trx.indexO
zwani.com myspace graphic comments
Islam graphics
Showing posts with label KOPERASI. Show all posts
Showing posts with label KOPERASI. Show all posts

Tuesday, 18 June 2013

HARI KOPERASI 2013

pindah sekolah baru...tak pegang apa2 jawatan di koperasi....so ambik pic jeala....

Read more ...

Tuesday, 25 September 2012

MESYUARAT AGUNG KOPERASI KALI KE-21 (1)

MESYUARAT AGUNG TAHUNAN
KALI KE-21




KOPERASI
SEKOLAH MENENGAH PADUKA TUAN BERHAD




TARIKH         : 25 SEPTEMBER 2012
HARI            : SELASA
MASA            : 11.00 PAGI
TEMPAT        : BILIK PERSIDANGAN




DIRASMIKAN OLEH
TH.HJ.MOHAMED KASSIM B. HJ. ABDUL LATIFF
PEMANGKU PENGETUA SMK PADUKA TUAN
 ------------------------------------------------------------------------------------------------


MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KALI KE-21
KOPERASI SEKOLAH MENENGAH PADUKA TUAN BERHAD


ATURCARA MAJLIS

10.45 PAGI      : Pendaftaran ahli
11.00 PAGI      : Mesyuarat
 1.05 TGH        : Jamuan

AGENDA MESYUARAT AGUNG

1.    Ucapan Pemangku Pengetua
2.    Mengesahkan minit mesyuarat agung tahunan kali ke-20
3.    Menimbang laporan-laporan lembaga dan jawatankuasa audit dalaman
4.    Menimbang dan meluluskan akaun-akaun teraudit koperasi, cadangan pembahagian keuntungan dan laporan juruaudit
5.    Memilih anggota-anggota lembaga koperasi dan jawatankuasa audit dalaman
6.    Menimbang dan meluluskan belanjawan tahunan bagi tahun 2013/2014
7.    Meluluskan elaun-elaun Ahli Lembaga Koperasi dan Juru Audit Dalaman
8.    Melantik juruaudit luar
9.    Menimbang dan meluluskan skop dan had pelaburan
10. Melantik jawatankuasa untuk menentusahkan draf minit mesyuarat agung
11. Mendengar, menimbang dan meluluskan usul
12. Hal-hal lain
13. Ucapan penangguhan
14. Cabutan bertuah








Koperasi Sekolah Menengah Paduka Tuan Berhad,
d/a Sekolah Menengah Kebangsaan Paduka Tuan,
KM 5, Jalan Genuang,
85000 Segamat.                                                                                Tel: 079431341


Ahli Koperasi SM Paduka Tuan Bhd,
d/a Sekolah Menengah Kebangsaan Paduka Tuan,
KM 5, Jalan Genuang,
85000 Segamat.                                                                         22 September 2012


Tuan,puan,

Notis Mesyuarat Agung Tahunan Kali Ke-21

Sehubungan dengan perkara di atas, saya dengan hormatnya telah diarah untuk memaklumkan bahawa Mesyuarat Agung Tahunan Koperasi SM Paduka Tuan Bhd kali ke-21 akan diadakan seperti berikut:

      Tarikh             : 25 September 2012

      Hari                 : Selasa

      Masa              :11.00 pagi

Tempat           : Bilik Persidangan SMKPT

   
2. Tuan/puan dipersilakan mengirimkan usul jika ada untuk dibentangkan dalam mesyuarat tersebut. Semua usul hendaklah disampaikan kepada setiausaha koperasi ini pada atau sebelum 24 September 2012.

Sekian sahaja dimaklumkan. Terima kasih.

Yang menjalankan tugas,



(INTAN SULINRANA BT ISAHAK)
Setiausaha,
Koperasi SM Paduka Tuan Bhd


Read more ...

Wednesday, 8 August 2012

WAKAF MEMPERKASAKAN UMMAH



Walaupun usaha membangunkan projek ekonomi di atas tanah wakaf belum tinggi peratusannya tetapi yang nyata usaha yang digerakkan Jab. Wakaf, Zakat dan Haji (JAWHAR) begitu membanggakan.

JAWHAR komited untuk memajukan tanah wakaf di seluruh negara bagi meningkatkan penyertaan Bumiputera dalam ekonomi.

Selain daripada projek wakaf yang dibangunkan JAWHAR, terdapat projek kecil berimpak besar yang turut diberi perhatian. Ini termasuk 61 projek yang mengandungi 58 Bazar Rakyat dan 3 Waqaf Mart yang dibangunkan oleh Yayasan Waqaf Malaysia (YWM) di seluruh negara dengan kerjasama Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) dengan peruntukan RM 20 juta oleh Kerajaan Pusat.

JAWHAR selaku jabatan yang menyelaraskan pembangunan hartanah wakaf di peringkat Persekutuan telah mewujudkan data bank tanah wakaf secara di atas talian ( online) bertujuan meningkatkan urus tadbir terbaik pengurusan tanah wakaf.

Sebenarnya institusi wakaf berkait rapat dengan masyarakat Islam. Masyarakat dahulu gemar mewakafkan khususnya tanah untuk pembinaan masjid, surau,tanah perkuburan,anak yatim dan aktiviti kebajikan lain. Tanah yang diwakafkan jika tidak dimajukan akan merugikan ekonomi masyarakat Islam.

Fungsi JAWHAR juga menjalankan kajian serta penyelidikan, penerbitan dan penyelarasan mengenai isu dan program pembangunan khazanah umat Islam supaya dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh ummah. JAWHAR turut memberi khidmat sokongan dalam pengurusan pentadbiran, sumber manusia dan kewangan serta peningkatan kecekapan sistem teknologi maklumat Jabatan dan MAIN.

Antara pencapaian yang membanggakan ummah termasuk penyediaan prasarana kemudahan pendidikan terbaik bertaraf kolej menerusi pembinaan Kompleks Pendidikan Maahad Al-Mashoor Al-Islami, Balik Pulau, Pulau Pinang dengan kos RM 41 juta.

Selain itu, sebuah bangunan asrama pelajar untuk 50 anak yatim lelaki di Machang, Kelantan dan sebuah lagi asrama pelajar untuk 50 anak yatim perempuan yang dikenali Asrama Anak Yatim Darul Aitam Wal Masakin Sultanah Haminah dibangunkan di Mukim Derga, Kedah.

Di bawah pembangunan hartanah wakaf, JAWHAR memfokuskan pembangunan projek wakaf pada lima tema iaitu ekonomi (hotel, ruang niaga dan ruang kedai), kesihatan (pusat rawatan dialisis), pendidikan (kompleks pendidikan dan asrama pelajar), perumahan (pangsapuri kos sederhana rendah) dan kebajikan dan agama (pusat saudara baru dan rumah perlindungan wanita).

Amalan berwakaf sebenarnya diperkenalkan Rasulullah S.A.W kepada para Sahabat. 


Dipetik dari Majalah PELANCAR keluaran Julai 2012
Hasil tulisan Wan Adlina Wan Ab.Aziz




Read more ...

Thursday, 26 July 2012

HARI KOPERASI SEKOLAH 2012

Read more ...

Tuesday, 24 July 2012

PERMOHONAN MELANCONG

 

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN PADUKA TUAN

JALAN GENUANG

85000 SEGAMAT                                       

NO. TEL : 07-9431341

JOHOR DARUL TAKZIM                     

NO. FAX : 07-9437376


Ruj. Kami           : Ruj Kami : JEB7034.37/700/8/2/1(  3 )
Ruj. Tuan           :
Tarikh                 : 24  JULAI  2012


Pendaftar Sekolah-Sekolah Johor,
Jabatan Pelajaran Johor,
Johor Bahru.
(u.p. Unit Perhubungan dan Pendaftaran)


Tuan,

Permohonan Melancong

Peraturan (Melancong) Sekolah 1957


Adalah saya dengan hormatnya memohon kebenaran daripada tuan untuk melancong ke beberapa
tempat luar negeri Johor.

2.          Bersama-sama ini disertakan butir-butir yang dikehendaki untuk tujuan di atas.

Sekian, terima kasih.




“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”





Saya yang menurut perintah,



…………………………………………………
( HJ MOHAMED KASSIM B  ABDUL LATIFF)
PEMANGKU PENGETUA
SMK PADUKA TUAN
SEGAMAT JOHOR.





1.0 Tujuan Program/Melancong        :  Menambah ilmu pengetahuan berkaitan pembinaan Kapal Selam  dan memberi semangat serta motivasi kepada ahli koperasi supaya dapat menjalankan tugas dengan lebih baik.

2.0 Guru-guru yang ditanggungjawab:


2.1 Ketua Rombongan                      
2.1.1   Nama Penuh     : INTAN SULINRANA BTE ISAHAK
           No K/P              : 
           Alamat Tempat Tinggal: 
          No Telefon        : 

2..2 Maklumat Guru-Guru Yang Membantu

2.2.1 Nama Penuh       :   ROHANI BTE PUNGUT
         No.K/P                :   
         Alamat Tempat Tinggal : 
         No. Telefon        :
                                                           
2.2.2 Nama Penuh :     : NURFADHLINA BINTI A.AZIZ                     
         No.K/P                : 
         Alamat Tempat Tinggal : 
         No.Telefon         : 

2.2.3 Nama Penuh       : MOHAMMAD HAFFIZALMI B. MAT NOOR            
         No.K/P                :                                                     
         Alamat Tempat Tinggal :
         No.Telefon         : 

2.2.4 Nama Penuh       : SAIFARIZAN BT HAMZAH
         No.K/P                : 
        Alamat Tempat Tinggal : 
         No.Telefon         : 

2.2.5 Nama Penuh       : NURNABILAH BINTI ZOLKIPLE
         No.K/P                : 
         Alamat Tempat Tinggal : 
         No. Telefon        : 

3.0          Butir Kewangan : 

                3.1          Jumlah  wang : RM 1000.00
                3.2          Punca Wang :   
                3.3          Butiran Anggaran Perbelanjaan : Sumbangan Koperasi / Kokurikulum

                               Tambang bas                                        :               RM 760.00       
                               Bayaran Masuk ke Muzium                     :               RM   40.00
                               Makanan                                              :               RM 200.00

3.4               Maklumat orang / orang-orang yang dibenarkan memungut dan  membelanjakan wang:
Bil
Nama Penuh
No. K/P.
Umur
Jawatan/ Tingkatan
Alamat Tempat  Tinggal

1

 
INTAN SULINRANA BTE ISAHAK



37

SETIAUSAHA KOPERASI
SM PADUKA TUAN BERHAD



4.0      Intinenari Lawatan :




Tarikh
Masa
*Tempat yang dilawat
Nama dan alamat penuh tempat bermalam
Guru yang bertanggungjawab

01.09.2012
( SABTU )






7.30 pagi.

8.00 pagi.



10.30 pagi

12.00 tgh


12.30 tgh –
2.00 ptg

2.00 petang


3.00 petang


5.00 petang

Berkumpul di SMK Paduka Tuan

Bertolak dari SMK Paduka Tuan ke  Muzium Kapal Selam , Melaka

Melawat: Muzium Kapal Selam

Bertolak Ke Bandar  Hilir, Melaka.

Makan tengah hari/ Rehat/ Solat Zohor

Melawat tempat bersejarah sekitar Bandar Hilir

Melawat  Pusat Beli Belah Mahkota Parade

Bertolak balik ke Segamat
                Tiada

1.          Pn. Intan Sulinrana      
Isahak

2.          En.Mohammad
Haffizalmi Mat Noor

3.          Pn.Rohani Pungut

4.     Cik Nurfadhlina
            A.Aziz

4.          Pn.Saifarizan Hamzah

5.          Pn.Nurnabilah  Binti
            Zolkiple












*  Catatan nama tempat dan negeri yang berkenaan.














5.Perakuan Guru Besar / Pengetua :

            5.1       Persetujuan bertulis ibu bapa/penjaga murid telah diperoleh.

            5.2       Murid-murid dan guru-guru yang terlibat telah diberi taklimat berhubung
                       dengan peraturan dan langkah-langkah keselamatan.

            5.3       Guru-guru yang bertanggungjawab ditugaskan menjalankan semua
                       langkah-langkah keselamatan.

            5.4       Alat-alat pertolongan cemas disediakan.


Saya dengan ini memperakukan bahawa sepanjang pengetahuan saya, segala keterangan
yang diberikan dalam borang ini adalah betul dan benar.







……………………………………………………..
(HJ MOHAMED KASSIM B ABDUL LATIFF)
PEMANGKU PENGETUA
SMK PADUKA TUAN
SEGAMAT JOHOR



Cop Rasmi:











Read more ...

KERTAS KERJA - MELANCONG


                                
         


SMK PADUKA TUAN
SEGAMAT

         
KERTAS KONSEP
LAWATAN SAMBIL BELAJAR
AHLI KOPERASI SM PADUKA TUAN BERHAD




1 SEPTEMBER 2012









KERTAS KONSEP
LAWATAN SAMBIL BELAJAR
 AHLI KOPERASI SM PADUKA TUAN BERHAD
TAHUN 2012

A.             PENDAHULUAN
Ahli Koperasi SM Paduka Tuan Berhad merupakan satu kumpulan pelajar yang aktif menjalankan aktiviti jualan  di sekolah.   Banyak usaha dilakukan untuk meningkatkan motivasi pelajar agar sentiasa memberikan komitmen dalam menjalankan tugasnya di Koperasi Sekolah.   Antaranya ialah lawatan sambil belajar ke Muzium Kapal Selam dan juga tempat-tempat bersejarah seperti A Famosa di Bandar Hilir Melaka. Semua ahli Koperasi  menunjukkan minat yang memberangsangkan untuk menjayakan program ini.  

B.              MATLAMAT
Menambah ilmu pengetahuan  serta memberi semangat dan motivasi kepada ahli koperasi supaya dapat menjalankan tugas dengan lebih baik. 


C.              OBJEKTIF
1.       Menambah ilmu dalam bidang pengurusan aktiviti persatuan.
2.       Memberi galakan dan semangat kepada ahli aktif.
3.       Memupuk semangat bekerjasama dalam ahli.

D.             TARIKH, TEMPAT DAN TEMPOH PELAKSANAAN
Tarikh        : 1 SEPTEMBER 2012
Tempat  :  Muzium Kapal Selam dan tempat-tempat bersejarah sekitar Bandar Hilir

E.              BILANGAN PENYERTAAN
   Seperti yang dinyatakan pada lampiran.

F.              JAWATANKUASA
Pengerusi                                 :               Tn Hj Mohamed Kassim b Hj Abdul Latiff
Naib Pengerusi                          :               En. Md. Murad bin Hj. Md. Lip
Setiausaha                                :               Pn.Intan Sulinrana Bte Isahak
Bendahari                                 :               Pn. Rohani Bte Pungut
Ahli Jawatankuasa                      :               Cik Nurfadhlina Binti A.Aziz
                                                               Mohammad Haffizalmi B. Mat Noor
                                                               Pn. Saifarizan Bt Hamzah
                                                               Pn. Nurnabilah Binti Zolkiple

G.             KEWANGAN
a.       Sumber Kewangan
Bil
BUTIRAN
JUMLAH (RM)
1.
SUMBANGAN KOPERASI
RM 800.00
2.
KOKURIKULUM SEKOLAH
RM  200.00

JUMLAH KESELURUHAN
RM 1000.00

b. Perbelanjaan      
Bil
Butiran
Harga
Jumlah (RM)
1.
Bayaran tambang bas
RM 760.00
760.00
2.
Bayaran masuk ke Muzium
RM1.00 x 40 orang
  40.00
3.
Makanan pelajar
RM5.00 x 40 orang
200.00
JUMLAH BESAR
1000.00






  
H.             TENTATIF
TARIKH
MASA
     BUTIRAN/AKTIVITI
KEPERLUAN
GURU BERTUGAS
01.09.2012
( SABTU )
7.30 pagi.
Berkumpul di SMK Paduka Tuan
-
1.       Pn. Intan Sulinrana Isahak
2.       En.Mohammad Haffizalmi Mat Noor
3.       Pn.Rohani Pungut
4.       Cik Nurfadhlina A.Aziz
5.       Pn.Saifarizan Hamzah
6.       Pn.Nurnabilah Zolkiple










8.00 pagi.
Bertolak dari SMK Paduka Tuan ke  Muzium Kapal Selam , Melaka
Perkhidmatan Bas
10.30 pagi
Melawat: Muzium Kapal Selam

12.00 tgh
Bertolak Ke Bandar Hilir, Melaka.
Perkhidmatan bas
12.30 tgh –
2.00 ptg
Makan tengah hari/ Rehat/ Solat Zohor

Makan/Surau

2.00 petang

Melawat tempat bersejarah sekitar Bandar Hilir

3.00 petang
Melawat  Pusat Beli Belah Mahkota Parade

5.00 petang
Bertolak balik ke Segamat
Perkhidmatan bas


I.               PENUTUP

Koperasi SM Paduka Tuan Berhad  berharap agar ALK dan  ahli Koperasi akan sentiasa mencari peluang dan ruang untuk meningkatkan prestasi mereka demi memajukan diri.  Dengan adanya lawatan sambil belajar ini, ALK dan  ahli Koperasi akan lebih bersemangat dan menyedari bahawa pihak sekolah sentiasa menghargai sumbangan mereka. 


Disediakan oleh,

……………………………………
( INTAN SULINRANA ISAHAK)
Setiausaha
Koperasi SM Paduka Tuan Berhad
Segamat


Disemak oleh,


………………………………...
(MD. MURAD BIN HJ. MD. LIP)
GPK Kokurikulum
SMK Paduka Tuan,
Segamat


Diluluskan / Tidak Diluluskan oleh,

……………………………………………
( HJ MOHAMED KASSIM B HJ ABDUL LATIFF)
Pemangku Pengetua,
SMK Paduka Tuan,
Segamat


Read more ...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...