trx.indexO
zwani.com myspace graphic comments
Islam graphics

Friday, 2 November 2012

5 RE (2012).....dalam kenangan

Rasa sedih semasa majlis restu tadi. Air mata terus mengalir tanpa boleh ditahan. Pengorbanan selama 2 tahun dah berakhir. Segala ilmu telah diberikan sebanyak -banyaknya. Cikgu hanya boleh berdoa agar anda semua boleh mendapat kejayaan yang cemerlang dalam pep. SPM nanti. Kini tugas anda semua untuk berjuang sehingga ke tahap maksimum.


Selama 2 tahun cikgu bersama kamu semua. Segala masalah dan perangai kamu tersimpan rapi dalam ingatan cikgu. Walaupun cikgu selalu marah kamu semua....itu semua kerana cikgu sayangkan kamu. Cikgu nak kamu sedar dan berjaya seperti orang lain. Masalah keluarga kamu ketepikan dahulu. Berikan tumpuan sepenuhnya dalam peperiksaan. Insyallah jika kita BERUSAHA, BERDOA & BERTAWAKKAL akhirnya kita akan berjaya.

Bergantunglah kepada ALLAH. Kerana ALLAH maha berkuasa....

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...