Mesyuarat Agung Kelab & Koperasi serta penilaian kokurikulum.

Kerja cikgu ni memang tak pernah habis....kecuali cuti sekolah jea.


Read more ...

Monday 17 September 2012

PENYELARASAN RC 2012

Penyelarasan Rc telah dilaksanakan pada 30 Ogos 2012.
Semua pelajar saya telah memilih tema pengeringan.
Alhamdulillah....segalanya berjalan lancar...

























Read more ...

PENGASINGAN - SPM 2013


Gambar ni dah lama ambil.....masa bulan puasa yang lepas.  Tak boleh nak upload sebab ada masalah pada blogger droid saya.  Malam ni semangat pula nak upload gambar2 yang dah lama tersimpan dalam galari nie...

cuba teka......

saya pun tak tau ni alat apa....
tapi saya akan ambil designnya untuk diubahsuai bagi tema pengasingan
iaitu mengasingkan santan dengan hampasnya...
boleh tak...komenlah sikit kat blog nie...
saya pun tak mahir lagi bab2 reka bentuk ni...

saya jumpa alat ni kat tepi bangunan kedai barangan kek. Kedai tu banyak jual peralatan/ mesin pebuatan makanan dan juga oven.

Read more ...

PENGERINGAN - SYUKRY










Inilah dia....Syukry.....

IDEA 1 - MENJEMUR



HASIL AKHIR IDEA 1


IDEA 2 - MEMANAS



HASIL AKHIR IDEA 2


SINTESIS HASIL AKHIR IDEA 1 DAN 2


BAHAGIAN YANG DIAMBIL UNTUK DISINTESISKAN


HASIL AKHIR GABUNGAN


LUKISAN BERSKALA


RENDERING
*KENA ADA LATAR BELAKANG


LUKISAN CERAIAN


BROSUR



Read more ...

Sunday 16 September 2012

HAPPY BIRTHDAY HIDAYATUL AQILA



Happy Birthday Aqila ......semoga menjadi anak yang solehah...

gambar ni dah lama diambil..tercicir.....tiba2 jea muncul....
bagusnyalah jadi cikgu ni kan....student punya birthday...cikgu yang dapat cup cake...
thank you......very much....


Read more ...

ZIARAH & MARHABAN

Pn.Hjh Zalaha bte Mohd Said…..bekas pengetua SMK PADUKA TUAN telah menjemput semua warga guru SMKPT utk datang ke rumah barunya sempena hari raya pada tahun ini.
image
Inilah dia PN.HJH ZALAHA BTE MOHD.SAID ( BEKAS PENGETUA SMK PADUKA TUAN) & SUAMI TN HJ MISMAN ( BEKAS PENGETUA SMK DATO BENTARA)

image

Kami pergi secara konvoi. Saya telah menumpang kereta cikgu Rohaya..

image

Rumah baru beliau terletak di PAYA LEBAR segamat

image

Jauh juga nak masuk rumah hjh Zalaha nie...sampai kami tersesat....sebab cikgu Faizal salah bagi pelan masuk kerumahnya.

image

Ha.....inilah dia mahligai baru Hjh Zalaha bersama suaminya.....

image

image
Dah lama saya tak berjumpa dengan hjh Zalaha kerana semasa beliau berpindah pada tahun 2010. ….saya telah mengambil cuti tanpa gaji selama 6 bulan. Akhirnya dapat juga saya berjumpa dengan beliau.
Beliau seorang ketua yang berkaliber kerana dapat menyatukan semua guru2 di SMKPT sebagai satu pasukan. Budaya kerja beliau masih diamalkan oleh guru2 SMKPT sehingga sekarang walaupun beliau telah meninggalkan SMKPT 2 tahun yang lepas.
Insyaallah segala ilmu dan tunjuk ajar yang hjh Zalaha berikan semasa menjadi pengetua di SMKPT akan saya amalkan.....

image

Cikgu Azlan datang bersama isteri dan anak2nya. Cikgu Tzarfin bersama anak2nya.

image

image

image

Kami semua merasa sayu bila hjh Zalaha memberi ucapan.....secara tak sengaja air mata pun mengalir dengan sendirinya....

image
Pn.Cheh, cikgu Mazran, cikgu Murad, cikgu Fhong
Cikgu Rohaya, cikgu Razhan, cikgu Suhaila, cikgu Faizal

image

image

Read more ...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...