trx.indexO
zwani.com myspace graphic comments
Islam graphics
Showing posts with label KAJIAN TINDAKAN. Show all posts
Showing posts with label KAJIAN TINDAKAN. Show all posts

Tuesday, 9 June 2015

KAJIAN TINDAKAN KHB KT TING:1

Read more ...

Monday, 17 June 2013

KAJIAN TINDAKAN : KHB TINGKATAN 1



KERTAS CADANGAN
KAJIAN TINDAKAN 2013





NAMA GURU : PN.INTAN SULINRANA ISAHAK

MATA PELAJARAN : KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU






TAJUK KAJIAN :

“MENINGKATKAN KEMAHIRAN MEMBUAT LAKARAN REKA BENTUK DENGAN MENGGUNAKAN KAEDAH LAKARAN BENTUK SEGIEMPAT DAN BAYANGAN KERTAS GRID”



2.             NAMA SEKOLAH    :     SMK. Senggarang, Batu Pahat, Johor.

3.             TAJUK KAJIAN       :     MENINGKATKAN KEMAHIRAN MEMBUAT LAKARAN REKA
BENTUK DENGAN MENGGUNAKAN KAEDAH LAKARAN BENTUK     SEGIEMPAT DAN BAYANGAN KERTAS GRID


4.     REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN:

Semasa menjalankan proses P&P untuk tajuk Reka Bentuk dan Penghasilan Projek Tingkatan 1, pelajar dikehendaki menghasilkan sekurang-kurangnya tiga lakaran idea reka bentuk bagi satu penyelesaian masalah. Lakaran reka bentuk ini sangat penting kerana ia melibatkan band 3, 4, 5 dan 6 dalam Penilaian Berasaskan Sekolah. Oleh itu, pelajar perlu mahir untuk membuat lakaran tanpa menggunakan pembaris, kemas, bersih dan lakaran tersebut mesti dalam bentuk oblik atau isometrik bagi membolehkan pelajar untuk mendapat band 6.

Daripada proses P&P yang dijalankan, saya dapati pelajar sangat lemah untuk membuat lakaran  idea reka bentuk dalam bentuk 3 Dimensi. Lukisan yang dihasilkan oleh pelajar tidak dapat memenuhi kehendak dalam kriteria PBS untuk band 4,5 dan 6.

Oleh itu, satu kaedah perlu dicari untuk memastikan pelajar dapat menghasilkan lakaran reka bentuk dengan lebih mudah dan proses pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih seronok kerana pelajar dapat menghasilkan lakaran reka bentuk.

Berikut ialah anĂ¡lisis yang didapati daripada pemerhatian, temu bual dan contoh kesilapan semasa membuat  lakaran..

4.1 Pemerhatian

Daripada pemerhatian semasa proses pengajaran dan pembelajaran, saya  dapati hanya 2 orang pelajar sahaja( 12%) yang boleh melakar dengan betul. Sebanyak 15 orang pelajar (88%) tidak dapat menghasilkan lakaran dalam bentuk tiga dimensi. Apabila latihan diberikan pelajar hanya membuat lakaran dalam bentuk dua dimensi sahaja.

4.2 Temu bual

Melalui kaedah temu bual saya dapati, semua pelajar berminat untuk mempelajari tajuk reka bentuk. Mereka mengatakan bahawa mereka tidak dapat membuat satu garisan lurus tanpa menggunakan pembaris.

4.3  Kesilapan semasa membuat lakaran

i.              Tidak dapat melakar garisan lurus.
ii.             Lakaran yang dibuat dalam bentuk dua dimensi.
iii.            Tidak dapat melakar dalam bentuk lakaran oblik atau isometrik

5.0             FOKUS KAJIAN:

Daripada refleksi di atas, saya membuat kesimpulan bahawa  pelajar-pelajar saya tidak dapat menguasai kemahiran:

i)              Membuat garisan lurus tanpa menggunakan pembaris
ii)             Tidak mahir melakar dalam bentuk tiga dimensi


Jika perkara ini tidak dapat ditangani, ia akan menyukarkan pelajar-pelajar saya untuk mendapat band 6 dalam PBS untuk tingkatan 1. Kaedah  pengajaran yang dijalankan juga kurang  menarik minat pelajar yang suka pada sesuatu  yang luar biasa . Latihan-latihan diberi juga jarang disiapkan dan banyak melakukan kesilapan dan seterusnya tiada tindakan susulan dibuat oleh guru.

Semasa proses pengajaran dan pembelajaran, pelajar memberi tumpuan dan menunujukkan mereka faham. Apabila latihan diberikan, pelajar hanya melakar sesuka hati mereka tanpa melakar mengikut kriteria yang diberikan. Justeru saya perlu memperbaiki kaedah pengajaran saya dan mempertingkatkan kemahiran pembelajaran supaya semua pelajar saya mendapat pencapaian yang tertinggi dalam PBS.

Bagi membantu pelajar saya  menguasai kemahiran ini saya mesti mencari satu alternatif lain yang lebih mudah untuk memastikan mereka dapat melakar dengan lebih baik. Justeru itu saya menghasilkan satu kaedah lakaran dalam bentuk kotak dan menggunakan bayangan kertas grid untuk memudahkan pelajar saya menghasilkan lakaran reka bentuk dengan lebih mudah.

5.1  TUJUAN KAJIAN:

v  Secara amnya kajian ini akan dapat mempertingkatkan kemahiran membuat lakaran reka bentuk dengan menggunakan kaedah lakaran bentuk kotak dan bayangan kertas grid.

v  Secara khususnya:
i.              Pelajar dapat membuat garisan lurus tanpa menggunakan pembaris.
ii.             Pelajar dapat membuat lakaran dalam bentuk tiga dimensi.
iii.            Menimbulkan minat pelajar untuk membuat lakaran reka bentuk.
iv.            Mewujudkan suasana pembelajaran dan pengajaran yang menarik dan menyeronokkan.

v    KUMPULAN SASARAN:

Kajian ini melibatkan 17 orang pelajar KHB (KT) Tingkatan 1 SB yang kesemuanya pelajar lelaki (13 orang Melayu dan 4 orang Cina) yang mempunyai masalah untuk membuat lakaran reka bentuk.Kumpulan pelajar ini adalah kumpulan pelajar sederhana.


STRATEGI TINDAKAN YANG DICADANGKAN:
Aktiviti 1 : Melakar garisan lurus
Aktiviti 2 : Membuat lakaran bentuk segiempat sama atau segiempat tepat
Aktiviti 3 : Meletakkan kertas grid di bawah kertas A4 untuk dijadikan bayangan
Aktiviti 4 : Melakar lakaran reka bentuk dalam bentuk tiga dimensi

6.0      JADUAL PELAKSANANAAN KAJIAN:

Waktu P&P
PERKARA

1
Membuat latihan melakar garisan menegak dan melintang tanpa menggunakan pembaris.(semasa membuat lakaran garisan lurus , pelajar tidak dibenarkan  bercakap untuk menghasilkan satu garisan yang lurus)

1
Membuat lakaran dalam bentuk segiempat sama dan segiempat tepat tanpa menggunakan pembaris.

2
Membuat lakaran dalam bentuk tiga dimensi dengan menggunakan kertas grid sebagai bayangan.


7.0      ANGGARAN KOS KAJIAN:
Kos fotostat RM10.00
Kertas A4  


Read more ...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...