Hari ini genaplah 12 hari pekerja pattani bekerja dengan lekoleko. Berat mulut bos untuk menyuarakan bahawa bos dah tak sanggup untuk meneruskan mengambil mereka bekerja. Bukan tak bagus....kesemua pekerja ni baik2 belaka. Cuma bos tak sanggup untuk menanggung kos yang tak termampu untuk dibayarnya. Dalam masa 2 minggu beroperasi, kedai tidak mencatatkan keuntungan. Pendapatan harian hanya mampu untuk membeli bahan mentah untuk keesokkan harinya saja. Jadi pendapatan harian tidak dapat menampung kos upah pekerja. Bos bukannya banyak modal. Bos juga bekerja makan gaji. Kalau bos ada modal yang besar, mungkin bos akan tunggu hingga 2 @ 3 bulan lagi....
Kesian tengok mereka. Mereka datang ke sini sebab nak bekerja. Yang paling sedih bila bos tanya...lepas ni nak buat apa? Mereka kata ..mereka nak balik ke Pattani... Ya Allah! nak menangis rasanya...mereka kat sana hidup susah...Mereka balik ke Pattani hanya membawa wang sebanyak Rm 2- 3 ratus seorang.
Kalau bos kaya...bos kata dia akan tunggu hingga 6 bulan. Tapi bos x mampu...Daripada bos tak dapat bayar gaji mereka, lebih baik bos berterus terang.
Kami mendoakan agar mereka semua cepat2 mendapat majikan yang baru. amin...