trx.indexO
zwani.com myspace graphic comments
Islam graphics

Thursday 27 June 2013

SENARAI SEMAK PBS TINGKATAN 2 KHB(KT)

Read more ...

Monday 24 June 2013

Sunday 23 June 2013

JOM KUMPUL SILVER

sekarang harga silver tengah jatuh......
mana tau satu hari nanti silver yg kita kumpul dari skg boleh tolong kita. .....

Read more ...

Thursday 20 June 2013

KAKITANGAN AWAM NAIK GAJI 1 JULAI

Kenaikan satu tangga antara RM80 hingga RM320Kuala Lumpur: Kakitangan awam akan menerima kenaikan satu tangga gaji berkuat kuasa 1 Julai depan.Kenaikan gaji antara RM80 hingga RM320 itu diumum Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, awal tahun ini. Mereka yang layak mendapat satu Kenaikan Gaji Tahunan (KGT) itu membabitkan semua kakitangan awam di bawah Sistem Saraan Malaysia (SSM) bertaraf tetap, sementara dan kontrak yang dilantik sebelum 1 Julai 2013 dan sedang berkhidmat pada hari berkenaan. Pegawai dipinjam layakTurut layak pegawai yang dipinjam atau ditukar sementara ke agensi kerajaan, pegawai yang dipinjamkan ke pertubuhan antarabangsa atau sektor swasta, pegawai yang bercuti bergaji penuh, cuti separuh gaji dan cuti tanpa gaji serta pegawai yang meninggal dunia pada 1 Julai 2013.Menurut Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 5, kenaikan itu bagaimanapun tidak membabitkan pegawai yang masih berkhidmat di bawah saraan Laporan Gaji Jawatankuasa Kabinet (JKK) 1976 atau Sistem Saraan Baru (SSB).Turut tidak layak pegawai yang dikenakan tindakan tatatertib dengan hukuman buang kerja berkuat kuasa 1 Julai 2013, pegawai lantikan baru berkuat kuasa 1 Julai 2013, pegawai yang bersara pada atau sebelum 1 Julai 2013 dan pegawai yang meninggal dunia pada atau sebelum 30 Jun 2013. Menurut pekeliling itu, kakitangan yang layak satu KGT mengikut gred jawatan/gred gaji masing-masing pada 1 Julai 2013 berdasarkan gaji hakiki pada 30 Jun 2013.Kemuka permohonanKetua jabatan perlu mengemukakan permohonan penetapan gaji Khas Untuk Penyandang (KUP) kepada Bahagian Saraan sekiranya pemberian pemindahan gaji itu tidak dapat ditampung oleh amaun gaji maksimum dalam Jadual Gaji Minimum – Maksimum (JGMM).Untuk urusan kenaikan pangkat pula, pertukaran pelantikan atau pelantikan secara Kenaikan Pangkat Secara Lantikan (KPSL) berkuat kuasa sebelum atau pada 1 Julai 2013, pemberian gaji ini boleh diselaraskan dan dibayar berkuat kuasa 1 Julai 2013.Perdana Menteri membuat pengumuman itu ketika berucap pada Majlis Perdana Perkhidmatan Awam Ke-13, awal tahun ini.Beliau dilaporkan berkata, kenaikan satu tangga gaji itu akan dilaksanakan selepas mengambil kira kedudukan 182,434 penjawat awam yang berada di tangga gaji maksimum pada 2013 dan tidak dapat menikmati kenaikan gaji tahunan.

sumber Berita Harian

Read more ...

JEREBU:SEMUA SEKOLAH DI MUAR, LEDANG &BATU PAHAT DIARAH TUTUP

Read more ...

Tuesday 18 June 2013

RAJA ZARITH SOFIAH AWARDS

Sepanjang 5 hari di KSL MALL
piala yang menjadi rebutan oleh 65 orang pereka



bersama satu pasukan 
K
K
B
P




bersama rakan2 pereka dari uitm kelantan
bbersama pengarah kolej komuniti batu pahat
Read more ...

HARI KOPERASI 2013

pindah sekolah baru...tak pegang apa2 jawatan di koperasi....so ambik pic jeala....

Read more ...

Monday 17 June 2013

KAJIAN TINDAKAN : KHB TINGKATAN 1



KERTAS CADANGAN
KAJIAN TINDAKAN 2013





NAMA GURU : PN.INTAN SULINRANA ISAHAK

MATA PELAJARAN : KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU






TAJUK KAJIAN :

“MENINGKATKAN KEMAHIRAN MEMBUAT LAKARAN REKA BENTUK DENGAN MENGGUNAKAN KAEDAH LAKARAN BENTUK SEGIEMPAT DAN BAYANGAN KERTAS GRID”



2.             NAMA SEKOLAH    :     SMK. Senggarang, Batu Pahat, Johor.

3.             TAJUK KAJIAN       :     MENINGKATKAN KEMAHIRAN MEMBUAT LAKARAN REKA
BENTUK DENGAN MENGGUNAKAN KAEDAH LAKARAN BENTUK     SEGIEMPAT DAN BAYANGAN KERTAS GRID


4.     REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN:

Semasa menjalankan proses P&P untuk tajuk Reka Bentuk dan Penghasilan Projek Tingkatan 1, pelajar dikehendaki menghasilkan sekurang-kurangnya tiga lakaran idea reka bentuk bagi satu penyelesaian masalah. Lakaran reka bentuk ini sangat penting kerana ia melibatkan band 3, 4, 5 dan 6 dalam Penilaian Berasaskan Sekolah. Oleh itu, pelajar perlu mahir untuk membuat lakaran tanpa menggunakan pembaris, kemas, bersih dan lakaran tersebut mesti dalam bentuk oblik atau isometrik bagi membolehkan pelajar untuk mendapat band 6.

Daripada proses P&P yang dijalankan, saya dapati pelajar sangat lemah untuk membuat lakaran  idea reka bentuk dalam bentuk 3 Dimensi. Lukisan yang dihasilkan oleh pelajar tidak dapat memenuhi kehendak dalam kriteria PBS untuk band 4,5 dan 6.

Oleh itu, satu kaedah perlu dicari untuk memastikan pelajar dapat menghasilkan lakaran reka bentuk dengan lebih mudah dan proses pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih seronok kerana pelajar dapat menghasilkan lakaran reka bentuk.

Berikut ialah análisis yang didapati daripada pemerhatian, temu bual dan contoh kesilapan semasa membuat  lakaran..

4.1 Pemerhatian

Daripada pemerhatian semasa proses pengajaran dan pembelajaran, saya  dapati hanya 2 orang pelajar sahaja( 12%) yang boleh melakar dengan betul. Sebanyak 15 orang pelajar (88%) tidak dapat menghasilkan lakaran dalam bentuk tiga dimensi. Apabila latihan diberikan pelajar hanya membuat lakaran dalam bentuk dua dimensi sahaja.

4.2 Temu bual

Melalui kaedah temu bual saya dapati, semua pelajar berminat untuk mempelajari tajuk reka bentuk. Mereka mengatakan bahawa mereka tidak dapat membuat satu garisan lurus tanpa menggunakan pembaris.

4.3  Kesilapan semasa membuat lakaran

i.              Tidak dapat melakar garisan lurus.
ii.             Lakaran yang dibuat dalam bentuk dua dimensi.
iii.            Tidak dapat melakar dalam bentuk lakaran oblik atau isometrik

5.0             FOKUS KAJIAN:

Daripada refleksi di atas, saya membuat kesimpulan bahawa  pelajar-pelajar saya tidak dapat menguasai kemahiran:

i)              Membuat garisan lurus tanpa menggunakan pembaris
ii)             Tidak mahir melakar dalam bentuk tiga dimensi


Jika perkara ini tidak dapat ditangani, ia akan menyukarkan pelajar-pelajar saya untuk mendapat band 6 dalam PBS untuk tingkatan 1. Kaedah  pengajaran yang dijalankan juga kurang  menarik minat pelajar yang suka pada sesuatu  yang luar biasa . Latihan-latihan diberi juga jarang disiapkan dan banyak melakukan kesilapan dan seterusnya tiada tindakan susulan dibuat oleh guru.

Semasa proses pengajaran dan pembelajaran, pelajar memberi tumpuan dan menunujukkan mereka faham. Apabila latihan diberikan, pelajar hanya melakar sesuka hati mereka tanpa melakar mengikut kriteria yang diberikan. Justeru saya perlu memperbaiki kaedah pengajaran saya dan mempertingkatkan kemahiran pembelajaran supaya semua pelajar saya mendapat pencapaian yang tertinggi dalam PBS.

Bagi membantu pelajar saya  menguasai kemahiran ini saya mesti mencari satu alternatif lain yang lebih mudah untuk memastikan mereka dapat melakar dengan lebih baik. Justeru itu saya menghasilkan satu kaedah lakaran dalam bentuk kotak dan menggunakan bayangan kertas grid untuk memudahkan pelajar saya menghasilkan lakaran reka bentuk dengan lebih mudah.

5.1  TUJUAN KAJIAN:

v  Secara amnya kajian ini akan dapat mempertingkatkan kemahiran membuat lakaran reka bentuk dengan menggunakan kaedah lakaran bentuk kotak dan bayangan kertas grid.

v  Secara khususnya:
i.              Pelajar dapat membuat garisan lurus tanpa menggunakan pembaris.
ii.             Pelajar dapat membuat lakaran dalam bentuk tiga dimensi.
iii.            Menimbulkan minat pelajar untuk membuat lakaran reka bentuk.
iv.            Mewujudkan suasana pembelajaran dan pengajaran yang menarik dan menyeronokkan.

v    KUMPULAN SASARAN:

Kajian ini melibatkan 17 orang pelajar KHB (KT) Tingkatan 1 SB yang kesemuanya pelajar lelaki (13 orang Melayu dan 4 orang Cina) yang mempunyai masalah untuk membuat lakaran reka bentuk.Kumpulan pelajar ini adalah kumpulan pelajar sederhana.


STRATEGI TINDAKAN YANG DICADANGKAN:
Aktiviti 1 : Melakar garisan lurus
Aktiviti 2 : Membuat lakaran bentuk segiempat sama atau segiempat tepat
Aktiviti 3 : Meletakkan kertas grid di bawah kertas A4 untuk dijadikan bayangan
Aktiviti 4 : Melakar lakaran reka bentuk dalam bentuk tiga dimensi

6.0      JADUAL PELAKSANANAAN KAJIAN:

Waktu P&P
PERKARA

1
Membuat latihan melakar garisan menegak dan melintang tanpa menggunakan pembaris.(semasa membuat lakaran garisan lurus , pelajar tidak dibenarkan  bercakap untuk menghasilkan satu garisan yang lurus)

1
Membuat lakaran dalam bentuk segiempat sama dan segiempat tepat tanpa menggunakan pembaris.

2
Membuat lakaran dalam bentuk tiga dimensi dengan menggunakan kertas grid sebagai bayangan.


7.0      ANGGARAN KOS KAJIAN:
Kos fotostat RM10.00
Kertas A4  


Read more ...

Saturday 15 June 2013

RAJA ZARITH SOFIAH AWARD

Alhamdulillah....suami saya terpilih dalam pertandingan ini. Daripada 900 penyertaan hanya 120 sahaja yang dipilih. Daripada 120 orang...hanya 65 orang sahaja yang dipilih oleh Majlis Rekabentuk Malaysia ( MRM).
Acara ini berlangsung di KSL Johor Baharu...
"SEMOGA BERJAYA SUAMIKU"
peminat dari England


Timbalan
Menteri
Pelajaran
melawat pameran

idea pereka-pereka yang bertanding...



Read more ...

Tuesday 4 June 2013

PROJEK JAHIT..

kecewa x boleh key in markah.....akhirnya masa yg terluang diisi dengan menjahit bantal....
cantik juga aku buat......
ada bakat rupanya.....
tunggu hasil yang seterusnya....

Read more ...

CUTI SEKOLAH MEI 2013

cuti sekolah yang sangat sibuk....

1. menerima tetamu dari Terengganu
2. anak masuk hospital sebab demam panas
3. adik kahwin....

minggu pertama cuti dihabiskan untuk 3 perkara du atas...

minggu ke 2...line clear...
menyiapkan kerja-kerja sekolah yg x habis2 tu...
1. broucher utk minggu teknik dah siap..
2. key in markah pbs....

no.2 x siap lagi...

hari ini selasa....
bangun pagi....cepat2 siapkan kerja2 rumah...basuh kain...kemas rumah...mop lantai...masak byk hingga ke petang...habis semua kerja....duduk kat meja study....buka laman web sppbs....

aduh!!!!! kecewa sungguh.....
x boleh key in markah.....
perancangan dah buat...so...apa lagi...menjahit la.....untuk isi masa yg terluang tu...

Read more ...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...