trx.indexO
zwani.com myspace graphic comments
Islam graphics

Thursday 12 March 2015

Frozen ikan jaket masak lemak cili api

Huhu....menghitung hari...
Tinggal 18 hari lagi cutiku akan habis..
Lepas ni terpaksa la aku melangkah ke batu pahat utk meneruskan dan melaksanakan amanah yg telah diberikan...

Tinggalla suami bersama anak2 seramai 4 orang di kuantan...

Puasku fikirkan, bagaimana caranya nak meringankan beban suami ...almaklumla..seorang lelaki menjaga 4 org anak yang masih kecil..
9 tahun, 8 tahun, 7 tahun dan 5 tahun...

Kalau tahun lepas aku menjaga anak2 seramai 5 orang tanpa suami disisi pun....aku dah rasa stress....asyik nak marah jea kat anak2...ini kan pula seorang lelaki...

Alhamdulillah..berkat aku ambil cuti tanpa gaji selama 3 bln, akhirnya Allah mengurniakan aku idea utk mengurangkan bebanan suamiku untuk menjaga 4 org anak tanpa aku disisi....

Kaedah rumahtangga bahagia..

Buat frozen food....
Sambal tumis frozen
Gulai daging frozen
Gulai ikan aya frozen
Kari ayam frozen...
Dll..semuanya difrozenkan....
Sayur jea x boleh frozen....tapi akan diusahakna untuk membuatnya...semoga Allah memberi aku ilham utk membuatnya...

Pakaian anak2 sekolah..

Siapkan untuk 1 minggu....jadi suami x perlu penat lelah nak menggosok baju sekolah setiap hari...

Insya Allah setiap hari khamis , aku akan bertolak balik ke kuantan untuk menguruskan rumahtangga ..untuk meringankan bebanan suami....untuk menhilangkan rasa rindu pada anak2 dan suami..utk mendengar segala cerita anak2...insyaAllah..

Semoga Allah memberikan kami sekeluarga kekuatan untuk menghadapi ujian dan dugaan ini..

Lauk pauk hari ini adalah experiment utk bulan april nanti....

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...