trx.indexO
zwani.com myspace graphic comments
Islam graphics

Friday, 13 April 2012

1.2 Proses Reka Bentuk

Penjanaan idea awal
Proses penjanaan idea merupakan proses bagi menghasilkan beberapa rekacadang atau konsep yang masih memerlukan perkembangan seterusnya.  Ia boleh dilakukan dengan mengemukakan konsep secara catatan dan lakaran.  Di peringkat ini idea-idea tersebut  akan diselesaikan melalui cara yang berbeza serta dihubungkait dengan prinsip / konsep tabii / hukum alam / hukum sains.  Lakaran berlabel yang dihasilkan menjurus kepada penyelesaian masalah dan menghuraikan fungsi setiap idea secara ringkas dan jelas.

Penjanaan idea tersebut direkodkan di dalam buku idea secara lakaran dan nota sokongan bagi tujuan rujukan perkembangan idea seterusnya serta penyediaan pendokumentasian projek.
                       
Cadangan aktiviti:
·         Perbincangan dalam kumpulan untuk mendapat pelbagai idea
·         Sesi sumbangsaran mendapatkan pelbagai  perkembangan idea penyelesaian
           
a.   Perekaan projek
Hasil pembelajaran:
·           Mengaplikasikan rupa dan bentuk objek secara lakaran
·           Melakar dengan pelbagai gayaan dari pelbagai sudut pandangan
·           Menghasilkan lakaran reka cipta bentuk awal berdasarkan idea yang telah dipilih
·           Menghasilkan lakaran perkembangan reka bentuk
·           Menganalisis lakaran reka bentuk
·           Menggabungkan lakaran idea yang bersesuaian berdasarkan idea yang telah dipilih

Perekaan projek merupakan proses penghasilan lakaran perkembangan reka bentuk yang diadaptasikan dari penjanaan idea awal.  Proses mensintesis atau pencantuman idea-idea yang telah dijana boleh diaplikasikan bagi membantu penghasilan idea-idea yang lebih kreatif, inventif dan inovatif.

Di peringkat ini idea-idea yang  dilakarkan perlu mengambilkira faktor-faktor seperti bahan, fungsi, teknik pembuatan, mekanisma, estetika dan faktor lain yang berkaitan.

Lakaran perkembangan reka bentuk membantu memperjelaskan rupa dan bentuk cadangan rekaan secara 3D dengan pelbagai gayaan dan sudut pandangan yang berbeza.  Ia juga memudahkan pereka memahami, melihat dan menilai konsep rekaan mereka seterusnya membuat pengubahsuaian.
    
Lakaran boleh dibuat menggunakan media yang bersesuaian seperti pen, marker, pensil, cat air dan pensil warna.

Cadangan aktiviti:
o   Membuat latihan lakaran

b.   Pemilihan reka bentuk
Hasil pembelajaran:
·           Membentang lakaran terperinci
·           Mengenal pasti kriteria pemilihan reka bentuk berdasarkan kedapatan bahan, masa kitaran pengeluaran, keselamatan produk, ergonomik dan nilai estetika
·           Memilih sistem dan fungsi yang berpotensi dan bersesuaian dengan reka bentuk
·           Menilai dan memilih reka bentuk  akhir berdasarkan kriteria yang ditentukan

Pemilihan reka bentuk merupakan proses yang penting kerana ia akan menentukan  halatuju reka bentuk yang akan dihasilkan. Pada  tahap ini satu pemilihan yang terbaik perlu dibuat bagi menentukan reka bentuk akhir yang dapat memenuhi kehendak atau kriteria reka bentuk.
    
Pemilhan reka bentuk dilakukan berdasarkan kepada kriteria kesesuaian bahan, teknik pembuatan, fungsi, ergonomik, mesra pengguna, nilai komersil, keselamatan dan nilai estetika.
    
Kriteria reka bentuk boleh dibuat secara carta atau jadual penilaian bagi  bagi memudahkan pemilihan dilakukan.  Pemilihan reka bentuk yang berpotensi untuk dimajukan ke peringkat pembuatan model atau prototaip dipilih berdasarkan jumlah skor tertinggi dari jadual penilaian.

Contoh:
“Mereka bentuk satu produk yang mempunyai pelbagai peralatan untuk ahli perkhemahan”
Berdasarkan kepada pernyataan di atas faktor penting yang perlu diambilkira ialah
- mudah dibawa
- ringan
- tahan lasak
- serba guna
- penjimatan ruang

Kriteria penilaian
Sketsa 1
Sketsa 2
Sketsa 3
Mudah dibawa
3
2
5
Ringan
2
3
4
Tahan lasak
2
3
4
Serbaguna
3
2
5
Penjimatan ruang
3
3
5
JUMLAH
11
13
23
Contoh Jadual Penilaian Kriteria Reka Bentuk


Nilai Skor
1      tidak sesuai
2      kurang sesuai
3      sederhana
4      baik
5      sangat baik

Cadangan aktiviti:
o   Mengadakan sesi sumbangsaran untuk mendapatkan pilihan yang terbaik
o   Perbincangan dalam kumpulan / sesi kritik
o        Membuat rujukan mengenai pemilihan sistem yang bersesuian dengan projek yang hendak di buat

c.   Perancangan pembinaan model berfungsi atau prototaip

Setelah pemilihan reka bentuk dilakukan perancangan pembinaan model berfungsi atau prototaip diperlukan bagi memudahkan pembuatannya.   Peringkat ini perancangan akan melibatkan penyediaan lukisan-lukisan yang berkaitan, jadual kerja pembuatan model, penyediaan bahan dan cara pembuatan.  Perancangan boleh dilakukan secara perbincangan dengan guru dan rakan pelajar.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...