trx.indexO
zwani.com myspace graphic comments
Islam graphics

Wednesday, 29 August 2012

SAMBUTAN KEMERDEKAAN 2012


LANGKAH PERTAMA:
MENJAHIT JALUR GEMILANG

Kami guru-guru SMK PADUKA TUAN, SEGAMAT dengan bangganya telah dapat menyiapkan jalur gemilang yang terpanjang di sekolah.
Bukan mudah untuk menyiapkannya. Terdapat pelbagai masalah yang dihadapi untuk menyiapkannya. 



 Kami telah mula menjahitnya pada minggu terakhir sebelum cuti hari raya aIDIL FITRI. Orang lain sibuk membuat kuih raya dan menjahit baju raya...tetapi kami bertungkus lumus menjahit jalur gemilang. Beberapa orang guru telah dibekalkan 4 meter kain berwarna merah dan 4 meter kain betrwarna putih.





Atas permikiran kreatif ketua kami ..Cikgu Norhana Daimon, beliau dengan sukarela membawa mesin jahitnya sendiri ke sekolah untuk di berikan kepada mana-mana guru yang ingin menjahit sekiranya tiada kelas.  Almaklumlah pada masa itu kan bulan puasa. Jadi guru-guru yang beragama  Islam tidak ke kantin untuk makan tetapi sebaliknya menghabiskan masa di Surau untuk menjahit Jalur Gemilang. Pada masa ini bacaan Alquran telah habis di baca. Tinggal tunggu untuk Majlis Khatam Alquran.



Ini adalah Cikgu Aini Jebol. Orang kuat bendera.....Beliau dengan sukarela menolong untuk menjahit jalur gemilang. Ada guru-guru yang menjahit di rumah. Begitu juga dengan aku. Aku pun menjahit bendera di rumah. Sebelum cuti hari raya, aku sibuk mengemaskini markah kerja kursus reka cipta. Lagi pun tak ada tenaga dan semangat untuk menjahit pada masa ini. Cuti hari raya aku manfaatkan sepenuhnya untuk bersama keluarga. Tiada kerja-kerja sekolah yang dibuat dan di usik pada masa cuti. Ini memang sudah aku amalkan sejak mula-mula berkerja dulu.








 Dah puas bercuti dan berhari raya bersama keluarga..maka aku meminta kebenaran suami untuk menjahit bendera pada hari ahad malam isnin. Esok paginya sesi persekolahan pun bermula. Bukan aku takut kat suami...tetapi jika dah dapat kebenaran dari suami maka bolehlah aku lepaskan tangan . Kesemua anak-anak aku serahkan kepada suami untuk menjaganya. Bukan seorang...tetapi 5 orang yang masih kecil. 
Dah lama tak menjahit. Jadi malam tu bersemangatlah sikit nak menjahit. Peralatan menjahit semuanya dikeluarkan. 


Masuk jea  azan Isyak, aku terus suruh anak-anak solat Isyak. Balik jea dari masjid, aku minta anak-anak bermain dengan ayahnya di luar. Anak-anak memang suka bermain dengan ayahnya kerana suamiku sangatlah SABAR melayan kerenah anak-anaknya. Inilah mesin jahitku yang telah banyak berjasa. Mesin jahit ini pun hadiah dari suami masa mula-mula kahwin dulu. Harganya RM500.00 . 2nd hand.


 Kain warna merah telah digunting pada minggu lepas. Lepas tu simpan semula sebab nak raya.


Sedang seronok menjahit..tiba-tiba "black out". Aduh! tak siaplah nampaknya. Bila tengok keluar tingkap...lampu jalan menyala. Oh....dah sah lah nie...kena tendang. Suami pun on kan balik... Jahit lagi.....




Apabila tiba jalur ke 3..black out lagi. Suami pun  on kan semula. Masih tak putus asa. Jahit  lagi.... black out lagi. Kali ke 4...apabila nak onkan suis....terus black out. Tak sempat nak tekan pun...Apalagi terus kemas...takut rumah pula yang terbakar.



Esok paginya terus jumpa kak Norhana Daimon. Nak minta maaf sebab tak siap.  Mujurlah kak Norhana bawa mesin jahit ke sekolah.  Jadi lepas habis mengajar jea...terus pergi ke surau untuk menjahit. Alhamdulilah.....akhirnya siap juga bendera ku.....



Kak Norhana pula sibuk membuat bunga manggar daripada bendera.



Rakan-rakan guru juga turut membantu.


Inilah hasilnya...bendera jalur gemilang dikibarkan diseluruh kawasan sekolah dengan megahnya.












Inilah dia JALUR GEMILANG yang terpanjang disekolah ini.  Rasa bangga bila melihatnya.








No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...