trx.indexO
zwani.com myspace graphic comments
Islam graphics

Tuesday 28 October 2014

DINNER SMKS

Jamuan akhir tahun...

Read more ...

Nasi kukus

Sejak asyik datang ke kuantan, kami mesti makan nasi kukus di TMG Indera Mahkota...

Sedap.....banyak  dan murah....
Harga : RM5.50
Free    : Air limau....

Read more ...

Thursday 23 October 2014

PINTU PAGAR


JENIS PINTU PAGAR TAMAN JENIS PINTU PAGAR TAMAN

Kita pasti tertarik dengan kehadiran sebuah lagi pintu kecil; laluan alternatif untuk masuk ke taman yang biasannya terdapat berdekatan pintu pagar utama, di bahagian belakang atau di sisi halaman. Ia kekal berfungsi sebagai laluan keluar masuk kedua penting. Buat panduan asas, pintu pagar kecil ini biasanya dibina selebar 2-3 kaki sahaja bagi membolehkan seorang atau dua orang dewasa melaluinya serentak

Terdapat banyak pilihan kemasan daun pintu pagar taman. Anda boleh membuat pilihan mengikut konsep taman mahupun cita rasa.


Kayu: Unsur semula jadi ini sangat popular digunakan. Malah ia menjadi pilihan nombor satu rakyat Malaysia. Selain kesan ira kayu yang cantik, ia juga tahan lasak asalkan sahaja sentiasa dirawat bagi melindunginya daripada perubahan cuaca yang ekstrem. Rawatan dua kali setahun menggunakan lapisan varnis adalah memadai. Kayu yang biasa digunakan ialah daripada kayu cengal, jati, balau dan resak

Aluminium: Pilihan bahan binaan moden. Ia tahan karat dan mudah dibentuk Cuma anda perlu cariyang berkualiti tinggi agar tidak mudah kemek.

Besi: Pilihan kedua popular selepas kayu. Kemasan besi juga ada pelbagai; berkilat atau sebaliknya. Banyak digunakan untuk menggambarkan cita rasa moden pemiliknya. Namun ia mampu tampil rustik dan gah apabila besi padu dengan tekstur kasar ditampilkan.

PVC: Ada sebahagian pengeluar yang menawarkan pintu taman daripada bahan PVC. Ia boleh digunakan sebagai penggunaan jangka masa pendek iaitu sekitar 3-5 tahun dan anda boleh menukarnya tanpa rasa ragu apabila sudah bosan. Hadir dalam pelbagai warna.

Bahan komposit: Bahan yang bakal menggantikan kayu asli ini tampil dengan daya tahan yang kuat dan kukuh. Terdapat pelbagai pilihan tekstur dan warna menyerupai kayu.

Kredit: laman impiana

Read more ...

PERABUT TAMAN


10 Tip Pemilihan Perabot Eksterior 10 Tip Pemilihan Perabot Eksterior

Kehadiran perabot taman bukan untuk digayakan semata-mata malah ia memberi keselesaan buat si pemilik. Kini, anda tidak perlu risau untuk memadankan perabot taman dengan beberapa pilihan gaya terkini praktikal buat ruang landskap anda. Pilihan perabot sesuai diletakkan di ruang santai separa terbuka dan terbuka. Jadi kami kongsikan beberapi tip yang harus diteliti sebelum melakukan pemilihan perabot eksterior

1. Rancang

Rancang teliti sebelum membeli perabot taman bagi merasionalkan kewajaran meletakkan perabot tertentu.

2. Persoalan

Tanyakan beberapa soalan kepada pada diri anda. Misalnya, adakah perabot tersebut bersesuaian pada ruang taman? Adakah anda ingin selalu mengalihkan perabot? Soalan-soalan tersebut membantu anda membuat keputusan mengenai jenis perabot yang hendak dibeli.

3. Selidik

Ambil informasi dari internet atau belek majalah dekorasi laman agar rekaan perabot mampu disesuaikan sebaik mungkin pada ruang. Pengetahuan dapat membantu anda mencetuskan idea serta membuat pilihan bijak.

4. Bajet

Dapatkan anggaran harga perabot. Andai perlu cuba bandingkan dulu harga di beberapa kedai sebelum membuat pilihan. Jika inginkan penjimatan, pembelian perabot secara borong boleh mengurangkan kos penghantaran.

5. Material

Pilih material bersesuaian untuk dipadankan pada ruang dan fungsi taman. Pemilihan material seperti besi, plastik, rotan dan kayu harus kena pada tempatnya. Misalnya, jika anda sering kali menjalankan barbeku, elakkan penggunaan perabot plastik yang tidak tahan dek bahang panas

6. Ketahanan

Kecantikan perabot harus seiring dengan ketahanannya. Pilih perabot yang kalis air, tidak karat, susah luntur warna, tahan serangan kulat dan anai-anai serta perubahan cuaca. Tanpa perabot baik dan tahan lama, keseronokan bersantai persekitaran luar akan hilang.

7. Kualiti

Alah membeli menang memakai. Membeli perabot mahal yang elok masih lebih menguntungkan daripada membeli perabot murah tetapi cepat rosak. Perabot kayu berkualiti rendah misalnya mudah retak dan kehilangan kilauan serta kepudaran warna.

8. Konsep
Penggunaan perabot haruslah bertepatan dengan konsep agar tidak lari tema bertepatan dengan konsep asal.

9. Estetika

Penggunaan ruang dipengaruhi dengan penggunaan perabot. Andai anda sering kali mengubah kedudukan perabot untuk disesuaikan dengan sebarang aktiviti seperti jamuan atau barbeku, pilihlah perabot menggunakan material ringan dan mudah dialihkan.

10. Ruang

Sesuaikan penggunaan ruang dengan perabot agar lebih praktikal. Jangan biarkan ruang anda terganggu dek kerana saiz perabot tidak berpadanan dengan tempat yang ada. Minimumkan penggunaan perabot luar agar laman anda tidak sesak.

Kredit : laman impiana

Read more ...

RUMPUT TIRUAN


Rumput Tiruan Cara Mudah Memasang Rumput Tiruan!
Rumput tiruan kini semakin menjadi pilihan ramai kerana beberapa faktor antaranya lebih mudah diselenggarakan, sesuai untuk ruang laman yang kurang pendedahan cahaya matahari, lebih jimat, tahan lama dan cantik sentiasa. Namun tahu kah anda cara yang betul untuk memasang rumput tiruan ini? WEB Impiana ada info untuk anda.
1.       Bersihkan kawasan yang hendak diletakkan rumput tiruan daripada sebarang kotoran termasuklah rumpai, tumbuhan lain dan juga batu. Semburkan racun rumpai di keseluruhan kawasan supaya tiada rumpai yang akan tumbuh kelak.

2.       Setelah selesai, letakan lapisan pasir kasar dan dipadatkan untuk mendapatkan permukaan datar yang rata atau mengikut level design yang dikehendaki.

3.       Pastikan aliran atau water hazard di ambil kira ketika pasir dipadatkan supaya tiada kawasan yang menakung air. Gunakan water sod roller untuk memudahkan kerja.

4.       Letakan lapisan weed barrier dan di pakukan pada tanah supaya ia tidak bergerak dan menghalang daripada sebarang rumpai tumbuh di dasar rumput

5.       Bentangkan rumput tiruan memenuhi ruangan yang telah ditetapkan.

Kredit: laman impiana

Read more ...

Wednesday 22 October 2014

Xtvt di hari cuti

No tv..
No internet..

Back to basic...

Alhamdulillah....berjaya....
Tapi ummi letih sikitlah sebab kena melayan kerenah anak2...

Bila x ada tv dan x ada internet...rumah jadi bersepah sebab banyak xtvt kreatif yg dihasilkan oleh anak2...

Kertas kosong A4 sudah semestinya menjadi mainan mereka.....

Mana kakak.????

Kakak macam biasa...membaca buku cerita atau pun sedang berangan dengan mainan barbie nya.....
Read more ...

Pantai kemasik, terengganu

Melepaskan rindu bermain air dan pasir....

Read more ...

Muzium Terengganu 2014

20.10.2014

Tercapai impian kakak Faqihah untuk melawat ke muzium ..

Bayaran masuk sangat berbaloi2....
Dewasa : RM5.00
Kanak2 : 7 thn -15 thn :RM2.00
Bawah 7 thn :percuma

Bergambar dulu di pintu masuk muzium.
Ya Allah! Besarnya muzium......x larat rasanya nak mendaki tangga...kalau ada anak2 yang masih kecil, tak usahlah datang ke muzium ini..tunggu besar dulu baru boleh bawa ke sini. Sebab banyak tangga yang perlu didaki untuk kesesuatu tempat...lainlah kalau emak dan ayahnya larat nak dukung....
saya x larat nak dukung..begitu juga dengan suami saya....


Zahin kata nak jadi askar palestin..nak bunuh askar israel...
semoga dirimu dapat berjihad dijalan Allah satu hari nanti....

Mimpi apakah ini sikembar bergambar berdua....
selalunya bukan main susah lagi nak bergambar berdua....
kali ni sporting aje...
mungkin dah besar kot...
zahin & diyanah
Tempat pertama yg kami lawati ialah pameran senjata...
Terdapat banyak senjata yang dipamerkan semenjak zaman dulu2 lagi..
Macam 2 senjata ada....kebnyakkan senjata ini dibuat dan diukur dengan ayat2 suci alquran.





Haaà...inilah yang saya kata tadi....
X sesuai membawa kanak2 yang masih kecil masuk ke dalam muzium ini...
Banyak tangga....

Bagaimanapun....

Permandangan kat sini sangat cantik....

Read more ...

Friday 10 October 2014

12th anniversary

Alhamdulillah.....
Hari ini......
10.10.14.....
Genap la 12 tahun usia perkahwinan saya bersama org tersayang....

Dalam usia 12 tahun ini, kami telah dikurniakan 5 orang cahaya mata yg soleh n solehah......
2 perempuan dan 3 lelaki.....

1. Faqihah  Darwisyah 8 tahun
2. Abdullah Naufal 7 tahun
3. Abdurrahman Hakim 6 tahun
4. Ahmad Zahinfaris 4 tahun
5. Diyanah Syafiah 4 tahun

Semoga ikatan perkahwinan ini akan berkekalan hingga ke syurga..... aamiin.....

Read more ...

Tuesday 7 October 2014

Mendaki......

Keyakinan diri sangat penting.....

Read more ...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...