a. Pengenalpastian masalah
Hasil
pembelajaran:
·
Mengenal pasti dan menyatakan masalah
·
Menyatakan kaedah mengumpul data dan
maklumat
·
Menyatakan masalah yang dikenal pasti
dengan jelas
·
Mengumpul data dan maklumat melalui
kajian yang dikenal pasti
·
Menganalisis data dan maklumat yang
diperolehi
Manusia
telah mula mencipta pelbagai barangan sejak dari zaman pra-sejarah bagi
membantu memudahkan kehidupan seharian. Pada
peringkat awal penciptaan ini lebih bersifat inventif dan telah
dievolusikan secara inovatif bagi memantapkan lagi barangan tersebut dari segi fungsi, bahan pembuatan dan
kebolehgunaan. Proses penciptaan dan
pengubahsuaian ini kebanyakannya dihasilkan daripada pengenalpastian kebaikan
dan kelemahan produk sedia ada samada secara sengaja atau tidak sengaja.
Pengenalpastian
masalah dapat membantu kita mencipta produk yang lebih baik, berkualiti, mesra
pengguna dan mesra alam. Pengenalpastian
masalah juga membantu minda untuk
berfikir secara kreatif, inventif, inovatif dan produktif. Menghubungkait
beberapa perkara yang berkaitan dengan kehendak pengguna dapat menghasilkan
pelbagai ciptaan atau produk baru. Asas dalam penciptaan sesuatu produk bermula
dengan usaha mengenalpasti masalah yang wujud.
Mengenalpasti
dan Menganalisis Masalah
Sebelum membuat sesuatu reka ciptaan
yang berguna dan berpotensi untuk
dipasarkan, masalah yang wujud perlu dikenalpasti dan difahami secara mendalam.
Pernyataan
Masalah
Masalah yang dinyatakan perlu
menunjukkan situasi bermasalah dan individu berkeperluan yang terlibat. Perlu juga dijelaskan kesan dan akibat buruk
masalah itu.
Situasi
boleh merangkumi aspek-aspek:
- Tempat
- Masa
- Keadaan fizikal (seperti suhu, ruang, saiz,
berat, kelajuan)
Menerangkan siapa yang mengalami
masalah itu. Ini boleh merangkumi aspek-aspek:
- Latar belakang (seperti kerjaya, saiz
keluarga, lokasi kediaman dan
kewangan)
-
Jantina
-
Peringkat usia (seperti remaja, orang tua)
-
Keadaan kesihatan/fizikal
-
Bangsa dan kebudayaan
-
Agama
Menyatakan kesan atau akibat yang
disebabkan oleh masalah itu. Kesan atau akibat boleh melibatkan aspek :
- Kesihatan
- Keselamatan
- Pembaziran masa, wang, tenaga dan bahan
- Interaksi sosial
- Mental emosi
Pengumpulan Data
Tujuan pengumpulan data adalah untuk
menunjukkan bahawa masalah yang dinyatakan benar-benar wujud dan memerlukan
penyelesaian.
Kaedah
Pengumpulan Data
Kaedah pengumpulan data atau
maklumat boleh dilakukan melalui
-
pemerhatian
-
soal selidik
-
temubual
-
pengalaman sendiri atau orang lain
-
kajian daripada artikel, jurnal dan lain-lain
Pemerhatian
Memerhati suatu situasi atau aktiviti yang berkaitan dengan
masalah yang dikaji.
Aktiviti:
a.)
mengenalpasti tempat / lokasi / masa
untuk membuat pemerhatian.
b.) mencatat maklumat yang
relevan, jika perlu ambil gambar foto.
c.)
lebih kerap pemerhatian dibuat, data yang
diperoleh lebih tepat di
beberapa tempat.
Soal
selidik
Kaedah kajian yang menggunakan set
soalan untuk mendapatkan data atau maklumat yang diperlukan bagi tujuan untuk
dianalisis secara statistik .
Aktiviti:
a.)
menyediakan borang soal selidik
- soalan mudah dan tepat
-
gunakan jawapan soalan yang berbentuk
ya/tidak, betul/salah
- soalan hendaklah berkaitan dengan masalah dan
reka ciptaan sedia ada yang
dikenalpasti.
b.)
menentukan bilangan sampel, bilangan
yang sama banyak boleh memberi maklumat yang lebih tepat.
c.)
mengumpulkan borang soal selidik yang
telah diedarkan.
d.)
Menganalisis maklumat yang diperoleh.
Temu
bual
Bertemu secara langsung dengan
responden dan mengemukakan soalan secara lisan.
Aktiviti:
a.)
mengenalpasti responden
b.)
menetapkan masa, tempat dan tarikh
temujanji
c.)
menyediakan soalan yang berkaitan
d.)
merekodkan jawapan responden ke buku
idea / pita rakaman / rakaman video.
Pengalaman
sendiri / orang lain
Menceritakan pengalaman yang dilalui samada pengalaman sendiri atau orang
lain.
Aktiviti:
a.)
menyatakan masa dan tempat di mana
kejadian itu berlaku.
b.)
Menerangkan kejadian yang berkaitan
dengan masalah.
Kajian
Perpustakaan
Melakukan kajian menggunakan
bahan-bahan media seperti media cetak meliputi buku rujukan, jurnal , majalah
,artikel dan media elektronik.
Aktiviti:
a.)
membuat rujukan / kajian melalui media
cetak / elektronik
b.)
menyatakan sumber kajian
-
media cetak : pengarang, judul, penerbit, tempat dan muka surat.
-
media elektronik: jenis (radio / tv), tajuk siaran, tarikh dan masa.
Contoh-contoh borang kajian dan hasil
kajian dilampirkan dalam Lampiran B.
Persembahan Data atau Maklumat
Segala
data atau maklumat yang diperolehi hendaklah dipersembahkan dengan jelas. Persembahan data atau maklumat boleh ditulis
dalam bentuk jadual, senarai, carta dan
graf.
Menyatakan masalah dengan jelas
Beberapa
kata kunci yang boleh gunakan untuk menyatakan masalah dengan jelas ialah
-
susah
-
lambat
-
bahaya
-
sakit
-
penat
-
membazir wang, masa dan tenaga
-
tidak tahan lasak
-
tidak tepat
-
tidak peka
Huraian data
Huraian
data dan maklumat perlu dibuat dengan tepat. Huraian ini boleh merangkumi
perkara-perkara:
-
peratusan dan pecahan data
-
perkaitan antara faktor-faktor
-
penunjuk ke arah keperluan menyelesaikan masalah
-
perkaitan dapatan dengan masalah
Rumusan masalah
Rumusan
yang dinyatakan mestilah dapat menyokong bahawa masalah yang dinyatakan
benar-benar wujud berdasarkan data atau maklumat yang dikumpulkan.
No comments:
Post a Comment