trx.indexO
zwani.com myspace graphic comments
Islam graphics

Wednesday 22 February 2012

MEMBUAT KEK COKLAT KUKUS CIKGU INTAN

irhero


AKTIVITI KELAB TEKNIK  VOKASIONAL

PERJUMPAAN KALI KE2


Hari nie 22/02/2012 adalah hari yang ditunggu-tunggu oleh ahli Kelab Teknik & Vokasional.  
Pada hari ini..cikgu akan membuat kek coklat kukus.  Fuhh......! bersemangat gila budak2 nie.  Bab belajar kurang minat...tp bab buat aktiviti laju jea...(Pelajar lelaki..lah)  Takpelah ilmu juga..mana tau satu hari nanti jadi chef yang terkenal...


Pukul 1.10 petang semua dah berkumpul kat bilik ERT.  Cikgunya baru keluar dari kelas...Barang- barang untuk buat kek semuanya dah diambil oleh pelajar.  Pandai juga budak2 nie ..tak payah disuruh.


Inilah hasilnya

RESEPINYA


Bahan-bahan:-
2 cwn tepung gandum*
1 cwn serbuk koko *
1 sudu teh baking powder*
1 sudu teh soda bikarbonat*
2 biji telur (Gred A)
1 cwn gula pasir
1 cwn susu pekat manis
1 cwn minyak masak (nak sedap  gunalah minyak Mazola)
1 cwn air panas

Cara-cara:
Langkah 1 *
- ayak bersama tepung gandum, soda, baking powder dan serbuk koko.

Langkah 2
- satu bekas lain pukul telur, minyak, susu dan gula bagi sebati ( tak payah guna mixer )

Langkah 3
- masukkan tepung yang diayak tadi, kedalam langkah 2, kacau sebati lagi

Langkah 4
- last sekali masukkan air panas dan kacau sebati lagi.

Langkah 5
- sapukan tepi Loyang dgn minyak
- alaskan Loyang dengan kertas minyak supaya kek tidak melekat
- tuangkan adunan kedalam loyang
- adunan ready utk dikukus. Kukus selama 1 jam.

Utk topping (double boil )
1/2 ketul buttercup
1/2 cwn serbuk koko
1/2 cwn susu pekat



KAT BAWAH NIE ADALAH AHLI-AHLI KELAB 2012






2 comments:

  1. alamak ustaz...kek yg ustaz angkat tu blm masak lagi la....kesian ustazah..

    ReplyDelete
  2. tahniah kepada semua ahli kelab yang berjaya membuat dan memasak kek coklat mengikut masa yang ditetapkan. kek yang dibuat pun mendapat pujian cikgu2 smkpt. syabas!

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...