trx.indexO
zwani.com myspace graphic comments
Islam graphics

Thursday, 23 October 2014

PERABUT TAMAN


10 Tip Pemilihan Perabot Eksterior 10 Tip Pemilihan Perabot Eksterior

Kehadiran perabot taman bukan untuk digayakan semata-mata malah ia memberi keselesaan buat si pemilik. Kini, anda tidak perlu risau untuk memadankan perabot taman dengan beberapa pilihan gaya terkini praktikal buat ruang landskap anda. Pilihan perabot sesuai diletakkan di ruang santai separa terbuka dan terbuka. Jadi kami kongsikan beberapi tip yang harus diteliti sebelum melakukan pemilihan perabot eksterior

1. Rancang

Rancang teliti sebelum membeli perabot taman bagi merasionalkan kewajaran meletakkan perabot tertentu.

2. Persoalan

Tanyakan beberapa soalan kepada pada diri anda. Misalnya, adakah perabot tersebut bersesuaian pada ruang taman? Adakah anda ingin selalu mengalihkan perabot? Soalan-soalan tersebut membantu anda membuat keputusan mengenai jenis perabot yang hendak dibeli.

3. Selidik

Ambil informasi dari internet atau belek majalah dekorasi laman agar rekaan perabot mampu disesuaikan sebaik mungkin pada ruang. Pengetahuan dapat membantu anda mencetuskan idea serta membuat pilihan bijak.

4. Bajet

Dapatkan anggaran harga perabot. Andai perlu cuba bandingkan dulu harga di beberapa kedai sebelum membuat pilihan. Jika inginkan penjimatan, pembelian perabot secara borong boleh mengurangkan kos penghantaran.

5. Material

Pilih material bersesuaian untuk dipadankan pada ruang dan fungsi taman. Pemilihan material seperti besi, plastik, rotan dan kayu harus kena pada tempatnya. Misalnya, jika anda sering kali menjalankan barbeku, elakkan penggunaan perabot plastik yang tidak tahan dek bahang panas

6. Ketahanan

Kecantikan perabot harus seiring dengan ketahanannya. Pilih perabot yang kalis air, tidak karat, susah luntur warna, tahan serangan kulat dan anai-anai serta perubahan cuaca. Tanpa perabot baik dan tahan lama, keseronokan bersantai persekitaran luar akan hilang.

7. Kualiti

Alah membeli menang memakai. Membeli perabot mahal yang elok masih lebih menguntungkan daripada membeli perabot murah tetapi cepat rosak. Perabot kayu berkualiti rendah misalnya mudah retak dan kehilangan kilauan serta kepudaran warna.

8. Konsep
Penggunaan perabot haruslah bertepatan dengan konsep agar tidak lari tema bertepatan dengan konsep asal.

9. Estetika

Penggunaan ruang dipengaruhi dengan penggunaan perabot. Andai anda sering kali mengubah kedudukan perabot untuk disesuaikan dengan sebarang aktiviti seperti jamuan atau barbeku, pilihlah perabot menggunakan material ringan dan mudah dialihkan.

10. Ruang

Sesuaikan penggunaan ruang dengan perabot agar lebih praktikal. Jangan biarkan ruang anda terganggu dek kerana saiz perabot tidak berpadanan dengan tempat yang ada. Minimumkan penggunaan perabot luar agar laman anda tidak sesak.

Kredit : laman impiana

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...