Hasil
pembelajaran :
·
Menerangkan kepentingan hasil ciptaan
dan sumbangan reka cipta dalam kehidupan
·
Mengumpul sejarah reka cipta dalam
penghasilan idea baru
Untuk
mencapai status negara maju sesebuah negara itu semestinya dapat melahirkan
ramai pereka cipta yang menjadi penyumbang kepada perkembangan teknologi
moden. Sebagaimana yang disuarakan oleh
Perdana Menteri Malaysia untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara maju
pada tahun 2020, sembilan cabaran telah
dikemukakan. Antaranya ialah
mempertingkatkan usaha dalam bidang sains dan teknologi supaya kita tidak hanya
menjadi pengguna teknologi tetapi sebagai penyumbang kepada dunia teknologi. Oleh itu bidang reka cipta merupakan salah
satu bidang yang mampu memenuhi cabaran tersebut.
Dunia
sentiasa berubah. Ilmu, kemahiran dan maklumat berkembang pesat dalam masa yang
singkat. Perkembangan ini juga berlaku
dalam negara kita menyebabkan terhasilnya berbagai produk yang berguna dan
berkualiti. Produk yang direkacipta ini amat penting dan perlu diperkembangkan
agar penghasilan barangan baru boleh
diperkenalkan kepada dunia. Oleh itu negara tidak perlu bergantung kepada
negara luar untuk membekalkan peralatan kerana ia boleh dihasilkan oleh rakyat
kita sendiri.
Bidang
reka cipta juga dapat menjamin masa
depan negara yang lebih cemerlang dalam bidang sosial, ekonomi, sains dan
teknologi. Secara umumnya suatu reka
cipta adalah terhasil daripada suatu
masalah yang memerlukan penyelesaian.
Sehubungan itu produk yang
terhasil daripada satu reka cipta seharusnya dapat memberi satu kepuasan
sepenuhnya kepada pereka cipta dan umum.
Cadangan aktiviti:
o
Menyenarai faktor-faktor yang mendorong suatu reka cipta dihasilkan
o
Menyatakan kepentingan suatu reka cipta dalam kehidupan seharian
o
Menyenarai masalah seharian yang dihadapi yang memerlukan suatu reka
cipta untuk menyelesaikannya
No comments:
Post a Comment