trx.indexO
zwani.com myspace graphic comments
Islam graphics

Thursday 23 October 2014

PINTU PAGAR


JENIS PINTU PAGAR TAMAN JENIS PINTU PAGAR TAMAN

Kita pasti tertarik dengan kehadiran sebuah lagi pintu kecil; laluan alternatif untuk masuk ke taman yang biasannya terdapat berdekatan pintu pagar utama, di bahagian belakang atau di sisi halaman. Ia kekal berfungsi sebagai laluan keluar masuk kedua penting. Buat panduan asas, pintu pagar kecil ini biasanya dibina selebar 2-3 kaki sahaja bagi membolehkan seorang atau dua orang dewasa melaluinya serentak

Terdapat banyak pilihan kemasan daun pintu pagar taman. Anda boleh membuat pilihan mengikut konsep taman mahupun cita rasa.


Kayu: Unsur semula jadi ini sangat popular digunakan. Malah ia menjadi pilihan nombor satu rakyat Malaysia. Selain kesan ira kayu yang cantik, ia juga tahan lasak asalkan sahaja sentiasa dirawat bagi melindunginya daripada perubahan cuaca yang ekstrem. Rawatan dua kali setahun menggunakan lapisan varnis adalah memadai. Kayu yang biasa digunakan ialah daripada kayu cengal, jati, balau dan resak

Aluminium: Pilihan bahan binaan moden. Ia tahan karat dan mudah dibentuk Cuma anda perlu cariyang berkualiti tinggi agar tidak mudah kemek.

Besi: Pilihan kedua popular selepas kayu. Kemasan besi juga ada pelbagai; berkilat atau sebaliknya. Banyak digunakan untuk menggambarkan cita rasa moden pemiliknya. Namun ia mampu tampil rustik dan gah apabila besi padu dengan tekstur kasar ditampilkan.

PVC: Ada sebahagian pengeluar yang menawarkan pintu taman daripada bahan PVC. Ia boleh digunakan sebagai penggunaan jangka masa pendek iaitu sekitar 3-5 tahun dan anda boleh menukarnya tanpa rasa ragu apabila sudah bosan. Hadir dalam pelbagai warna.

Bahan komposit: Bahan yang bakal menggantikan kayu asli ini tampil dengan daya tahan yang kuat dan kukuh. Terdapat pelbagai pilihan tekstur dan warna menyerupai kayu.

Kredit: laman impiana

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...