Inilah kereta ketiga yang dibeli oleh keluargaku.
SEJARAH PEMBELIAN KERETA
Masa mula-mula tengok iklan kat tv memang dah berkenan. Tapi taklah sampai nak membelinya. Kat sekolah adalah tanya kat kawan2 tentang kereta Myvi ni. Mereka semua kata cantik. Cikgu Bong kata dia dah booking satu. Saya pun tak ada apa2 perasaan nak beli juga.
Pada petang Jumaat minggu pertama kereta Myvi dilancarkan...suami mengajak aku untuk melihat kereta Myvi dengan lebih dekat lagi. Sampai di Perodua aku dan suamiku pun terus berminat untuk membelinya. Pada petang tu juga kitorang pergi ke bank untuk ambil duit untuk bayaran muka.
Agen tu kata 1 bulan baru boleh dapat. Aku pun tak kisahlah. Tapi nak dijadikan cerita..3 hari lepas booking Myvi..agen tu call dan suruh hantar salinan ic. Kitaorang pun terus pergi.
Sampai jea kat Perodua..kami terlihat ada sebuah Myvi berwarna hitam, mannual dan full speck. Suami pun tanya kereta sapa nie. Agen tu kata pembeli asalnya tak nak beli kerana dia tak nak warna hitam.
Tanpa berfikir panjang...suamipun terus kata dia nak kereta nie.
Inilah dinamakan rezeki. Orang lain kena tunggu hingga 2 bulan tetapi kami hanya tunggu 1 minggu sahaja.
TERIMA KASIH ALLAH
Published with Blogger-droid v1.6.9
No comments:
Post a Comment