Ini merupakan aktiviti tahunan yang mesti dilaksanakan apabila tibanya bulan Ramadan. Aktiviti ini mendapat sambutan dari warga sekolah dan juga ibu bapa. Setiap hari ...sepanjang bulan Ramadan pelajar dan juga guru-guru Islam akan duduk di Dewan Surau pada waktu rehat untuk membaca AlQuran. Setiap kelas telah dibahagi-bahagikan juzuk mana yang perlu di baca.
Apabila selesai membaca sebanyak 30 Juzuk...maka pihak sekolah mengadakan majlis khatam Alquran.
Semua guru-guru Islam datang ke majlis tersebut bersama-sama dengan keluarga masing-masing. Guru-guru yang bukan Islam akan datang pada pukul 8 malam bagi merasai Majlis berbuka puasa. Ini yang seronoknya bekerja di sekolah ini. Ada perasaan muafakat diantara pelbagai kaum. I LOve My School.
irhero
No comments:
Post a Comment