trx.indexO
zwani.com myspace graphic comments
Islam graphics

Friday, 13 April 2012

PROSES REKA CIPTA

1.2    Proses Reka cipta

a.  Pengenalpastian masalah

Hasil pembelajaran:
·         Mengenal pasti dan menyatakan masalah
·         Menyatakan kaedah mengumpul data dan maklumat
·         Menyatakan masalah yang dikenal pasti dengan jelas
·         Mengumpul data dan maklumat melalui kajian yang dikenal pasti
·         Menganalisis data dan maklumat yang diperolehi

Manusia telah mula mencipta pelbagai barangan sejak dari zaman pra-sejarah bagi membantu memudahkan kehidupan seharian. Pada  peringkat awal penciptaan ini lebih bersifat inventif dan telah dievolusikan secara inovatif bagi memantapkan lagi barangan tersebut  dari segi fungsi, bahan pembuatan dan kebolehgunaan.  Proses penciptaan dan pengubahsuaian ini kebanyakannya dihasilkan daripada pengenalpastian kebaikan dan kelemahan produk sedia ada samada secara sengaja atau tidak sengaja. 

Pengenalpastian masalah dapat membantu kita mencipta produk yang lebih baik, berkualiti, mesra pengguna dan mesra alam.  Pengenalpastian masalah juga membantu minda  untuk berfikir secara kreatif, inventif, inovatif dan produktif. Menghubungkait beberapa perkara yang berkaitan dengan kehendak pengguna dapat menghasilkan pelbagai ciptaan atau produk baru. Asas dalam penciptaan sesuatu produk bermula dengan usaha mengenalpasti masalah yang wujud.


Mengenalpasti dan Menganalisis  Masalah

Sebelum membuat sesuatu reka ciptaan yang berguna dan berpotensi  untuk dipasarkan, masalah yang wujud perlu dikenalpasti dan difahami secara mendalam.

Pernyataan Masalah
Masalah yang dinyatakan perlu menunjukkan situasi bermasalah dan individu berkeperluan yang terlibat.  Perlu juga dijelaskan kesan dan akibat buruk masalah itu.
Situasi  boleh merangkumi aspek-aspek:
-  Tempat
-   Masa
-   Keadaan fizikal (seperti suhu, ruang, saiz, berat, kelajuan)

Menerangkan siapa yang mengalami masalah itu. Ini boleh merangkumi aspek-aspek:
-   Latar belakang (seperti kerjaya, saiz keluarga, lokasi kediaman dan
     kewangan)
-   Jantina
-   Peringkat usia (seperti remaja, orang tua)
-   Keadaan kesihatan/fizikal
-   Bangsa dan kebudayaan
-   Agama

Menyatakan kesan atau akibat yang disebabkan oleh masalah itu. Kesan atau akibat boleh melibatkan aspek :
-  Kesihatan
-  Keselamatan
-  Pembaziran masa, wang, tenaga dan bahan
-  Interaksi sosial
-  Mental emosi         

Pengumpulan Data
Tujuan pengumpulan data adalah untuk menunjukkan bahawa masalah yang dinyatakan benar-benar wujud dan memerlukan penyelesaian.

Kaedah Pengumpulan Data
Kaedah pengumpulan data atau maklumat  boleh dilakukan melalui
- pemerhatian
- soal selidik
- temubual
- pengalaman sendiri atau orang lain
- kajian daripada artikel, jurnal dan lain-lain

Pemerhatian
Memerhati  suatu situasi atau aktiviti yang berkaitan dengan masalah yang dikaji.
Aktiviti:
a.)   mengenalpasti tempat / lokasi / masa untuk membuat pemerhatian.
     b.)  mencatat maklumat yang relevan, jika perlu ambil gambar foto.
c.)    lebih kerap pemerhatian dibuat, data yang diperoleh lebih tepat di
beberapa   tempat.

Soal selidik
Kaedah kajian yang menggunakan set soalan untuk mendapatkan data atau maklumat yang diperlukan bagi tujuan untuk dianalisis secara statistik .
Aktiviti:
a.)  menyediakan borang soal selidik
       -  soalan mudah dan tepat
       - gunakan jawapan soalan yang berbentuk  ya/tidak, betul/salah
       -  soalan hendaklah berkaitan dengan masalah dan reka ciptaan sedia  ada yang dikenalpasti.
b.)   menentukan bilangan sampel, bilangan yang sama banyak boleh memberi maklumat yang lebih tepat.
c.)    mengumpulkan borang soal selidik yang telah diedarkan.
d.)   Menganalisis maklumat yang diperoleh.

Temu bual
Bertemu secara langsung dengan responden dan mengemukakan soalan secara lisan.
Aktiviti:
a.)   mengenalpasti responden
b.)   menetapkan masa, tempat dan tarikh temujanji
c.)    menyediakan soalan yang berkaitan
d.)   merekodkan jawapan responden ke buku idea / pita rakaman / rakaman video.

Pengalaman sendiri / orang lain
Menceritakan pengalaman yang  dilalui samada pengalaman sendiri atau orang lain.
Aktiviti:
a.)   menyatakan masa dan tempat di mana kejadian itu  
       berlaku.
b.)  Menerangkan kejadian yang berkaitan dengan masalah.

Kajian Perpustakaan
Melakukan kajian menggunakan bahan-bahan media seperti media cetak meliputi buku rujukan, jurnal , majalah ,artikel dan media elektronik.
Aktiviti:
a.)   membuat rujukan / kajian melalui media cetak / elektronik
b.)   menyatakan sumber kajian
- media cetak : pengarang, judul, penerbit, tempat dan muka surat.
- media elektronik: jenis (radio / tv), tajuk siaran, tarikh dan masa. 
Contoh-contoh borang kajian dan hasil kajian  dilampirkan dalam Lampiran B.

Persembahan Data atau Maklumat
Segala data atau maklumat yang diperolehi hendaklah dipersembahkan dengan jelas.  Persembahan data atau maklumat boleh ditulis dalam bentuk jadual, senarai,  carta dan graf.
Menyatakan masalah dengan jelas
Beberapa kata kunci yang boleh gunakan untuk menyatakan masalah dengan jelas ialah
- susah
- lambat
- bahaya
- sakit
- penat
- membazir wang, masa dan tenaga
- tidak tahan lasak
- tidak tepat
- tidak peka

Huraian data
Huraian data dan maklumat perlu dibuat dengan tepat. Huraian ini boleh merangkumi perkara-perkara:

- peratusan dan pecahan data
- perkaitan antara faktor-faktor
- penunjuk ke arah keperluan menyelesaikan masalah
- perkaitan dapatan dengan masalah

Rumusan masalah
Rumusan yang dinyatakan mestilah dapat menyokong bahawa masalah yang dinyatakan benar-benar wujud berdasarkan data atau maklumat yang dikumpulkan. 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...