b.
Penjanaan idea
Hasil
pembelajaran:
·
Mengenal pasti prinsip atau kaedah yang
boleh menyelesaikan masalah
·
Memberi contoh beberapa idea baru
dengan mempamerkannya dalam bentuk lakaran berlabel
·
Menjana beberapa idea baru yang
menjurus kepada penyelesaian masalah
·
Membanding dan membezakan idea dari
aspek kefungsian
·
Memilih idea yang sesuai dengan
penyelesaian masalah
·
Mensintesis idea dari aspek kefungsian
Kebolehan
individu menjana pelbagai idea baru atau tersendiri akan banyak membantu
menyelesaikan masalah yang dikenalpasti.
Penjanaan
sesuatu idea tidak wujud dengan sendirinya.
Ia memerlukan daya usaha daripada individu itu sendiri samada berbentuk
semulajadi atau terancang.
Pencetusan idea secara semulajadi
a.
Imaginasi
b.
Bakat (anugerah Tuhan kepada manusia)
c.
Pengalaman
Pencetusan idea secara terancang
i.
Pemerhatian
ii.
Berfikir juga boleh menggalakan penjanaan idea. Antara
teknik-teknik berfikir ialah
- pemikiran logikal – vatikal
- analitikal
- kritikal
- intuitif
- sumbangsaran
- lateral
- kreatif
Pemikiran logikal
Pemikiran
secara logikal menekankan kepada apa yang betul dan apa yang salah dari segi:
i.
Betul dari segi logik.
ii.
Betul dari segi kenyataan hidup sebenar.
Pemikiran analitikal
Melalui
pemikiran analitikal, seseorang individu itu menganalisis masalah dengan cara
memecahkan masalah yang besar kepada bahagian-bahagian yang lebih kecil supaya
mudah ditangani.
Melalui
analitikal usaha kita tertumpu ke arah memahami situasi yang kompleks dengan
cuba melihat situasi itu secara mengenali faktor-faktor utama, mencari
persamaan dan perbezaan serta mencari punca-punca masalah.
Pemikiran kritikal
Pemikiran
secara kritikal digunakan untuk mengenalpasti kesilapan, kelemahan, kekurangan
dan kesalahan pada sesuatu idea atau cadangan.
Melalui pemikiran kritikal faktor-faktor yang boleh dan terbaik
diperolehi dengan cara membuang atau memperbaiki faktor-faktor kesalahan dan
kelemahan yang telah dikenalpasti.
Pemikiran
kritikal juga mempunyai kesan negatif seperti membunuh pertumbuhan idea-idea
baru kerana dia akan menilai idea baru dalam konteks situasi lama.
Pemikiran
secara kritikal berfokus kepada hasrat
untuk membuktikan bahawa idea orang lain itu salah.
Pemikiran intuitif
Pemikiran
intuitif adalah berdasarkan kepada suara hati kecil kita atau mengikut gerak
hati dan naluri. Kadang kala digunakan
untuk membuat keputusan dalam keadaan kita tiada maklumat langsung atau dalam
keadaan di mana maklumat tidak lengkap.
Sumbangsaran
Sumbangsaran
ialah satu teknik yang digunakan dalam aktiviti berkumpulan bagi penjanaan idea
yang kreatif untuk tujuan membuat keputusan.
Proses
sumbangsaran terbahagi kepada tiga peringkat:
i.
Mengenal pasti, merumus dan mempersetujui pernyataan masalah yang sama.
ii. Mencari atau memperbanyakkan idea.
iii. Menilai pelbagai alternatif untuk
menentukan pelbagai penyelesaian yang sesuai.
Sumbangsaran
boleh dilakukan mengikut beberapa peraturan
seperti di bawah:
PERATURAN
SUMBANGSARAN PETA MINDA
Pemikiran lateral
Pemikiran
lateral bersifat generatif yang bertujuan menerbitkan suatu perubahan baru dan
berlainan terhadap sesuatu masalah.
Pemikiran lateral bertujuan mencari alternatif baru tanpa mempunyai
batasan terhadap idea yang dikeluarkan.
Pemikiran
lateral juga bukan untuk membuat penilaian sama ada salah atau betul tetapi
untuk melahirkan idea serta pandangan baru.
Walaupun idea tersebut tidak disengajakan atau bercanggah dengan masalah
asal ia boleh diterima sekiranya idea tersebut bersifat positif.
Berikut
ialah satu contoh di mana perbezaan antara pemikiran vertikal dan pemikiran
lateral. Kehadiran seekor buaya di
sebuah lombong lama di Puchong boleh dilihat sebagai suatu pemikiran lateral
merupakan satu masalah yang perlu diselesaikan segera kerana ia membahayakan
penduduk di kawasan persekitaran tersebut.
Selepas laporan diterima oleh pihak berkuasa, tindakan yang akan diambil
ialah menangkap buaya itu dan memindahkan ke zoo. Ini adalah pemikiran vertikal. Walau bagaimana pun buaya itu gagal
ditangkap. Lanjutan daripada itu
mengikut pemikiran vertikal, buaya itu mesti ditembak kerana ia haiwan ganas.
Tindakan
di atas gagal menyelesaikan masalah. Ini
menunjukkan dalam kes ini pemikiran vertikal tidak berjaya menjelaskan masalah dengan baik tetapi ada yang telah bertindak secara
kreatif dengan mencadangkan agar buaya
itu dibiarkan hidup di lombong itu.
Hasilnya, tempat itu menjadi tumpuan pelancong. Peluang perniagaan tiba-tiba datang menggolek
untuk penduduk tempatan. Ini adalah
contoh pemikiran lateral yang biasa dapat menghasilkan sesuatu yang kreatif. Fikiran kreatif menghasilkan produktiviti
yang berkualiti.
Pemikiran
kreatif
Pemikiran kreatif ialah keupayaan mengubah
idea dan persepsi lama ke baru. Pemikiran kreatif lebih diperlukan dalam
kehidupan sebenar daripada pemikiran kritikal. Pemikiran kritikal yang tidak
diimbangi oleh pemikiran lain boleh menyebabkan seseorang menjadi pemikir yang
angkuh dan biadap.
No comments:
Post a Comment