trx.indexO
zwani.com myspace graphic comments
Islam graphics

Saturday 14 April 2012

2.0 TEKNOLOGI PEMBUATAN


B. Teknik penggunaan

Hasil pembelajaran :
·         Mengaplikasikan teknik menggunakan alatan tangan dan mesin.

KESELAMATAN BENGKEL
ADAKAH MESIN ITU BERBAHAYA?
Mesin tidak akan mendatangkan bahaya sekiranya:
1.    Ada kesedaran tentang keselamatan.
2.    Mematuhi peraturan keselamatan.
3.    Mempunyai sikap berhati-hati.

Sebaliknya mesin dan peralatan  boleh mengundang bahaya jika:
1.    Cuai.
2.    Melanggar dan tidak menghirau peraturan bengkel.
3.    Lalai ketika bekerja iaitu “absent minded”.

Sikap yang negatif pasti mengundang kemalangan sama ada ringan atau sebaliknya sehingga mampu mencacatkan anggota. Menempah risiko atau memandang ringan kepada pepatah yang berbunyi “malang tidak berbau” amat merugikan. Sebaliknya jadikan ia sebagai amaran bagi melindungi diri, rakan dan mesin peralatan bengkel serta hasil kerja.

UTAMAKAN KESELAMATAN

Cogankata lazim dan dipiawaikan dalam bengkel, kilang dan tapak kerja ialah “UTAMAKAN KESELAMATAN”. Ia mengingatkan kita supaya mengawal perlakuan bagi mengelakkan kemalangan.

SEBAB BERLAKU KEMALANGAN DAN PENCEGAHANNYA

1.    Pakaian yang tidak sesuai - longgar dan mudah tersangkut dan menarik ke dalam mesin. Pakai pakaian bengkel serta pelindungnya.
2.    Keadaan tempat kerja yang tidak sesuai – tidak teratur, berselerak, sempit, kotor dan tidak ada pelindung bahagian mesin.
3.    Peralatan yang rosak – pastikan alat dan mesin sentiasa dalam keadaan baik, buat pemeriksaan terlebih dahulu.
4.    Kecuaian – berikan tumpuan sepenuhnya terhadap kerja.
5.    Kejahilan – jangan sekali-kali guna mesin atau alat sebelum memahami dan tahu menggunakannya.
6.    Mengangkat benda berat – badan sentiasa tegak, gunakan otot kaki, bukannya belakang dan dapatkan bantuan rakan jika perlu.
7.    Mesin sedang berputar dan bergerak – jangan sekali-kali membersih, meminyak, mengset (buat setting) atau membaiki kerosakan.
8.    Tatal atau serpihan logam – guna pelindung mata dan jangan menyentuh dengan tangan kerana ia tajam dan panas.
9.    Bahan pencuci – gunakan mengikut aturan terhadap pencuci yang mengandungi bahan kimia.
10. Tingkah laku negatif – jangan bergurau senda.

PERTOLONGAN CEMAS DAN KOTAK UBAT

Sebarang kemalangan dan kecederaan mesti dilaporkan dan mendapatkan rawatan sehingga sembuh. Ahli pertolongan cemas dan kemahiran pertolongan cemas perlu ada dan memainkan peranan penting dalam memberi bantuan awal dalam sebarang kemalangan bengkel.  Kotak ubat dan peralatannya mestilah sentiasa lengkap dan ditempatkan di tempat yang sesuai dalam bengkel.  Kecederaan serius mestilah terus dirujuk kepada hospital. Sementara guru bengkel perlu merekodkan maklumat kemalangan yang berlaku ke dalam buku rekod kemalangan bengkel.

PERATURAN AM KESELAMATAN BENGKEL PEMESINAN

1.    Memahami sepenuhnya cara pengendalian mesin.
2.    Dapat memberhentikan mesin secara kecemasan.
3.    Pastikan pelindung keselamatan mesin sentiasa terpasang.
4.    Pakai pakaian bengkel – baju bengkel, kasut keselamatan dan pelindung   mata.
5.    Rambut – pendek.
6.    Tidak memakai perhiasan diri.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...