trx.indexO
zwani.com myspace graphic comments
Islam graphics

Tuesday 6 March 2012

BAB 1

1.0    REKA BENTUK DAN PENGHASILAN PRODUK


Bidang ini menghuraikan tentang maksud reka cipta dan kepentingnya kepada masyarakat dan negara.  Diterangkan juga tentang mengapa kita mereka cipta dan perbezaan di antara ciptaan baru dan inovasi.  Perkara lain yang cuba di perjelaskan dalam bidang ini ialah prasyarat untuk mereka cipta seperti suasana  suasana persekitaran, keperluan diri, pengalaman, pengetahuan dan kemahiran serta bakat.  Dimuatkan juga unsur-unsur kreativiti di dalam mereka cipta, sifat-sifat seorang pereka cipta dan proses serta teknik reka cipta.

1.1                     Pengenalan.

A.  Sejarah perkembangan reka cipta

Hasil pembelajaran:
·            Menerangkan perkembangan sejarah reka cipta
Reka cipta telah wujud sejak manusia dilahirkan.  Namun tiada rekod yang dapat menyatakan dengan  tepat bila reka ciptaan pertama dihasilkan.  

Adalah dipercayai bahawa reka cipta telah bermula  sebelum tahun masehi lagi antaranya ialah alat “Sekrup Archimedes” yang dicipta oleh Archimedes  pada tahun 212 SM. 

Sejak itu ramai pencipta menghasilkan ciptaan yang sangat berguna, seperti Hans Lippershey (1608) mencipta teleskop dan  Charles Babbage (1791- 1871) mencipta alat pengira. Sehingga kini terdapat banyak ciptaan yang berasaskan teknologi telah tercipta.   Selain itu pengubahsuaian ciptaan sedia ada turut menyumbang kepada penghasilan produk baru.







Jadual di bawah menyenaraikan beberapa pereka cipta beberapa bidang yang penting.
Pengangkutan Darat:
Pereka cipta
Ciptaan
Tahun Ciptaan
James Watt
Enjin Stim (wap)
1765
George Stephenson
Lokomotif/ Kepala keretapi
1825
Karl Benze
Kereta berenjin petrol  3 roda
1885
J B Dunlop
Tayar getah berisi angin
1887
Gottlieb Daimler
Kereta berenjin petrol 4 roda
1887

Pengangkutan Air
Pereka Cipta
Ciptaan
Tahun
Robert Fulton
Kapal stim kayuh
1807
John Philip Holland
Kapal selam
1897

Pengangkutan Udara
Pereka Cipta
Ciptaan
Tahun
Otto Lilenthal
Pesawat luncur
1891
Wright adik beradik
Kapal terbang
1903
Frank Whittle
Enjin jet
1937
Heinrich Focke
Helikopter
1937

Komunikasi
Pereka Cipta
Ciptaan
Tahun
J L Baird
Televisyen
1926
William Cooke
Sistem kod (Kod Morse)
1834
Alexander G Bell
Telefon
1876
Guglielmo Marconi
Wireless
1894

Pertanian
Pereka Cipta
Ciptaan
Tahun
Cyrus Hill McCormick
Mesin penuai
1831
John Deere
Bajak keluli
1837



Eli Whitney
Mesin pengasing kapas dengan biji
1793

Pembinaan
Pereka Cipta
Ciptaan
Abraham Darby
Jambatan besi
George A Fuller
Bangunan pencakar langit
John McAdam
Jalan raya bertar
Henry Bessemer
Keluli

Senarai pereka cipta yang lain seperti di Lampiran A.

Sifat-sifat seorang pereka cipta
Potensi seseorang pereka cipta boleh dilihat melalui pemerhatian dan hasil kerja yang dihasilkan.  Sikap, sifat dan perlakuan seseorang itu boleh menggambarkan minat dan potensi dirinya.

Seseorang yang berpotensi untuk mereka cipta mempunyai ciri-ciri berikut:
a.)      sentiasa melihat sesuatu masalah dan perkara daripada pelbagai sudut persepsi,
b.)      sentiasa berminat kepada sesuatu yang baru,
c.)       sentiasa kreatif di dalam menyuarakan pendapat dan idea,
d.)      sentiasa berminat menghasilkan sesuatu produk.

Cadangan aktiviti:

o   Menyenarai nama pereka cipta tempatan dan antarabangsa serta ciptaannya selain daripada yang tersebut di atas

o   Membuat sketsa bagaimana suatu ciptaan itu terhasil

Contoh: Kapal terbang, cecair pemadam dan mentol berfilamen





No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...