Friday 30 November 2012

~gubahan dari kuih tart~

semua bahagian boleh dimakan
dihasilkan oleh peserta kursus yang berkursus di KOLEJ KOMUNITI BATU PAHAT

Sunday 25 November 2012

semangat baru!

lama tak update blog ni....cuti sekolah bermula...blog pun ikut cuti. rupanya jadi surirumah tangga lebih penat dari bekerja makan gaji. kalau waktu sekolah...masih ada juga masa untuk update blog. tapi bila cuti sekolah....masa tersangat penuh dengan aktiviti2 dirumah yang tak pernah habis. pagi ni pun secara tak sengaja.

petang semalam masa pergi ke kedai RM1.00 kat Bandar Utama...suami menunjukkan sesuatu kepada saya....

alat pengasingan telur katanya....wah! tak sangka...suamiku pun memahami tema spm 2013 walaupun beliau bukan seorang guru rc. respect 1000x kat suami...

jadi alat ini boleh lah diletakkan sebagai produk sedia ada dibahagian elemen 1.2. ia juga boleh dijadikan sebagai subjek kajian...

walaupun saya sudah tidak mengajar rc lagi....in sha Allah saya tetap akan memberikan info berkaitan dengan rc bagi kegunaan bekas2 pelajar saya dan juga sesiapa sahaja.....

.......tq my friends......

Cikgu shuhaida....cikgu norhayati...cikgu norhidayah...cikgu aida nadrul..cikgu zarina...cikgu hasliza...cikgu sharifah....cikgu norizah....cikgu tzarfin...ustazah norkasidah...& kelab guru

Saturday 3 November 2012

TERIMA KASIH daun keladi......


Terima kasih kepada pihak Koperasi kerana memberikan cenderahati ini...

Friday 2 November 2012

5 RE (2012).....dalam kenangan

Rasa sedih semasa majlis restu tadi. Air mata terus mengalir tanpa boleh ditahan. Pengorbanan selama 2 tahun dah berakhir. Segala ilmu telah diberikan sebanyak -banyaknya. Cikgu hanya boleh berdoa agar anda semua boleh mendapat kejayaan yang cemerlang dalam pep. SPM nanti. Kini tugas anda semua untuk berjuang sehingga ke tahap maksimum.


Selama 2 tahun cikgu bersama kamu semua. Segala masalah dan perangai kamu tersimpan rapi dalam ingatan cikgu. Walaupun cikgu selalu marah kamu semua....itu semua kerana cikgu sayangkan kamu. Cikgu nak kamu sedar dan berjaya seperti orang lain. Masalah keluarga kamu ketepikan dahulu. Berikan tumpuan sepenuhnya dalam peperiksaan. Insyallah jika kita BERUSAHA, BERDOA & BERTAWAKKAL akhirnya kita akan berjaya.

Bergantunglah kepada ALLAH. Kerana ALLAH maha berkuasa....

MAJLIS DOA RESTU PELAJAR SPM & STPM









KAMI GURU2 SMK PADUKA TUAN SEGAMAT MENDOAKAN AGAR ANDA SEMUA BERJAYA

Thursday 1 November 2012

BUAT FOLIO SEMULA.....

Hari ini pelajar 4 RE tak ada periksa. Jadi.....dengan menggunakan kuasa saya sebagai seorang guru....saya telah memaksa mereka menyambung kembali folio yang terhenti sebab peperiksaan akhir tahun.

BENGKEL KECEMERLANGAN SPM - REKA CIPTA






Penceramah oleh Cikgu Amir b Supari
Dari SMK Buloh Kasap Segamat Johor
Tempat di SMK Paduka Tuan Segamat Johor