trx.indexO
zwani.com myspace graphic comments
Islam graphics

Saturday, 14 April 2012

2.3 SISTEM


C. Sistem elektrik
Hasil pembelajaran:
·        Menyenarai beberapa komponen yang terdapat dalam sistem elektrik.
·        Menerangkan secara ringkas bagaimana satu sistem elektrik berfungsi.
·        Mengenalpasti spesifikasi beberapa komponen elektrik.
·        Menguji kefungsian beberapa komponen elektrik.
·        Memasang dan menerangkan secara ringkas satu sistem elektrik mudah.

Elektrik telah menjadi satu keperluan asas kehidupan masa kini.  Apabila diperkatakan tentang elektrik akan terlintas dalam fikiran peralatan-peralatan elektrik seperti televisyen, komputer dan kipas angin.
Sistem elektrik mengandungi tiga bahan utama iaitu komponen, litar dan sumber tenaga.  Komponen-komponen elektrik yang asas ialah seperti suis, fius, mentol,  wayar dan bateri. 
     
Susunan komponen-komponen ini akan membentuk litar elektrik.  Satu litar elektrik lengkap mesti mengandungi sekurang-kurang tiga komponen asas iaitu sumber tenaga, wayar penyambung dan beban.  Untuk keselamatan suis dan fius boleh ditambahkan ke dalam litar.







                   Litar asas                                                               Litar lengkap



Komponen elektrik
Beberapa komponen elektrik dan fungsinya adalah dalam jadual di bawah.
Nama
Simbol
Fungsi
Suis dua hala
Melengkap dan memutus dua litar secara silih ganti.
Mentol

Menghasilkan cahaya.
Motor
Menghasilkan gerakan mekanikal
Fius
Menghadkan arus yang mengalir dalam litar dan akan putus apabila arus yang berlebihan melaluinya.
Alatubah
Menaikkan atau menurunkan voltan arus elektrik.
Diod
Membenarkan arus mengalir sehala.
Kapasitor
Menyimpan cas.
Reostat
Mengawal kuantiti arus yang mengalir dalam litar.
Relay
Mengawal beberapa suis menggunakan satu suis sahaja.
Bateri
Sumber tenaga
Pembumian
Sebagai komponen keselamatan.


Perkakasan/peralatan elektrik.

Contoh perkakasan elektrik ialah lampu kalimantang, seterika, peti sejuk, kipas angin dan alatubah.
Alatubah digunakan untuk mengubah voltan arus elektrik. Contohnya arus ulang alik (a.c.) 240 V ditukar kepada arus terus (d.c)12 V.
 

Suatu litar alatubah injak turun


Sumber tenaga elektrik
Secara amnya sumber tenaga elektrik boleh diperolehi daripada sumber-sumber:

a.) Semulajadi – air (elektrik hidro), angin (kincir) dan cahaya matahari (sel suria).
b.)  Buatan manusia – bateri (kimia).



Cadangan aktiviti:
o     Tunjukcara cara fungsi sistem elektrik ringkas.
o     Mengkaji sistem elektrik pada kipas angin dan seterika elektrik.
o     Menguji komponen elektrik menggunakan meter pelbagai (multimeter).
o     Merancang dan membina serta menjelaskan satu litar elektrik mudah yang lengkap. Contohnya litar pemalap lampu dan litar pembuka/tutup pintu.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...