Bila lah nak siap tanda kertas rc. Exam dah lama....hari pertama lagi...tapi sampai pep.percubaan spm dah nak habis...tak siap2 tanda. HILANG MOOD MENANDA. Byk sangat fikir. Fikir hal2 dunia..Fikir rumah baru, langsir baru, mesin jahit baru, pinggan mangkuk baru...dan fikir sekolah baru...
E-gtukar dah mohon. Dah diluluskan pun oleh pemangku pengetua. Harap2 dapatlah pindah ke sekolah yang dipohon.
Rumah kat sini pulak dah dijual. Barang2 dah mula kemas dan hantar sikit2 ke BP. Agaknya...sebab nilah prestasi aku menurun. Post mortem pep.percubaan pmr pun aku boleh lupa nak buat. Sampai Ketua panitia kata aku sorang jea belum hantar. Bukan susah sangat nak buat post mortem. Format dah ada....tinggal tukar angka jea. Itu pun malas nak buat. Apa nak jadi dengan aku ni.....
Esok dah ada aktiviti kokurikulum sampai pukul 5 ptg. Ada kerja yang perlu disiapkan sebelum cuti sekolah. Mesyuarat agung badan beruniform, persatuan, permainan, mesyuarat agung koperasi, penilaian kokurikulum, lawatan sambil belajar. Dan macam2 lagi.
NILAH KESANNYA JIKA TANGGUHKAN KERJA. Berlambak2 kerja tak siap. TOLONGGGGHHH!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
No comments:
Post a Comment