trx.indexO
zwani.com myspace graphic comments
Islam graphics

Sunday, 22 April 2012

WASIAT SAIDINA ALI (3)

Allah Sentiasa Di hati  Barulah Dikatakan Kaya Yang Hakiki


Saya paparkan sebuah lagi kisah hebat di antara seorang murid dengan gurunya. Suatu hari seorang guru menyarankan kepada muridnya agar berguru kepada seorang ahli sufi yang terkenal. Setelah melewati perjalanan yang amat panjang, muridnya itu akhirnya boleh berjumpa dengan guru yang dimaksud itu.



Beliau sangat terkejut setelah mengetahui rumah hli sufi tersebut mewah bagaikan istana raja. Beliau bertanyakan kepada jiran tetangga ahli sufi tersebut adakah betul istana itu merupakan tempat tinggal ahli sufi yang dicaricarinya. Semua mereka yang dijumpai mengiyakannya.



Bertambah terkejut lagi setelah si pemilik istana itu datang dengan pakaian yang mewah dan kenderaan yang hebat. Maka murid tersebut tertanya-tanya dalam hatinya apakah benar oarang ini yang dimaksudkan oleh gurunya. Oleh kerana telah menempuh perjalanan yang jauh dan memenatkan, beliau menjumpai juga ahli sufi yang kaya raya itu. Setelah menyampaikan salam dari gurunya, beliau pun menerangkan maksud dan tujuannya datang 
berjumpa.


Bertambah lagi terkejut murid tersebut setelah mendengar kata-kata yang keluar dari mulut ahli sufi yang kaya raya itu. Beliau berkata: “Tolong sampaikan salam saya kembali kepada gurumu. Aku berpesan agar dia tidak selalu sibuk dengan urusan dunia.”
Bagaikan disambar petir di siang hari. Bagaimana mungkin orang kaya raya itu memberi nasihat kepada gurunya yang jauh dari kehidupan dunia agar tidak sibuk mengurus dunia? Ia minta diri untuk pulang, tidak jadi untuk berguru kepada orang yang dicadangkan oleh gurunya itu.


Sampai saja beliau di hadapan gurunya, murid tersebut melaporkan semua kejadian yang dialaminya, termasuk nasihat ahli sufi yang kaya itu kepada gurunya. Beliau lagi tidak faham dan terasa pelik setelah gurunya yang sangat dihormati itu terus menangis dan membenarkan nasihat ahli sufi yang kaya itu.



Guru tersebut akhirnya menjelaskan bahawa ahli sufi itu memang memiliki istana yang mewah, kenderaan yang hebat, dan selalu berpakaian indah. Tanah kebunnya sungguh luas serta memiliki perniagaan yang amat berjaya. Namun demikian, harta yang melimpah itu tidak membuatkannya lalai dan lupa kepada Allah SWT.



Hartanya tidak mengganggu zikirnya kepada Allah Taala. Beliau tidak sombong disebabkan hartanya dan jika tibatiba segala hartanya diambil oleh pemiliknya, Allah SWT... beliau pun tidak merasa terhina kerananya. Ahli sufi itu memandang harta biasa-biasa sahaja.Sementara saya, kata gurunya lagi... biar tidak punya harta yang melimpah, tetapi hari-hari masih disibukkan untuk 
memikirkan harta. Bahkan boleh jadi saya lebih sibuk memikirkan urusan harta daripada ahli sufi yang kaya raya itu.



Kepada mereka yang dikurniakan rezeki yang lebih kurniaan Allah SWT , hendaknya mereka bijak menggunakan hartanya itu untuk mendapatkan harta kekayaan yang lebih besar dan hebat di akhirat kelak. 


Manakala mereka yang belum dikurniakan rezeki melimpah dari Allah SWT, perlu tetap taat kepada perintah Allah Taala dengan tulus ikhlas. 


Kesimpulannya, tidak mejadi halangan untuk menjadi kaya,  syaratnya  wajib dekat dengan Allah. Begitu juga tiada alasan bagi orang miskin untuk tidak mendekat kepada Allah kerana kemiskinannya. Kaya atau miskin sebenarnya punyai peluang yang sama untuk mendapat redha  Allah asal mereka sentiasa patuh padaNya.




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...