1.3 Ilustrasi
Ilustrasi merupakan satu cara berkomunikasi dengan menggunakan garisan
dan simbol. Dengan cara ini, satu idea
dan maklumat dapat disampaikan secara grafik.
Pelbagai jenis lukisan boleh digunakan untuk melukis lakaran sesuatu
reka bentuk. Ilustrasi boleh digambarkan
secara dua dimensi (2D) dan tiga dimensi (3D).
Antara
jenis lukisan tersebut adalah unjuran ortografik, pandangan hamparan dan
keratan, lukisan kerja pemasangan dan perspektif.
A. Lakaran
i. Rupa dan bentuk
Hasil
pembelajaran :
·
Menerangkan konsep rupa dan bentuk
·
Mengaplikasikan rupa dan bentuk objek
secara lakaran sebagai persediaan lukisan ‘rendering’
Sebagai persediaan membuat lukisan
realistik (rendering) imej produk yang telah dihasilkan dilukis secara
lakaran. Ianya bertujuan untuk
memastikan lakaran rekabentuk yang betul dan menyerupai produk sebenar dilukis
sebelum proses mewarna dilakukan. Lakaran ini digunakan sebagai panduan untuk
menekap bagi mendapatkan lukisan garisan “out line drawing” untuk persediaan
membuat lukisan realistik.
ii. Gaya
Hasil Pembelajaran:
·
Mengaplikasi lakaran reka bentuk dari
sudut pandangan yang berbeza dan menarik
Penggayaan di
dalam lukisan berperanan mempengaruhi persepsi dan minda seseorang. Penggayaan boleh dilakukan melalui sudut
pandangan perspektif yang berbeza bagi menggambarkan reka bentuk produk
sebenar. Ianya merupakan kombinasi rupa bentuk produk
sebenar. Ianya merupakan kombinasi rupa
dan bentuk bagi menghasilkan lukisan yang menarik. Sebagai contoh ia boleh dilukis dari sudut
pandangan ¾ .
b. Lukisan
iii. ‘Rendering’
Hasil pembelajaran
:
·
Menerangkan konsep ‘rendering’
·
Menghasilkan ilustrasi yang jelas
tentang bentuk dan bahan objek
·
Menghasilkan ilustrasi berwarna
Lukisan rendering berbeza daripada lukisan sketsa kerana ia
menggabungkan produk / objek yang dibuat
dengan lebih terperinci berbanding dengan sketsa. “Rendering” kebiasaannya tidak mempunyai label melainkan nama produk berbanding sketsa
yang memerlukan label bagi tujuan penerangan.
“Rendering” boleh dilukis secara 2D dan 3D dari pelbagai
sudut pandangan yang bersesuaian.
Kebiasaannya rendering dilukis dengan rupa, bentuk , warna dan grafik
sebenar produk / objek.
Contoh
llustrasi kenderaan
iv. Perspektif
Hasil pembelajaran:
·
Menerangkan konsep perspektif
·
Menghasilkan ilustrasi melalui
pandangan perspektif
Lukisan
perspektif dapat membantu kita menggambarkan
rekabentuk sebenar secara 3D dari pelbagai sudut. Lukisan perspektif berbeza daripada lukisan
isometri dan lukisan oblik yang mempunyai sudut-sudut tertentu. Apabila kita melihat objek yang dilukis
secara perspektif kita dapati:
i. garisan selari di hadapan akan bertemu di
penghujung menjadi satu titik.
ii. objek-objek yang
sama saiz dan bentuk akan mengecil semakin ia berada di belakang.
iii. jarak dan ukuran yang sama akan menjadi kurang dan
pendek apabila semakin ke belakang.
Contoh
Lukisan Unjuran Bergambar
Lukisan
perspektif dapat dilukis secara 1 titik, 2 titik dan 2 titik. Perspektif 2 titik kebiasaannya dilukis di
dalam lukisan teknik. Perspektif 3 titik digunakan di dalam rekabentuk bagi
memperjelaskan bentuk sebenar objek.
Lukisan perspektif1 titik, 2 titik dan
3 titik
|
Contoh Lukisan Perspektif dari Pelbagai
Sudut
No comments:
Post a Comment