trx.indexO
zwani.com myspace graphic comments
Islam graphics

Saturday, 16 June 2012

PERUTUSAN SEMPENA SAMBUTAN HARI KOPERASI SEKOLAH 2012


                                       

MENTERI PELAJARAN MALAYSIA 
PERUTUSAN 
SEMPENA SAMBUTAN HARI KOPERASI SEKOLAH 2012 



Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Salam Sejahtera dan Salam 
1Malaysia. 
Saya ingin memanjatkan rasa syukur ke hadrat Allah  SWT kerana atas limpah dan 
kurnia-Nya, kita dapat bersama-sama lagi menyambut perayaan Hari Koperasi Sekolah 
(HKS) di seluruh negara buat tahun ketujuh, mulai 11 Jun hingga 10 Julai 2012. Tempoh 
ini diharapkan akan dimanfaatkan sepenuhnya oleh koperasi sekolah untuk 
melaksanakan Hari Koperasi Sekolah dengan lebih teratur dan berkesan dengan 
pelbagai aktiviti yang boleh memberi pendedahan kepada pelajar tentang ilmu koperasi 
dan keusahawanan. Tahniah diucapkan kepada Angkatan Koperasi Kebangsaan 
Malaysia Berhad (ANGKASA) yang sentiasa memberi perhatian kepada gerakan 
koperasi sekolah melalui pelbagai program yang dirancang bagi manfaat para pelajar.  
Kementerian Pelajaran Malaysia mengiktiraf peranan  serta tanggungjawab koperasi 
sekolah dalam membantu membangunkan modal insan yang berpotensi 
memperkukuhkan bidang keusahawanan negara. Manakala Hari Koperasi Sekolah 
boleh  dianggap sebagai aktiviti utama yang menyediakan ruang untuk pelajar menimba 
ilmu perniagaan serta keusahawanan, dan secara tidak langsung dapat turut belajar 
bagaimana untuk mengendalikan sesuatu aktiviti dengan bantuan dan nasihat guru-guru 
koperasi. Selain itu, sekolah juga boleh menjalinkan kerjasama dengan masyarakat 
setempat seperti Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) serta agensi-agensi yang lain 
bagi membantu menjayakan Hari Koperasi Sekolah.  
Pada tahun ini, tema  “Koperasi Membina Kesejahteraan Sejagat”  telah dipilih 
sebagai satu tema yang mengambarkan kepentingan koperasi sebagai agen 
pembangunan ekonomi masyarakat. Justeru, koperasi sekolah perlu diberikan perhatian 
bagi memastikan persekitaran perniagaan dan keusahawanan yang kondusif dapat 
diwujudkan dalam usaha membantu kerajaan menjayakan Dasar Koperasi Negara II. Ia 
juga adalah selaras dengan aspirasi Model Baru Ekonomi dan Pelan Tranformasi 
Ekonomi yang turut memberi fokus kepada sektor perkhidmatan dan kepenggunaan 
bagi memastikan masyarakat Malaysia ke arah negara berpendapatan tinggi pada masa 
hadapan. 
Akhir sekali, syabas diucapkan kepada seluruh warga sekolah yang berusaha gigih bagi 
memastikan HKS 2012 dapat dilaksanakan dengan jayanya. 

Selamat Menyambut Hari Koperasi Sekolah. 

TAN SRI DATO’ HJ MUHYIDDIN HJ MOHD YASSIN 



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...