Berkat doa ibu.....
Aku mmg tak pernah terfikir untuk melabur ataumenyimpan emas. Sebab utama kerana aku tak ada duit tunai yang banyak....
Entah macam mana Allah telah gerakkan hati aku untuk membuka WEB berkaitan EMAS. Aku pun tak pernah terfikir tentang adanya pelaburan emas dan perak ni...
Asal usulnya macam ini....pada 30 NOVEmBER 2011 yang lalu..aku telah menemankan emak untuk menukar rantai emasnya yang telah putus. Aku tengok harga emas kat kedai itu iaka RM181 segram. Kebetulan aku juga ada membawa rantai dan gelang emas yang telah putus. Aku testlah....nak tahu boleh laku betapa RM.
Punyalah aku tetkejut...bila dikira harhanya telah meningkat hampir 3x ganda dengan harga asak masa aku beli 10 tahun dulu.
Bayangkanlah...aku beli emas tu hasil dari wang hantaran yang diberikan oleh suamiku dengan harga RM1800.00 (rantai leher dan gelang tangan) pada 10 tahin yang lalu. pada masa tu aku rasa dah bedar nilainya. Bila aku tanya kat mamat tu....dia kata nilainya RM5xxx.xx. terkejut aku...
Aku macam tak percaya. So....balik jea dari kedai emas...aku cari harga emas semasa kat laman web. Bila akau buka laman web tu..aku terus tertarik untuk membacanya awhinggalah aekarang. Barulah aku tahu tentang perlaburan emas dan perak ni...
Mungkin orang lain dah lama tahu dan telahpun mendapat pulanganya. Tetapi aku baru nak merangkak dan belajar tentang pelaburan emas ini.
Yang seronoknya....aku bagitahu kat suamiku tentang pelaburan emas ni. Sebab masa tu suamiku tengah sibuk dengan urusannya. Jadi akupun carilah maklumat ni sendiri dah fahamkan betul2 tentamg pelaburan emas ini. Bila aku dah betul2 faham barulah aku cerita kat suamiku.
Pada mulanya....dia tidak berminat.....
Jadi....aku pun carilah laman2 web yang menarik dan mudah difahaminya untuk dibaca. Alhamdulillah dengan sekali baca....suamiku terus berminat untuk membaca laman web yang seterusnya...
Dan sekarang....suami ku dah faham dan mahir tentang emas dan perak.. Aku yakin dan memang yakin dengan kebolehan suamiku....sebab suamiku sangat mahir matematik terutamanya matematik gunaan....
No comments:
Post a Comment