trx.indexO
zwani.com myspace graphic comments
Islam graphics

Friday, 13 April 2012

1.3 Ilustrasi


A.  Lukisan kerja
i.     Lukisan 2D
Hasil pembelajaran:
·         Menghasilkan lukisan kerja dalam pandangan lukisan ortografik sudut ketiga

Lukisan 2D adalah dalam satah Cartesan 2 paksi iaitu paksi-x dan paksi-y.  Lukisan 2D yang banyak digunakan adalah lukisan unjuran ortografik.  Dalam kaedah lukisan unjuran ortografik perlu diketahui bagaimana menentukan kedudukan pandangan-pandangan lukisan itu daripada suatu bentuk lukisan objek tersebut.  Hasil pandangan-pandangan tersebut boleh menggambarkan bentuk permukaan objek sebenar.  Garisan penglihatan dari mata pemerhati kepada objek adalah selari antara satu sama lain dan berserenjang kepada satah unjuran.

Secara ringkas terdapat 3 arah pandangan utama:
a.)   Pandangan atas  (plan).
b.)   Pandangan depan (hadapan).
c.)    Pandangan sisi (samping).
 





























Terdapat 2 sistem yang biasa diguna dalam unjuran ortografik iaitu:
a.)        unjuran sudut pertama.
b.)        unjuran sudut kedua.
 











                      Unjuran sudut pertama               Unjuran sudut ketiga






ii.   Lukisan 3D
Hasil pembelajaran:     
·         Menghasilkan lukisan kerja dalam pandangan lukisan isometri

Antara ilustrasi 3D bagi suatu objek yang banyak digunakan adalah lukisan isometri.  Ia merupakan satu kaedah yang membantu pembentukan objek 3D dalam mod 2D.  Objek isometrik  ialah simulasi bentuk lukisan 3D dalam keadaan tidak sebenar.  Ilustrasi 3D ini berdasarkan 3 paksi yang dikenali sebagai  paksi isometri.
    
Lukisan isometri penting kepada pereka bentuk kejuruteraan kerana lukisan ini mudah difahami.  Ia memberikan gambaran yang jelas tentang tatacara pemasangan sesuatu alat.
    
Struktur pembinaan lukisan isometri  penting dirujuk kepada satah ufuk yang bersudut 30o serta garisan pinggir yang berterusan pada satu titik iaitu pusat. Jarak di antara satu titik dengan titik lain adalah bersudut kandung 120o seperti yang ditunjuk dalam rajah.  Ia perlu juga dikaitkan dengan 3 dimensi seperti tinggi, panjang dan lebar.



iii.  Lukisan pemasangan
Hasil pembelajaran
·        Menghasilkan lukisan kerja dalam bentuk terpasang dan tercerai.

Lukisan susunan komponen bertujuan memudahkan proses pemasangan serta mendapatkan kedudukan yang betul semasa pemasangan komponen.  Lukisan pemasangan ini menggabungkan kesemua prinsip lukisan berkaitan dengan lukisan unjuran, keratan, pendimensian.



Lukisan ini menunjukkan setiap bahagian dilukis secara bercerai-cerai kedudukannya mengikut spesifikasi yang ditetapkan.  Ia memudahkan kerja pemasangan dan penyambungan sesuatu projek.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...