Tiba2 jadi teringin dan peminat setia sambal hitam....
Punca2 utamanya
1. Adik bercerita yang sambal hitam ni sedap. Sangat popular di negeri Pahang.
2. Rakan sekerja selalu membawa belimbing buluh yang banyak. Dah jemu nak masukkan dalam masakkan...
3.Keinginan ingin mencuba sesuatu resepi yang baru...
Nak membuatnya x lah susah sangat, tapi nak melayannya tu yang bercinta sikit sebab belimbing itu perlu diletakkan didalam periuk yg tidak mengandungi minyak untuk dikeringkan....lebih kurang ambik masa 1 hingga 2 jam....
Kalau x de masa x payah nak buat...
Ini sambal hitam yang dibuat utk kali kedua...
Mengambil masa 1 minggu utk menyiapkannya...ha!!!!!
Jumaat lepas hanya sempat mengeringkannya.....
Jumaat seterusnya baru dimasak bersama bumbu2....nak masak ni pun perlu ambik masa 2 jam supaya sambal tu betul2 kering dan boleh tahan lama...
Tapi istemewanya sambal hitam ni ia tahan lama...boleh mencecah berbulan2....agaknya...tapi dirumah ini hanya boleh tahan utk 1 bulan saja...sbb dah sold out...x sempat nak tunggu 2 atau 3 bln....anak2 pun suka sbb rasanya masam manis....
Terima kasih kepada rakan sekerja yang selalu membawa belimbing buluh ni....walaupun saya org kampung, tp selali membelinya di pasar tani atau pasar sabtu parit sulong....bila nampak belimbing ni mesti teringat emak....emak sangat suka dgn belimbing ini....
No comments:
Post a Comment