trx.indexO
zwani.com myspace graphic comments
Islam graphics

Wednesday 8 August 2012

WAKAF MEMPERKASAKAN UMMAH



Walaupun usaha membangunkan projek ekonomi di atas tanah wakaf belum tinggi peratusannya tetapi yang nyata usaha yang digerakkan Jab. Wakaf, Zakat dan Haji (JAWHAR) begitu membanggakan.

JAWHAR komited untuk memajukan tanah wakaf di seluruh negara bagi meningkatkan penyertaan Bumiputera dalam ekonomi.

Selain daripada projek wakaf yang dibangunkan JAWHAR, terdapat projek kecil berimpak besar yang turut diberi perhatian. Ini termasuk 61 projek yang mengandungi 58 Bazar Rakyat dan 3 Waqaf Mart yang dibangunkan oleh Yayasan Waqaf Malaysia (YWM) di seluruh negara dengan kerjasama Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) dengan peruntukan RM 20 juta oleh Kerajaan Pusat.

JAWHAR selaku jabatan yang menyelaraskan pembangunan hartanah wakaf di peringkat Persekutuan telah mewujudkan data bank tanah wakaf secara di atas talian ( online) bertujuan meningkatkan urus tadbir terbaik pengurusan tanah wakaf.

Sebenarnya institusi wakaf berkait rapat dengan masyarakat Islam. Masyarakat dahulu gemar mewakafkan khususnya tanah untuk pembinaan masjid, surau,tanah perkuburan,anak yatim dan aktiviti kebajikan lain. Tanah yang diwakafkan jika tidak dimajukan akan merugikan ekonomi masyarakat Islam.

Fungsi JAWHAR juga menjalankan kajian serta penyelidikan, penerbitan dan penyelarasan mengenai isu dan program pembangunan khazanah umat Islam supaya dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh ummah. JAWHAR turut memberi khidmat sokongan dalam pengurusan pentadbiran, sumber manusia dan kewangan serta peningkatan kecekapan sistem teknologi maklumat Jabatan dan MAIN.

Antara pencapaian yang membanggakan ummah termasuk penyediaan prasarana kemudahan pendidikan terbaik bertaraf kolej menerusi pembinaan Kompleks Pendidikan Maahad Al-Mashoor Al-Islami, Balik Pulau, Pulau Pinang dengan kos RM 41 juta.

Selain itu, sebuah bangunan asrama pelajar untuk 50 anak yatim lelaki di Machang, Kelantan dan sebuah lagi asrama pelajar untuk 50 anak yatim perempuan yang dikenali Asrama Anak Yatim Darul Aitam Wal Masakin Sultanah Haminah dibangunkan di Mukim Derga, Kedah.

Di bawah pembangunan hartanah wakaf, JAWHAR memfokuskan pembangunan projek wakaf pada lima tema iaitu ekonomi (hotel, ruang niaga dan ruang kedai), kesihatan (pusat rawatan dialisis), pendidikan (kompleks pendidikan dan asrama pelajar), perumahan (pangsapuri kos sederhana rendah) dan kebajikan dan agama (pusat saudara baru dan rumah perlindungan wanita).

Amalan berwakaf sebenarnya diperkenalkan Rasulullah S.A.W kepada para Sahabat. 


Dipetik dari Majalah PELANCAR keluaran Julai 2012
Hasil tulisan Wan Adlina Wan Ab.Aziz




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...