trx.indexO
zwani.com myspace graphic comments
Islam graphics

Friday 23 March 2012

GAMBAR KAT BLOG CIKGU DAH HILANG......TOLONG....

APA AKU NAK BUAT NIE......GAMBAR-GAMBAR KAT BLOG NIE SEMUANYA DAH HILANG...ADA SAPA-SAPA TAK BOLEH TOLONG...


SAYA MINTA MAAF KEPADA PENGUNJUNG SETIA BLOG NIE DIATAS KEHILANGAN GAMBAR. iNSYALLAH SAYA AKAN CUBA MEMPERBAIKINYA...DOAKAN SAYA BERJAYA...




GAMBAR-GAMBAR KAT BLOG NIE SANGAT BERMAKNA PADA DIRI SAYA. TERUTAMANYA LUKISAN-LUKISAN YANG DIHASILKAN OLEH PELAJAR-PELAJAR SAYA.  CONTOH-CONTOH LAKARAN DAN RENDERING BAGI MEMUDAHKAN PELAJAR-PELAJAR SAYA UNTUK MEMPELAJARINYA.


BLOG NIE PUN DIHASILKAN BAGI MEMBANTU PELAJAR-PELAJAR SAYA MEMBUAT RUJUKAN SEMASA MEMBUAT FOLIO REKA CIPTA UNTUK SPM.




MACAM MANA BOLEH HILANG......!


Ha...macam nie ceritanya....
2 hari lepas suami saya telah membelikan sebuah handphone baru....Handphone yang menjadi sebutan pada masa kini...SAMSUNG GALAXY NOTE.....SMARTPHONE...


Ha...memang smart pun...hingga semua gambar kat blog nie boleh hilang...


Macam budak2 kecik yang dapat mainan baru...apalagi saya pun explore lah apa-apa yang patut. Sambil menidurkan sikembar Zahin dan Diyanah ..saya pun memuat turun segala gambar2 kat telefon lama ke telefon baru menggunakan Bluetooth.  


Semasa proses  memindahkan data ...saya pun bukalah app Galery.  Tiba-tiba saya nampak semua gambar2 kat blog saya dikumpulkan disatu folder. Lebih kurang dekat 200 keping . Dalam hati saya ...berkata...gambar tu kan dah disimpan dalam blog akudanstudentku.blogspot...buat apa nak simpan lagi...


Dengan sekali sentuh....semua gambar2 tu pun didelete..Kebetulan sikembar dah tidur...saya pun ikut tidur sama...


Pada pukul 4 pagi saya terjaga dari tidur. Teringat baju anak2 belum digosok sebab sibuk dengan handphone baru. Biasalah rutin harian...bangun dari tidur terus online..Bukan buka facebook tapi buka blog kesayanganku ini... Apalagi.terkejut tak terkata bila gambar2 kat blog nie hilang.


Inilah ...Samsung Galaxy Note memang smart phone hingga ia boleh link semua gambar-gambar yang dimasukkan kedalam blog.


oklah..sikembar dah bising. Doakan saya boleh mencari gambar2 tu semula...










Published with Blogger-droid v1.6.9

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...