Bento untuk anak2 ummi dan ayah tersayang
2017
Faqihah Darwisyah 11 tahun
Abdullah Naufal 10 tahun
Abdurrahman Hakim 9 tahun
Ahmad Zahinfaris 7 tahun
Diyanah Syafiah 7 tahun
trx.indexO
Bento untuk anak2 ummi dan ayah tersayang
2017
Faqihah Darwisyah 11 tahun
Abdullah Naufal 10 tahun
Abdurrahman Hakim 9 tahun
Ahmad Zahinfaris 7 tahun
Diyanah Syafiah 7 tahun
Bekal untuk anak - anak tersayang dan suami tercinta...
Hajat dihati nak buat roti john..tapi banyak pula halangannya...
Daging cincang tetiba x ada kat tunas manja...suami pulak x sempat nak beli telur...balik kelas dah pukul 12 malam...mmg la kedai dah tutup....konon-kononnya kat 7E adalah jual telur....tapi x ada..,kedai 7E patut kena tambah satu lagi produk...iaitu telur...
Maka....jadilah roti ala2 roti john...gunakan daging burger...
Cincang daging burger gunakan chopper....inilah food prosesor yang palin banyak sekali digunakan...(teringat kata2 suami)
Oklah..janji boleh jadi bekal untuk anak2,suami dan ummi untuk bekerja....
Kanak2 sedang membesar...
Walaupun ayah dah bayar pakej utk makan tengah hari sebelum pergi ke sekolah agama, anak2 tetap mengadu lapar bila waktu rehat pukul 3.15..
Jadual sekolah
1.00 balik dari sekolah kebangsaan terus ke sek alkauthar(kafa)
1.00 ptg - 2.00ptg makan, mandi dan rehat di alkauthar
2.00 - 3.15 ptg mengaji alquran
3.15 - 3.30 rehat
3.30 - 5.00 ptg kafa
Buat masa ini ummi sedakan makanan yang ringan2 saja yea...
Bento pagi ini
Menu : nasi goreng koboi
Lauk : ayam goreng
Buah : anggur
Air : sunnquick anggur
Hari ini bangun2 pagi dah dengar azan subuh..ini yang bestnya bila rumah dekat dengan surau/masjid..boleh buat alarm..selain boleh gi solat berjemaah bagi kaum lelaki.
Bangun tidur terus ke dapur, tgk rice cooker...ada nasi lebih x..,alhamdilillah ada sikit nasi..,sambil kacau2 kat rice cooker tu..dlm hati berdoa...' Ya Allah..kau cukupkan nasi ini...aku nak buat nasi goreng utk buat bekal anak2'. Alhamdulillah...bila dah dimasak, nasi tu cukup2 boleh buat bekal utk 5 org anak. Ayam mmg saya dah keluarkan dari malm tadi... sebab rancang nak masak ayam masak kicap pagi ini...apa2 pun semuanya dapat dibuat dlm masa yg singkat...yg penting berdoa kepada Allah supaya segalanya dipermudahkannya...
Menu bento pagi ini...
Idea secara mengejut sebab bangun lewat..
Menu :Ayam kentang masak kicap dan buah anggur
Air : Anggur sunquick
Semoga anak2 dan suami bergembira menikmati hidangan pagi ini..
Ni semua beli kat mr diy kuantan....
Rambang mata..rasa macam nak beli semua..
Saya beli cetak buat sushi, sudu plastik n cetak bentuk bunga utk hiasan..
Semangat nak berbento....
Beli barang2 ni kat Daiso , kuantan
Lokasi: EC Mall
Tingkat: 3- sama level dgn cinema
Kena pandai pilih barang kat Daiso, sebab semua harganya RM5.00.
Ada brg yg boleh dibeli di kedai eco RM2.00.
Saya beli botol plastik untuk letak kicap dan bekas silicon utk letak lauk..sbb brg2 ni x ada jumpa lagi kat mr diy atau pun kedai eco
Ni semua persiapan untuk suamiku memasak bento untuk anak2 bila aku dah naik kerja semula pada bulan april nanti...
Kasihku kepada suami dan anak2, sanggup ku menkaji dan membuat penyelidikan untuk membuat frozen food bagi memudahkan suami menguruskan anak2 untuk membuat bento.
Bersyukur, anak2 mmg gemar membawa bekal ke sekolah...katanya..ummi masak sedap...
Jom....selamat mencuba...
Hari ini borong cooler beg kat TMG Kuantan...
Hahaha.....sanggup gi ke TMG walaupun dah pukul 6.20 ptg..memandangkan jarak dari ke rumah ke TMG cuma 10 minit jea...
Semangat ber'bento'...suami pun ikut syok tgk pagi2 anak2 bawa bekal ke sekolah....sbb tu tadi balik kerja suami bagitau ada cooler bag free bila beli produk nestle..ummi pun apa lagi...tukar baju terus capai kunci van....
Akhirnya tercapai impian nak beli beg ini....
Alhamdulillah...pagi ni sempat memasak bekal untuk anak2.
Menu
1. Nasi putih
2. Ayam masak kicap
3. Roti sosej
4. Air sunquick..
Syukur...nikmat yang diberi untuk bangun awal dan sihat..
Syukur...diberi rezeki yang banyak...
Beg bekal ke sekolah untuk
1. Faqihah Darwisyah Rosedi
2. Abdullah Naufal Rosedi
3. Abdurrahman Hakim Rosedi
Beli kat kedai eco rm 2.00
Sangat mudah untuk membuatnya....
Kena antara rajin atau malas jea nak kupas kulit kentang..
Alhamdulillah...anak2 semuanya suka...suami pun suka
Boleh buat bekal untuk anak2 ke sekolah..
Semalam buat nasi goreng kosong..sebab x ada apa2 hiasan atau makanan tambahan...sebab ummi malas nak gi belanja barang dapur.
Cara-caranya;
1. Masak nasi
Sebelum tidur, masak nasi dulu, saya masak nasi 4 cawan..maklumla anak ramai..biarkan....bila tersedar dari tidur, matikan api rice cooker..sambung tidur balik... jadi bila bangun pagi nasi dah sejuk. Senanglah nak masak.
2. Kisar bawang dan ikan bilis
Kisar awal2 bawang dan ikan bilis...simpan dalam peti sejuk. Nak guna baru ambil sikit demi sedikit.. sukatan ikut cita rasa..nak sedap letaklah banyak sikit..
3. Panaskan minyak
4. Masukkan telur 2 biji
Bila minyak dah panas, masukkan telur 2 biji, kemudian kacau2 supaya hancur.
5. Masukkan bawang yang telah dikisar
6. Masukkan sayur lobak/sawi
7. Masukkan garam,gula dan perasa...
8. Masukkan nasi
Gaul sehingga sama rata.,
9. Siap untuk dimakan..
Semudah A B C