trx.indexO
zwani.com myspace graphic comments
Islam graphics

Sunday, 16 September 2012

ZIARAH & MARHABAN

Pn.Hjh Zalaha bte Mohd Said…..bekas pengetua SMK PADUKA TUAN telah menjemput semua warga guru SMKPT utk datang ke rumah barunya sempena hari raya pada tahun ini.
image
Inilah dia PN.HJH ZALAHA BTE MOHD.SAID ( BEKAS PENGETUA SMK PADUKA TUAN) & SUAMI TN HJ MISMAN ( BEKAS PENGETUA SMK DATO BENTARA)

image

Kami pergi secara konvoi. Saya telah menumpang kereta cikgu Rohaya..

image

Rumah baru beliau terletak di PAYA LEBAR segamat

image

Jauh juga nak masuk rumah hjh Zalaha nie...sampai kami tersesat....sebab cikgu Faizal salah bagi pelan masuk kerumahnya.

image

Ha.....inilah dia mahligai baru Hjh Zalaha bersama suaminya.....

image

image
Dah lama saya tak berjumpa dengan hjh Zalaha kerana semasa beliau berpindah pada tahun 2010. ….saya telah mengambil cuti tanpa gaji selama 6 bulan. Akhirnya dapat juga saya berjumpa dengan beliau.
Beliau seorang ketua yang berkaliber kerana dapat menyatukan semua guru2 di SMKPT sebagai satu pasukan. Budaya kerja beliau masih diamalkan oleh guru2 SMKPT sehingga sekarang walaupun beliau telah meninggalkan SMKPT 2 tahun yang lepas.
Insyaallah segala ilmu dan tunjuk ajar yang hjh Zalaha berikan semasa menjadi pengetua di SMKPT akan saya amalkan.....

image

Cikgu Azlan datang bersama isteri dan anak2nya. Cikgu Tzarfin bersama anak2nya.

image

image

image

Kami semua merasa sayu bila hjh Zalaha memberi ucapan.....secara tak sengaja air mata pun mengalir dengan sendirinya....

image
Pn.Cheh, cikgu Mazran, cikgu Murad, cikgu Fhong
Cikgu Rohaya, cikgu Razhan, cikgu Suhaila, cikgu Faizal

image

image

Read more ...

HAI.........

Lama tak update.....
Sebab blogger droid ada masalah....tak boleh nak upload gambar.   Saya biasa guna handphone untuk update blog ni.  Sebab boleh update bila2 ada masa free. Skg dah tak boleh lagi.... Kalau nak update blog guna laptop @ pc...mmg berkurunlah baru boleh update. Tak ada masa. Maklumlah.....skg ni tengah sibuk dengan program2 utk PMR & SPM. KOku lagi....nak buat mesyuarat agung, program sukan utk ting.4 lagi...dan mcm2 lagi.

Sorry yea.....buat peminat blog ni....
Insyallah...ada masa nanti saya update lagi....

Published with Blogger-droid v2.0.9
Read more ...

Tuesday, 11 September 2012

PRESTASI MENURUN

Bila lah nak siap tanda kertas rc. Exam dah lama....hari pertama lagi...tapi sampai pep.percubaan spm dah nak habis...tak siap2 tanda.  HILANG MOOD MENANDA. Byk sangat fikir. Fikir hal2 dunia..Fikir rumah baru, langsir baru, mesin jahit baru, pinggan mangkuk baru...dan fikir sekolah baru...

E-gtukar dah mohon. Dah diluluskan pun oleh pemangku pengetua. Harap2 dapatlah pindah ke sekolah yang dipohon.

Rumah kat sini pulak dah dijual. Barang2 dah mula kemas dan hantar sikit2 ke BP. Agaknya...sebab nilah prestasi aku menurun. Post mortem pep.percubaan pmr pun aku boleh lupa nak buat. Sampai Ketua panitia kata aku sorang jea belum hantar.  Bukan susah sangat nak buat post mortem. Format dah ada....tinggal tukar angka jea. Itu pun malas nak buat. Apa nak jadi dengan aku ni.....

Esok dah ada aktiviti kokurikulum sampai pukul 5 ptg. Ada kerja yang perlu disiapkan sebelum cuti sekolah. Mesyuarat agung badan beruniform, persatuan,  permainan, mesyuarat agung koperasi, penilaian kokurikulum, lawatan sambil belajar. Dan macam2 lagi. 

NILAH KESANNYA JIKA TANGGUHKAN KERJA.  Berlambak2 kerja tak siap.   TOLONGGGGHHH!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Published with Blogger-droid v2.0.9
Read more ...

Tuesday, 4 September 2012

SAMBUTAN AMBANG MERDEKA & JAMUAN PERDANA 2012


Pada 30 ogos 2012...satu sambutan Ambang Merdeka telah di adakan di SMK PADUKA TUAN.


Pelbagai persembahan pelajar telah diadakan pada hari tersebut.



Pihak sekolah telah menjemput semua pelajar dan guru  yang tarikh lahirnya pada 28 - 31 Ogos untuk bersama-sama memotong kek. Di antaranya ialah pemangku pengetua sendiri, Cikgu Noprhayati dan Cikgu Ummu Habibah.



Di akhir sambutan tersebut...semua pelajar dan guru menyanyikan lagu Jalur Gemilang dan Kerana Mu  diikuti dengan laungan MERDEKA sebanyak 7 kali.



Selepas itu semua guru, pelajar, staf sokongan dan pekerja swasta menjamu selera. Jamuan ini dinamakan Jamuan Perdana sempena meraikan SAmbutan Hari Raya berserta Hari Kemerdekaan. Semua warga SMK PADUKA TUAN merasa gembira..

















mcm mana pula foto ni boleh senget...



Read more ...

Sunday, 2 September 2012

KAYUHAN MERDEKA 2012

Pada 29 Ogos 2012 ..SMK PADUKA TUAN, SEGAMAT telah membuat satu lagi catatan sejarah apabila telah membuat satu program yang belum pernah lagi dibuat oleh mana-mana sekolah di daerah Segamat iaitu KAYUHAN MERDEKA 2012.

Kayuhan ini bermula dari SMK PADUKA TUAN , SEGAMAT dan berhenti di ONE SEGAMAT MALL. Aktiviti ini telah dirasmikan oleh YB DATUK HAJI AYUB BIN RAHMAT, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Johor , Kawasan Kemelah.

Objektif aktiviti ini adalah;
1. Meningkatkan rasa cinta akan negara
2. Membina semangat perpaduan
3. Menghargai nikmat kemerdekaan
4. Menghargai jasa pejuang-pejuang negara

Acara ini telah bermula pada pukul 3.45 petang dan sampai di One SEgamat Mall pada pukul 4.30 ptg.


 Pemangku Pengetua Tn.Hj.Kassim mendahului sampai di One Segamat



Diikuti pula YB Ayub



Dan seterusnya pelajar-pelajar SMK PADUKA TUAN , SEGAMAT










Aktiviti ini melibatkan sebanyak 120 pelajar dan guru serta staf sokongan.



Pasukan Pancaragam SMK PADUKA TUAN SEGAMAT telah membuka tirai pada petang itu dengan mendendangkan lagu NEGARAKU dan lagu BANGSA JOHOR.










 Sebahagian guru -guru yang menyertai kayuhan merdeka.






Dari kiri wakil pengurus One Segamat, Yb Ayub  dan pemangku pengetua Tn.Hj Mohamed Kassim.






SETIA BERSAMA PADUKA TUAN




Yb Ayub mengedarkan bendera kepada pemilik premis perniagaan di One Segamat



Bertolak pulang ke SMK PADUKA TUAN untuk upacara  penutup dan penyampaian hadiah.




Read more ...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...