WASIAT SAIYIDINA ALI KARRAMALLAHU WAJHAH
tentang kekayaan dan kemiskinan
Bila saja kita berbicara tentang kekayaan, saya pasti semua orang suka dan tersenyum riang, semua orang teruja untuk mendengarnya bukan? Namun ada orang kisah apa sebenarnya
tanggungjawab bila diri menjadi jutawan, bergelar hartawan? Sebenarnya persoalan inilah yang lebih penting dari persoalan bagaimana nak jadi kaya raya dan memiliki wang di sini sana. Namun kerana dunia sekarang ini semakin mementingkan wang ringgit dan dan harta, apa yang berlegar dalam fikiran macamana nak hidup senang, harta keliling pinggang!
Bila berjumpa seseorang, apa yang dilihat dan menjadi syarat adalah apa yang dipakai, kereta apa yang dipandu dan makanan apa yang diorder. Hanyalah itu syaratnya, mudah kan? Boleh saja kalau bawa kereta pinjam, tayang pakaian berjenama dan bawa lebih wang untuk order macam-macam... diri pasti dipandang dan dilayan kelas atasan! Hakikatnya kita harus sentiasa tanyakan diri, nak ke mana kita bila tamat hidup di dunia ini?
Bagaimana pula nasib keluarga yang kita cintai? Selamatkah di alam sana nanti? Bagaimana cara mencari kekayaan, adakah ianya mengikut syariat dan suruhan Tuhan? Bila dah kaya raya, bagaimana pula dengan harta yang ada? Untuk apa disimpan berkoyan-koyan? berbelanja yang bukan-bukan. Fokus hanya untuk kepuasan diri, kroni dan keluarga sendiri..
Marilah sahabat-sahabatku kita lihat wasiat unggul daripada Amirul Mukmin dalam sebuah kisah di zaman pemerintahnnya bersama penerangan berpaksikan al-Quraan dan al-Hadith.
No comments:
Post a Comment