C. Sistem elektrik
Hasil pembelajaran:
·
Menyenarai
beberapa komponen yang terdapat dalam sistem elektrik.
·
Menerangkan
secara ringkas bagaimana satu sistem elektrik berfungsi.
·
Mengenalpasti
spesifikasi beberapa komponen elektrik.
·
Menguji
kefungsian beberapa komponen elektrik.
·
Memasang
dan menerangkan secara ringkas satu sistem elektrik mudah.
Elektrik telah menjadi satu keperluan
asas kehidupan masa kini. Apabila
diperkatakan tentang elektrik akan terlintas dalam fikiran peralatan-peralatan
elektrik seperti televisyen, komputer dan kipas angin.
Sistem elektrik mengandungi tiga bahan
utama iaitu komponen, litar dan sumber tenaga.
Komponen-komponen elektrik yang asas ialah seperti suis, fius,
mentol, wayar dan bateri.

Litar asas Litar lengkap
Komponen elektrik
Beberapa
komponen elektrik dan fungsinya adalah dalam jadual di bawah.
Nama
|
Simbol
|
Fungsi
|
Suis
dua hala
|
![]() |
Melengkap dan memutus dua litar
secara silih ganti.
|
Mentol
|
![]() |
Menghasilkan
cahaya.
|
Motor
|
![]() |
Menghasilkan gerakan mekanikal
|
Fius
|
![]() |
|
Alatubah
|
![]() |
Menaikkan
atau menurunkan voltan arus elektrik.
|
Diod
|
![]() |
Membenarkan arus
mengalir sehala.
|
Kapasitor
|
![]() ![]() |
Menyimpan cas.
|
Reostat
|
![]() |
Mengawal
kuantiti arus yang mengalir dalam litar.
|
Relay
|
![]() |
Mengawal
beberapa suis menggunakan satu suis sahaja.
|
Bateri
|
![]() |
Sumber tenaga
|
Pembumian
|
![]() |
Sebagai komponen
keselamatan.
|
Perkakasan/peralatan
elektrik.
Contoh perkakasan elektrik ialah lampu
kalimantang, seterika, peti sejuk, kipas angin dan alatubah.
Alatubah digunakan untuk mengubah
voltan arus elektrik. Contohnya arus ulang alik (a.c.) 240 V ditukar kepada
arus terus (d.c)12 V.
![]() |

Suatu litar alatubah injak
turun
Sumber tenaga elektrik
Secara amnya sumber tenaga elektrik
boleh diperolehi daripada sumber-sumber:
a.)
Semulajadi – air (elektrik hidro), angin (kincir) dan cahaya matahari (sel
suria).
b.)
Buatan manusia – bateri (kimia).
Cadangan aktiviti:
o Tunjukcara cara fungsi sistem
elektrik ringkas.
o Mengkaji sistem elektrik pada
kipas angin dan seterika elektrik.
o Menguji komponen elektrik
menggunakan meter pelbagai (multimeter).
o
Merancang
dan membina serta menjelaskan satu litar elektrik mudah yang lengkap. Contohnya
litar pemalap lampu dan litar pembuka/tutup pintu.
No comments:
Post a Comment