B. Teknik penggunaan
Hasil pembelajaran :
·
Mengaplikasikan
teknik menggunakan alatan tangan dan mesin.
KESELAMATAN BENGKEL
ADAKAH MESIN ITU BERBAHAYA?
Mesin tidak akan mendatangkan bahaya sekiranya:
1.
Ada
kesedaran tentang keselamatan.
2.
Mematuhi
peraturan keselamatan.
3.
Mempunyai
sikap berhati-hati.
Sebaliknya mesin dan peralatan boleh mengundang bahaya jika:
1.
Cuai.
2.
Melanggar
dan tidak menghirau peraturan bengkel.
3.
Lalai
ketika bekerja iaitu “absent minded”.
Sikap yang negatif pasti
mengundang kemalangan sama ada ringan atau sebaliknya sehingga mampu
mencacatkan anggota. Menempah risiko atau memandang ringan kepada pepatah yang
berbunyi “malang tidak berbau” amat merugikan. Sebaliknya jadikan ia sebagai
amaran bagi melindungi diri, rakan dan mesin peralatan bengkel serta hasil
kerja.
UTAMAKAN KESELAMATAN
Cogankata lazim dan
dipiawaikan dalam bengkel, kilang dan tapak kerja ialah “UTAMAKAN KESELAMATAN”.
Ia mengingatkan kita supaya mengawal perlakuan bagi mengelakkan kemalangan.
SEBAB
BERLAKU KEMALANGAN DAN PENCEGAHANNYA
1.
Pakaian
yang tidak sesuai - longgar dan mudah tersangkut dan menarik ke dalam mesin.
Pakai pakaian bengkel serta pelindungnya.
2.
Keadaan
tempat kerja yang tidak sesuai – tidak teratur, berselerak, sempit, kotor dan
tidak ada pelindung bahagian mesin.
3.
Peralatan
yang rosak – pastikan alat dan mesin sentiasa dalam keadaan baik, buat
pemeriksaan terlebih dahulu.
4.
Kecuaian
– berikan tumpuan sepenuhnya terhadap kerja.
5.
Kejahilan
– jangan sekali-kali guna mesin atau alat sebelum memahami dan tahu
menggunakannya.
6.
Mengangkat
benda berat – badan sentiasa tegak, gunakan otot kaki, bukannya belakang dan
dapatkan bantuan rakan jika perlu.
7.
Mesin
sedang berputar dan bergerak – jangan sekali-kali membersih, meminyak, mengset
(buat setting) atau membaiki kerosakan.
8.
Tatal
atau serpihan logam – guna pelindung mata dan jangan menyentuh dengan tangan
kerana ia tajam dan panas.
9.
Bahan
pencuci – gunakan mengikut aturan terhadap pencuci yang mengandungi bahan
kimia.
10. Tingkah laku negatif – jangan
bergurau senda.
PERTOLONGAN CEMAS DAN KOTAK
UBAT
Sebarang kemalangan dan
kecederaan mesti dilaporkan dan mendapatkan rawatan sehingga sembuh. Ahli
pertolongan cemas dan kemahiran pertolongan cemas perlu ada dan memainkan
peranan penting dalam memberi bantuan awal dalam sebarang kemalangan
bengkel. Kotak ubat dan peralatannya
mestilah sentiasa lengkap dan ditempatkan di tempat yang sesuai dalam
bengkel. Kecederaan serius mestilah
terus dirujuk kepada hospital. Sementara guru bengkel perlu merekodkan maklumat
kemalangan yang berlaku ke dalam buku rekod kemalangan bengkel.
PERATURAN
AM KESELAMATAN BENGKEL PEMESINAN
1.
Memahami
sepenuhnya cara pengendalian mesin.
2.
Dapat
memberhentikan mesin secara kecemasan.
3.
Pastikan
pelindung keselamatan mesin sentiasa terpasang.
4.
Pakai
pakaian bengkel – baju bengkel, kasut keselamatan dan pelindung mata.
5.
Rambut
– pendek.
6.
Tidak
memakai perhiasan diri.
No comments:
Post a Comment