trx.indexO
zwani.com myspace graphic comments
Islam graphics

Friday, 13 April 2012

1.2 Proses Reka Bentuk

i.  Penyediaan lukisan kerja
Hasil pembelajaran:
·           Merancang jadual kerja pembinaan model berfungsi atau prototaip.
·           Menyediakan lukisan kerja dan lukisan akhir berdasarkan reka bentuk yang dipilih.
·           Menyediakan lukisan susun atur dan pemasangan.

Kerja asas dalam pembinan model berfungsi atau prototaip adalah menyediakan beberapa lukisan yang dapat membantu menampakkan persepsi awal idea produk. Antara lukisan yang boleh digunakan seperti lukisan kerja , lukisan susunatur dan lukisan ceraian / pemasangan .Ia boleh dihasilkan samada secara manual atau menggunakan perisian komputer (CAD).

o Lukisan ortografik
Lukisan ortografik adalah lukisan yang berdasarkan prinsip unjuran selari.  Sistem lukisan ini menggunakan dua atau lebih pandangan untuk memberi maklumat dan penghuraian yang lengkap mengenai bentuk objek yang dilukis.  Tujuan utama lukisan ini ialah untuk menyampaikan maklumat yang tepat melalui pandangannya supaya objek yang dilukis dapat dihasilkan dengan sempurna.    Ia juga boleh dihasilkan dengan lukisan berbantu komputer (CAD).



Lukisan ortografik







Lukisan kerja

Lukisan ini adalah lukisan yang dibuat untuk memudahkan proses pembuatan
bahagian-bahagian produk.  Ia juga menerangkan cara memotong, menebuk, melicin, mengetam, mencantum dan lain-lain proses yang bersesuaian secara berperingkat.




Lukisan susun atur
Merupakan lukisan yang menunjukkan susun atur komponen luaran dan dalaman sesuatu produk.  Ia membantu memperjelaskan susun atur komponen-komponen serta fungsi.







Lukisan pemasangan

Lukisan ini dilukis untuk menunjukkan komponen-komponen sebenar produk secara tercerai dan berasingan.  Ceraian dilukis mengikut arah komponen-komponen yang dipisahkan.  Lukisan ini juga dikenali sebagai lukisan pemasangan kerana ia menunjukkan cara-cara pemasangan dibuat.   Setiap komponen yang dilukis dilabelkan mengikut urutan.


Lukisan tercerai yang menunjukan urutan pemasangan


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...