trx.indexO
zwani.com myspace graphic comments
Islam graphics

Sunday 2 September 2012

KAYUHAN MERDEKA 2012

Pada 29 Ogos 2012 ..SMK PADUKA TUAN, SEGAMAT telah membuat satu lagi catatan sejarah apabila telah membuat satu program yang belum pernah lagi dibuat oleh mana-mana sekolah di daerah Segamat iaitu KAYUHAN MERDEKA 2012.

Kayuhan ini bermula dari SMK PADUKA TUAN , SEGAMAT dan berhenti di ONE SEGAMAT MALL. Aktiviti ini telah dirasmikan oleh YB DATUK HAJI AYUB BIN RAHMAT, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Johor , Kawasan Kemelah.

Objektif aktiviti ini adalah;
1. Meningkatkan rasa cinta akan negara
2. Membina semangat perpaduan
3. Menghargai nikmat kemerdekaan
4. Menghargai jasa pejuang-pejuang negara

Acara ini telah bermula pada pukul 3.45 petang dan sampai di One SEgamat Mall pada pukul 4.30 ptg.


 Pemangku Pengetua Tn.Hj.Kassim mendahului sampai di One Segamat



Diikuti pula YB Ayub



Dan seterusnya pelajar-pelajar SMK PADUKA TUAN , SEGAMAT










Aktiviti ini melibatkan sebanyak 120 pelajar dan guru serta staf sokongan.



Pasukan Pancaragam SMK PADUKA TUAN SEGAMAT telah membuka tirai pada petang itu dengan mendendangkan lagu NEGARAKU dan lagu BANGSA JOHOR.










 Sebahagian guru -guru yang menyertai kayuhan merdeka.






Dari kiri wakil pengurus One Segamat, Yb Ayub  dan pemangku pengetua Tn.Hj Mohamed Kassim.






SETIA BERSAMA PADUKA TUAN




Yb Ayub mengedarkan bendera kepada pemilik premis perniagaan di One Segamat



Bertolak pulang ke SMK PADUKA TUAN untuk upacara  penutup dan penyampaian hadiah.




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...